Sunday, 5 October 2014

5 Rawatan Utama Untuk Kulit dengan Vitamin E Shaklee


Salam, hari ini saya nak share salah satu Vitamin kegemaran saya iaitu Vitamin E Complex Shaklee
Selain dari Vitamin C, Vitamin E juga menjadi pilihan ramai penggemar vitamin. Ramai yang menggemarinya terutama org yang mementingkankecantikan kulit dan muka. Ia mencantikkan kulit dan muka, dan boleh menghasilkan kulit yang berseri dan cantik. Namun begitu, ia juga mampu merendahkan taraf kolestrol dan menjamin kesihatan jantung.

Jom kita fokus apa kelebihan Vitamin E untuk kulit. Terdapat pelbagai masalah kulit yang boleh diselesaikan dengan pengambilan Vitamin E. 5 Rawatan Utama pada Kulit adalah:


1. Kedutan 

Apabila umur semakin meningkat, maka kulit akan kurang tegang dan berkedut. Ini kerana ia dipengaruhi oleh umur dan radikal bebas seperti pencemaran dan pemakanan yang tidak sihat yang mempercepatkan proses kedutan. Tahukah anda bahawa proses kedutan boleh dilambatkan dengan penggunaan Vitamin E?

Menurut buku "Healing with Vitamins: the Most Effective Vitamin and Mineral Treatments for Everyday Health Problems and Serious Disease", Vitamin E menghalang pembentukan kedutan dengan mengurangkan serangan radikal bebas. Bila kita semakin tua, badan kurang menghasilkan kolagen untuk menegangkan kulit, Vitamin E akan menggalakkan penghasilan kolagen, sejenis tisu penyambung pada kulit yang menegangkan kulit serta menjadikannya elastik. Ia mengurangkan kedutan dengan mengalakkan danmempercepatkan pembinaan sel baru. 


2. Rawatan Malam

Kulit idaman semua adalah kulit yang sentiasa lembab dan tidak kering. Apabila kulit terlalu kering, banyak kesan negatif boleh terjadi termasuklah ekzema dan gatal-gatal. Vitamin E mampu mengembalikan kelembapan pada kulit dan kesan yang baik dapat diperolehi jika pengguna menyapu minyak ini pada waktu malam. Ini kerana proses penyerapan Vitamin E akan menjadi lebih efektif. Namun begitu, Vitamin E tulen sangat pekat untuk digunakan sehari-harian pada kulit. Ia lebih sesuai untuk penyembuhan drastik pada kulit. Mencampurkan Vitamin E dengan Minyak Zaitun adalah langkah terbaik untuk mendapatkan kesan kelembapan yang diinginkan.


3. Parut.



Parut terjadi kesan dari luka lama, lecur dan pembedahan. Vitamin E mampumengurangkan kesan parut kerana ia terus menyerap ke dalam kulit dan menghalang serangan radikal bebas. Mengapa serangan radikal bebas tidak baik untuk parut? Ia menghalang penyembuhan parut sekaligus melambatkan parut hilang. Menurut Diane Irons, penulis buku "911 Beauty Secrets: an Emergency Guide to Looking Great at Every Age, Size and Budget",Vitamin E adalah antioksida yang kuat dan membantu penghasilan kolagen, mengembalikan keanjalan kulit yang tidak terdapat pada parut.


4. Tompok Coklat



Tompok coklat selalu kelihatan pada mereka yang telah berusia. Ia terjadi disebabkan oleh faktor umur, serangan radikal bebas (pencemaran dan pemakanan), serta fungsi hati yang kurang baik. Vitamin E mengurangkan serangan radikal bebas dan mengurangkan tompok coklat. Apabila minyak Vitamin E disapu pada tompok coklat, ia akan melembabkan membran seldan menggalakkan penghasilan sel baru.
5. Kutikel (Tempat kuku bertemu kulit)


Vitamin E membantu mengurangkan masalah kutikel kering dan merekah.Beberapa titik Vitamin E mampu mengurangkan masalah kutikel kering, sentiasa menjadikannya lembab dan menghalang dari terus merekah. 










Saturday, 4 October 2014

MASALAH JERAWAT? JUM KENALI APA ITU JERAWAT, JENIS JERAWAT DAN CARA PUDARKAN PARUT JERAWAT DENGAN SHAKLEE

Euwww.. Jerawat!!!! Tak Naakkkkkk


Jerawat adalah 'penyakit' yang timbul dari kelenjar pada kulit. Tak bahaya pun. Tapi, kenapa ramai yang sangat anti dengan jerawat?

Ya. Jerawat akan meninggalkan parut yang memberi kesan tak best pada muka terutamanya. Bila timbul jerawat, serba sedikit ia akan efek konfiden kita berhadapan dengan orang. Kadang-kadang malu juga nak berhadapan dengan orang terutama apabila kerja kita memerlukan kita berjumpa dengan ramai orang.
Jom kita kenali apa itu jerawat, jenis jerawat dan cara mengatasi parut jerawat dengan Shaklee.

Apa itu Jerawat?


Jerawat atau acne vulgaris merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit.)
Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.
Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita. Jerawat; bahasa Inggeris : Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak)pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.

Apa itu Jerawat?
• Jerawat Ringan;
-Biasanya mempunyai sedikit bintik hitam dan jerawat. Masalah jerawat ini hanya dikategorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah lesi(jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30. Kurangnya warna kemerah-merahan pada kulit akibat jerawat.
• Jerawat Sederhana;
-Pada kebiasaannya pesakit akan mengalami banyak bintilan jeragat (black heads) dan jerawat yang berwarna hitam dan merah pada bahagian wajah/muka, dada dan belakang badan.
• Jerawat Kronik;
-Pesakit akan mengalami banyak nodul besar yang berwarna merah dan terasa sakit dan berdenyut pada bahagian muka, dada, belakang badan dan anggota tubuh yang lain. Keradangan kulit akan berlaku jika kelenjar minyak mengelurkan kuantiti minyak dan sebum secara berlebihan dan menyebabkan kelenjar minyak tersumbat. Apabila ini berlaku, maka Whiteheads akan muncul dengan banyaknya sambil merancakkan pertumbuah jerawat yang amat ketara. Jika masalah itu berlarutan tanpa diselesaikan maka akan wujudnya interaksi antara jeragat, jerawat dan minyak yang boleh menyebabkan parut kekal dan kawah kulit yang besar serta luka bernanah. Selain itu, bintik hitam (blackhead) yang banyak pula akan wujud dan berinteraksi dengan bacteria jerawat.

Cadangan untuk mengatasi masalah parut jerawat adalah:


1. Vitamin C: Vitamin C membantu mengatasi masalah inflamasi pada kulit (kesan merah pada jerawat). Ia akan menghasilkan bahan kimia anti-inflamasi iaitu leukotrienes untuk menghapuskan bakteria jerawat

2. 
Vitamin E: Vitamin E adalah bahan antioksida yang bagus untuk meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kolagen dalam kulit, menyebabkan kulit kering, kedutan dan garis-garis penuaan pada kulit

3. 
B Complex: Vitamin B1 (thiamin) membantu badan dalam mengekalkan kesihatan jantung. Bila peredaran darah bagus hasil dari jantung yg sihat, kulit juga nampak cantik. Vitamin B3 (Niacin) dan B5 (pantothenic acid) membantu kulit terhidrasi. Hasilnya kulit nampak lebih sihat dan gebu. Vitamin B5 juga sering digunakan dalam produk kecantikan dan rawatan untuk jerawat .

Testimoni pengguna Vit C & Vit E Shaklee:


Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Email : ctazri83@gmail.com






Friday, 3 October 2014

Kesan dan Penyembuhan selepas makan Shaklee (Healing Krisis)


Setiap kali saya consult rakan-rakan yang makan Shaklee, saya pasti ingatkan kesan selepas makan suplemen dalam Shaklee. Pastinya semua orang ingin dapatkan kesan yang baik. Tetapi ada juga yang makan Shaklee tetapi dapat kesan yang tidak seperti diinginkan. Makin sakit lagi adalah..

Itu adalah kesan penyembuhan (Healing Crisis)


Di sini saya senaraikan beberapa Kesan Penyembuhan dan Petandanya untuk Rujukan.



Kesan Penyembuhan #1: Sakit Kepala Yang Melampau
Penyebab/Petanda: Badan mempunyai tekanan darah tinggi, Berlaku proses Menyahtoksin



Kesan Penyembuhan #2: Demam
Penyebab/Petanda: Sedang berlaku proses meningkatkan metabolisme,Meransang fungsi imunisasi badan



Kesan Penyembuhan #3: Cirit-Birit, Najis Berbau, Kencing Berbau
Penyebab/Petanda: Petanda bagi menyahtoksin, Proses menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar



Kesan Penyembuhan #4: Kembung Perut
Penyebab/Petanda: Sistem Penghadaman yang lemah



Kesan Penyembuhan #5: Ruam, Kulit Gatal, Kelemumur, Keluar Lendir
Penyebab/Petanda: Fungsi Hati yang lemah, Usus besar yang tidak sihat



Kesan Penyembuhan #6: Penghasilan Lendir seperti selsema dan kahak
Penyebab/Petanda: Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda untuk menyahtoksin



Kesan Penyembuhan #7: Pendarahan Hidung
Penyebab/Petanda: Mungkin Tanda kekurangan darah



Kesan Penyembuhan #8: Rasa sakit pada otot dan sendi
Penyebab/Petanda: Badan berasid, toksin terkumpul di bahagian yang sakit.



Kesan Penyembuhan #9: Kitaran Haid yang Tidak Menentu, Kegatalan pada alat sulit, Keputihan yang banyak
Penyebab/Petanda: Ketidakstabilan Hormon, Proses Membetulkan semula Kitaran Hormon



Kesan Penyembuhan #10: Loya, Sembelit, Tersedu
Penyebab/Petanda: Sistem Penghadaman yang Lemah, Masalah pada hati

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya.
♥Email : ctazri83@gmail.com



FAQ Tentang Healing Crisis / Krisis Penyembuhan dalam Shaklee

Ramai yang mengalami kesan yang lebih teruk lepas makan Shaklee. Ada yang sakit kepala, ada yang sakit lutut, ada yang demam dan macam-macam lagi. Beberapa kes yang saya sering dengar adalah:

·                     Sakit kepala lepas makan alfalfa
·                     lutut makin sakit lepas makan AJHT
·                     Period tak stabil lepas makan GLA
·                     Sengal-sengal badan lepas makan Ostematrix

Ramai mengadu bertambah sakit, kenapa makin sakit padahal makan supplemen nak jadi lebih sihat?

Haaaa.
Itu namanya Healing Crisis atau Krisis Penyembuhan.

Jom Baca FAQ tentang Healing Crisis

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. 

Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.



Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan.

 Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.



Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan.Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. 

Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihatsepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.



Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan simptom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. 

Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.



Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.



Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
·                     Tidak mengamalkannya setiap hari
·                     Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
·                     Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
·                     Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
·                     Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yangpanjang untuk sembuh
·                     Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam                         mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
·                     Mengalami masalah emosi

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya.
♥Email : ctazri83@gmail.com