Saturday 11 April 2015

Adakah selamat untuk menyusu ketika hamil?

JAWAPAN:
Secara umumnya, adalah SELAMAT untuk anda meneruskan penyusuan semasa hamil tetapi dengan syarat anda MEMASTIKAN:
1. Anda mengambil DIET yang SIHAT
2. Anda rajin minum AIR YANG SECUKUPNYA

PENGECUTAN RAHIM

Namun, menyusukan bayi boleh mencetuskan SEDIKIT PENGECUTAN RAHIM.
Walaupun pengecutan ini tidak menjadi isu semasa kehamilan yang tidak ada komplikasi, doktor anda mungkin tidak menggalakkan penyusuan ketika hamil jika anda mempunyai sejarah kelahiran pramatang atau anda mengalami sakit atau pendarahan rahim.

KOMPOSISI DAN RASA SUSU BERBEZA

Anak yang sedang anda susukan mungkin dapat merasa perubahan pada susu anda ketika anda hamil.
Walaupun susu ibu terus menjadi sumber makanan yang selamat untuk anak yang anda susukan sepanjang kehamilan, kandungan susu ibu anda akan berubah. Di samping itu, pengeluaran susu mungkin akan berkurang ketika anda hamil. Faktor-faktor ini boleh menyebabkan anak yang anda susukan akan bercerai susu pada sendiri sebelum bayi dilahirkan.

DAPATKAN SOKONGAN

Keselesaan anda juga mungkin menjadi kebimbangan.
Ketika mengandung, rasa kurang selesa dan kesakitan pada puting susu dan payudara ibu adalah normal. Ketidakselesaan ini akan bertambah apabila meneruskan penyusuan. Keletihan mungkin menjadi cabaran juga.
Jadi, sila dapatkan sokongan tambahan daripada orang tersayang atau kenalan rapat. Juga dapatkan konsultasi doktor anda tentang pengambilan vitamin dan makanan tambahan
Apa yang penting, anda perlu pastikan mendapat nutrisi yang cukup untuk diri anda sendiri, untuk bayi di dalam kandungan, dan juga susu untuk anak anda.
Anda boleh amalkan Set Hamil Shaklee yang terdiri daripada:
1. Vitalea
2. Vita C 
3. B Complex
4. Ostematrix
5. Omega Guard
6. ESP

Selain itu, anda pastikan anda meminum air kosong sekurang-kurangnya 3 Liter sehari. Memang mungkin kadang-kadang tak capai tapi cuba usahakan untuk tak lari dari nilai tu. Sebab apabila menyusu, kita mudah kehilangan air dari badan.
Hilang air dari badan –> mudah penat –> penghasilan susu terganggu –> stress –> penghasilan susu lebih terganggu.
Akhirnya terpaksa tidak menyusukan anak kesayangan kita. Nak-nak bila mengandung pula kan.
So sangat penting nutrisi dan pengambilan air kosong yang secukupnya.
Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan



Friday 10 April 2015

Supplement shaklee untuk merawat sengugut

     Sengugut..hmmm topik yang best sebab rata-rata kaum wanita pasti ada yang mengalami sengugut ketika datang  bulan. Bila time sengugut masyaAllah ada yang turn off mood @ nak baran jer, maklumlah sakit kita yang tangggung, sakit badan, sakit pinggang semua sakit. 
      Ok beralih kepada sengugut ini, rata-rata kastemer saya yang bertanya supplement apakah yang sesuai untuk merawat sakit sengugut ini. saya punya pattern mudah, sebelum mengesyorkan sesuatu supplement shaklee saya akan kaji dulu background kastemer saya...hehehe bukan apa supplement shaklee ini tidak semua orang mengalami sakit dan keadaan sakit yang sama, kita akan syorkan apa yang sepatutnya. Jangan dibuat main sengugut bmerupakan tanda-tanda awal terjadinya cyctic, fibroid & endometrius. semua nama penyakit yang disebutkan ini merujuk kepada ketidaksuburan seseorang wanita, kerap keguguran ketika hamil  & boleh membawa maut atau dibuang rahim & tiub fallopio.

Apa itu sengugut :

Senggugut atau juga dikenali sebagai (Premenstrual dysphoric disorder /dysmenorhoea) merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan haid bagi seorang wanita. Senggugut dibahagikan kepada dua iaitu Senggugut utama dan Senggugut kedua.

Pembahagian jenis sengugut :

1) Senggugut utama atau Senggugut primari adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandinoleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.

2) Sementara senggugut Senggugut sekondari disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim ( endometriosis ) dan berlaku pendarahan di dalam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan pendarahan haid.

Risiko Sengugut :

Pemeriksaan doktor adalah diperlukan memandangkan endometriosis boleh menyebabkan kemandulan.

Antara simptom-simptom semasa sengugut:-

  • perasaan amat sedih atau putus asa, kemungkinan membayang bunuh diri (suicide ideation)
  • perasaan tegang atau resah
  • serangan panik
  • perubahan perasaan, menangis
  • mudah terganggu atau marah berpanjangan, meningkat pertelingkahan interpersonal
  • tidak kisah atau tidak berminat dalam aktiviti harian dan hubungan
  • sukar menumpu perhatian
  • lesu
  • kemaruk atau peningkatan nafsu makan
  • sukar tidur, insomnia atau hipersomnia
  • perasaan "luar kawalan"
  • peningkatan atau penurunan nafsu seksual
  • peningkatan rasa bagi intim emosi
  • simptom fizikal: kembung, degupan jangung (heart palpitations), payu dara sensitif, sakit kepala, sakit sendi atau otot
Supplement Shaklee yang disyorkan untuk melegakan sengugut adalah :-

Pengedar Shaklee Miri


Vitamin untuk sengugut

PERANAN GLA COMPLEX KEPADA WANITA
********************************************************♥Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
♥Membantu meningkatkan kesuburan
♥Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
♥Membantu dalam menangani menopus
♥Menguatkan kuku dan rambut
♥Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
♥Membantu menangai ekzema
♥Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
♥Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
♥Menguatkan imuniti tubuh
♥Memperlahankan proses penuaan
♥Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
♥Mengawal kencing manis dan darah tinggi
♥Mengawal kolesterol Untuk fungsi saraf
♥Mengecutkan cyst

Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)?

Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu. Ini adalah kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.
(Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah di samping mengurangkan tekanan darah)

PERANAN OSTEOMATRIX KEPADA WANITA
********************************************************
Kalsium yang isisnya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi & garam mineral dari Laut mati, mengandungi kalsium, megnesium, fosforus & vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.

♥ Menguatkan tulang - kalsium dapat menguatkan osteoporosis, menguatkan kuku,eczema, kuku rapuh
♥ Memperbaiki kekejangan & kebas-kebas (sakit sendi& arthritis)
♥ Meringan kan stress-mengimbangi tekanan darah, menggalakkan tidur selesa, memeperbaiki mood
♥Memperbaiki masalah haid- meringankan sakit waktu haid
♥Pengalkalian tubuh-merangsang detoksifikasi
♥Memperbaiki hiperaktiviti perut & sakit gastrik
♥Vitamin D-meningkatkan ketumpatan tulang & membantu penyerapan kalsium & fosforus
♥ Mangnesium - ini adalah ion positif no. 2 penting didalam tubuh kita. Ia mengalakkan komposisi tulang & rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf & otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit.
♥ Zinc, boron , manganes, kuprum - memelihara metabolisma kerangka & pertumbuhan otot, menyusn enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan & menghalang arthritis.

PERANAN VITAMIN B KEPADA WANITA
*************************************************
Vitamin B-complex shaklee mengandungi asid folik semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar penyerapan yang sangat tinggi & berkualiti. B-complex shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin 7 asid folik. Vitamin B larut air dan akan disingkirkan melalui badan (air kencing & perpeluhan).Kandungan B1 & B6 mampu mengurangkan simptom-simptom kekejagan otot perut / sengugut semasa datang haid.

♥ menukarkan makanan kepada tenaga
♥ Melawan tekanana/depresi
♥Membantu tumbesaran
♥ Membaiki masalah rambut beruban & gugur
♥ Mengurankan masalah mata keletihan, mencegah katarak
♥ mencegah anemia-membantu pembetukan sel darah merah yang sihat
♥ meredakan sengugut
♥ detoksifikasi-meredakan alahan


Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan

Thursday 9 April 2015

Bayi tak berak

Saya yakin hampir semua ibu bapa pernah menghadapi situasi bayi tidak berak beberapa hari. Seseorang yang sihat sepatutnya berak setiap hari. Bayangkan kita makan macam-macam setiap hari, tapi berak seminggu sekali. Segala bahan buangan pergi mana? Masalah berkaitan dengan berak seperti berak seminggu sekali, sembelit atau cirit birit bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh. Ia mungkin merupakan petanda kepada masalah kesihatan seperti kekurangan nutrisi atau penyakit lain yang lebih serius.

Bagaimana pun, bagi seorang bayi yang HANYA minum susu ibu, kejadian tidak berak selama beberapa hari sering berlaku. Saya pernah mendengar orang mengatakan bahawa susu ibu tidak mengandungi bahan yang tidak diperlukan. Semuanya diserap oleh tubuh bayi. Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran fakta ini, tetapi saya pernah mendengar kes bayi yang hanya minum susu ibu tidak berak selama sebulan dan ia sihat. Ada juga ibu yang menggunakan ubat yang dimasukkan ke dalam punggung bayi bagi "memaksa" bayi itu berak. Perkara ini sekiranya diamalkan ditakuti boleh menjejaskan sistem penyahtinjaan normal tubuh bayi itu.

Apa yang perlu di ambil perhatian?

(1) Pastikan bayi kencing seperti biasa
(2) Perut tidak kembung atau keras
(3) Bayi aktif dan tidak kerap menangis ( menangis mungkin disebabkan oleh banyak faktor, kenalpasti faktor-faktor tersebut sebelum membuat apa-apa kesimpulan)
(4) Susukan bayi dengan kerap dan pastikan bayi mendapat foremilk dan hindmilk yang secukupnya - bayi yang tidak mendapat cukup susu juga mempunyai kebarangkalian untuk tidak berak dengan kerap

Bila perlu merujuk pada doktor?

(1) Bayi sering menangis
(2) Perut bayi bengkak dan keras
(3) Bayi tidak mahu menyusu
(4) Bayi kerap muntah - susu mungkin tidak masuk ke saluran usus dan memenuhi perut

Sekiranya bayi anda tidak berak, jangan panic. Monitor perkembangan bayi dan sekiranya bayi tidak sembelit ketika berak biasanya tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Anak sulung saya pernah tidak berak selama seminggu ketika minum susu ibu sepenuhnya tanpa makanan lain dan tidak mengalami apa-apa masalah.

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan


Tuesday 7 April 2015

Vitamin Untuk Otak Cerdas dan Bijak Part 3

Omega Guard 


Mengandungi DHA dan EPA serta asid lemak lain yang penting untuk pertumbuhan otak dan mata, serta peredaran darah dan aktiviti sel bagi memastikan keseluruhan tubuh mendapat kekuatan bagi melawan jangkitan yang berbahaya. 

Mealshakes




Mengandungi protein soya dan 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. 

B Complex




Membantu dalam sintesis protein dan karbohidrat, memberikan mood yang baik, anti stress, menukarkan makanan kepada tenaga serta penting dalam pertumbuhan sel. 

Lecithin 


Kaya dengan kolina yang penting dalam sintesis neurotransmitter, iaitu acetylcholine yang bertindak dalam fungsi saraf, otak dan daya ingatan. 

Kalau anak kita sentiasa sihat, tidak mudah demam, batuk dan selsema, pembelajaran dia tidak terganggu kerana sakit. Tidak perlu cuti sakit yang mengakibatkan ketinggalan pembelajaran di sekolah. Badan yang sihat akan melahirkan otak yang cerdas dan bijak. 

Jom kita lengkapkan anak kita dengan vitamin otak cerdas dan bijak bagi demi melahirkan generasi cerdik pandai untuk negara kita pada masa depan. Kita mampu melakukannya! 

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan





Vitamin Untuk Otak Cerdas dan Bijak Part 2

Cadangan vitamin untuk kanak-kanak:

4 tahun ke bawah:
Mealshakes dan Omega Guard

Sekolah rendah:
Omega Guard, Chewable Vitamin C dan Mealshakes

Sekolah menengah dan universiti
B Complex, Omega Guard, Lecithin, Mealshakes




Vitamin Untuk Otak Cerdas dan Bijak Part 1

Vitamin Shaklee sesuai untuk pelajar


Siapa lembap dan malas akan ketinggalan! Di zaman digital yang serba pantas ini kita berlumba-lumba untuk menjadi lebih maju bagi memenuhi tuntutan keperluan kehidupan kita. 

Antara keluhan ibu bapa zaman sekarang..

"Anak saya mudah keletihan."

"Anak saya bila belajar sekejap sahaja. Dia susah nak fokus."

"Saya risau anak saya terlalu lambat nak pick up. Lambat nak paham sesuatu subjek tu."

Saya bukanlah seorang yang arif apatah lagi anak saya belum lagi bersekolah. Tetapi saya boleh berkongsi cara bagaimana nak menjana otak menjadi cerdas dan bijak hasil dari pembacaan saya. Jadi tak salah kiranya saya berkongsi dengan anda semua. Jom baca sehingga habis entri ini.



Otak yang cerdas amatlah penting lebih-lebih lagi bagi pelajar dan mereka yang mementingkan kecemerlangan dalam hidup. Ramai antara kita mengalami kemerosotan dalam kecerdasan otak. Antara sebabnya ialah terlalu banyak benda yang difikirkan, kurang rehat, kurang taubat, kurang ibadat serta kurang nutrisi.

Antara amalan untuk kecerdasan otak:


  • makanan yang halal dan baik - Ini amat dituntut dalam Islam kerana makanan akan menjadi darah daging kita. Sumber haram akan mencetuskan otak susah untuk fokus, daya ingatan menjadi lemah dan sering mendorong kita melakukan perkara negatif.
  • menjauhi dosa - apabila menjauhi dosa bermakna kita akan menjalani kehidupan yang sihat dari segi rohani dan jasmani. Perbanyakan amalan rohani adalah makanan roh yang terbaik untuk otak. 
  • puasa -  Berpuasa adalah mekanisme terbaik untuk membersihkan perut dan badan dari sisa-sisa pemakanan yang tidak baik sebelum ini. Kajian saintifik pernah dibuat terhadap amalan puasa di kalangan orang Islam. Hasilnya salah satu kebaikan puasa ialah untuk mencerdaskan otak.
  • hafaz Quran - menghafaz al-Quran juga dapat meningkatkan tahap tumpuan seseorang kepada ilmu pengetahuan. Jika tidak berupaya menghafaz, memadai jika dapat melazimi membaca al-Quran secara tartil dan menghafaz beberapa surah serta memahaminya
  • solat sunat - Disiplin dalam solat yang menuntut individu fokus pada solat dapat membantu mereka menumpukan perhatian pada perkara lain di luar solat. 
  • berkawan dengan orang soleh - faktor kawan juga memain peranan. Jika kita berkawan dengan orang soleh dan baik kita juga terdorong untuk melakukan perkara yang baik. Melakukan perkara baik akan menhindarkan diri kita dari melakukan perkara yang negatif dan sia-sia. Setiap amalan yang baik aka mengecas ion-ion positif ke otak sekaligus meningkatkan kecerdasan otak.
Selain daripada amalan di atas, amalan pemakanan supplement atau vitamin untuk otak cerdas dan bijak juga patut dipertimbangkan oleh kita sebagai ibubapa. Faktor kesibukan dengan kerjaya menyebabkan kita kekadang terlupa untuk memberikan makanan tambahan terbaik untuk anak-anak kita. 

Adakah anak kita mendapat makanan yang seimbang dan kaya dengan multivitamin setiap hari?

Ada beberapa vitamin yang boleh saya cadangkan mengikut peringkat umur. Set Vitamin ini boleh diamalkan daripada kanak-kanak hinggalah kepada golongan pelajar di universiti.

Kalau anda nak tahu, sila ikuti entri saya yang seterusnya.

Set Kesuburan Shaklee

Anak atau zuriat, adalah keinginan suami isteri bila berkahwin. Tapi bila sudah beberapa tahun kahwin, Allah duga masih belum diberi zuriat. Masih ada jalan. Bukan 'dead end' atau jalan mati. Set Kesuburan Shaklee adalah salah satu ikhtiar.

Mengapa Set Kesuburan Shaklee?
  • Set ini memperbaiki kebolehan seksual lelaki. Juga meningkatkan nafsu seks.
  • Menyeimbangkan hormon bagi wanita.
  • Memberi kesihatan kepada sistem reproduktif. Ini sangat penting untuk pembentukan janin ketika hamil.
  • Meningkatkan kiraan sperma.
  • Memanjangkan hayat sperma apabila dilepaskan.
  • Tingkatkan motiliti sperma dan halang sperma dari bergumpal.
  • Tambahkan hormon estrogen bagi isteri dan testosterone bagi suami.
  • Kehidupan di atas katil lebih hangat dan mesra.
Bagaimana Set Kesuburan Shaklee Membantu Hamil?
Set ini mengandungi multivitamin dan multimineral yang berasaskan bahan semulajadi. Merut kajian Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan mengambil multivitamin dan multimineral.

Hal ini juga telah disahkan oleh Pakar Oncology Malaysia, Dr Hamid Arshad melalui Facebook beliau:

"Nasihat untuk mereka yang berusaha mendapatkan zuriat. Selepas buat ujian-ujian kesuburan untuk kedua suami isteri dan selepas buat pembedahan untuk membunag cyst/fibroid atau lain-lain. Tumpukan masa untuk berdoa, berusaha kuruskan berat badan dengan dieting, buat exercise 30 minit setiap hari. Makan supplemen-supplemen multivitamin, Vitamin E, Vitamin C, Folic, tenangkan jiwa dan emosi. Jangan tergesa-gesa nak buat ini dan itu. Setiap rawatan perlu 3 hingga 6 bulan untuk lihat keberkesanan"

set kesuburan shaklee, cara cepat hamil, masalah kesuburan lelaki, punca haid tak teratur, cara banyakkan air mani, kelebihan GLA Shaklee, kelebihan zinc shaklee, asid folik untuk mengandung, tips cepat hamil, tips nak mengandung


Jom kita lihat bagaimana setiap satu multivitamin dan multimineral Shaklee membantu tingkatkan kesuburan. 
  • Vita Lea
Penting bagi membekalkan dan menyeimbangkan keperluan nutrisi dalam dalam. Oleh kerana gaya hidup yang sibuk, pemakanan yang tak sihat. Semua ini sebab kita hilang atau tak langsung menikmati nutrisi penting sehari-hari. Jika badan dilengkapi dengan semua vitamin dan mineral. Pastinya badan akan lebih cekap berfungsi.
  • B Complex
Bagi suami, B Complex penting untuk menjana tenaga. Paling penting B Complex bersifat anti stress. Jadi suami atau isteri lebih menikmati masa 'bersama'. Bagi isteri pula, amat penting mengambil B Complex untuk merancang kehamilan. Kandungan asid folik di dalamnya diperlukan untuk elak risiko spina bifida pada bayi (pembentukan tulang belakang yang tak sempurna). 
  • Vita C
Memilili tinggi kandungan anti oksidan yang tinggi untuk hapuskan radikal bebas di dalam badan. Bertindak menghalang sperma dari bergumpal. Juga menjadikan salur darah lembut, mengembang dan bantu mengalirkan lebih banyak darah. Ini bagi bagi lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.
  • Alfalfa
Ini paling penting untuk isteri/wanita. Bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah 'Miss V' (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.
  • Vita E
Bagi meningkatkan kualiti sperma. Vita E sangat membantu. Menambah kiraan atau bilangan sperma. Juga tingkat kebolehan reproduktif bagi suami. Ia juga membantu melahirkan rasa 'bersemangat' untuk bersama pasangan masing-masing.
  • GLA Complex
Penting untuk isteri bagi menghasilkan 'cecair kesuburan'. Cairan ini membantu memberi ruang untuk sperma terus hidup di dalam tiub fallopio hingga lima hari. Selain itu, GLA berfungsi memberi keseimbangan hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap dan kurangkan kesakitan ketika datang bulan. Juga membantu mengecutkan cyst jika ada.
  • Zinc Complex
Ini khas untuk suami. Mempertingkatkan kualiti sperma. Juga menambah kepekatan dan kekuatan sperma. Bertindak meransang perbentukan hormon testosterone juga menambah jumlah bilangan sperma.

Kombinasi vitamin dan mineral Set Kesuburan Shaklee akan beri harapan kepada suami isteri untuk memiliki cahaya mata. Rupa bayi yang comel, tangisannya membuatkan rumah tangga yang dibina bertambah berseri. Jangan pernah berhenti berharap. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. 

set kesuburan shaklee, cara cepat hamil, masalah kesuburan lelaki, punca haid tak teratur, cara banyakkan air mani, kelebihan GLA Shaklee, kelebihan zinc shaklee, asid folik untuk mengandung, tips cepat hamil, tips nak mengandung


Banyakkan istigfar dan bersedekah. Kerana ini yang diajar Rasulullah ketika ada lelaki memohon cara bagaimana untuk dia dan isteri mendapatkan anak. Tak lama selepas itu, dia dikurniakan seorang anak lelaki. Dan Allah Maha Pemberi, diberi lagi 9 orang anak lelaki kesemuanya. Percaya pada Allah. Insyaallah..pasti anak yang dinanti akan tiba didukungan kalian. 

Hubungi saya bagi mendapatkan konsultasi khas set yang bersesuaian. Juga harga yang mampu milik ditawarkan.

Usah tangguh lagi, bertindak sekarang. Mana tahu usaha dengan Shaklee akan membuahkan hasil.

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan




Friday 3 April 2015

MERAWAT HATI DENGAN DTX COMPLEX SHAKLEE

Salam buat semua pembaca setia blog My Little Khalish Mikhail..Jangan terlalu stress dan sentiasa bersikap positif dalam kehidupan kita. Kalau kita sentiasa stress nanti kesihatan terganggu dan hati pun akan menjadi sakit.

Bercakap pasal sakit hati ini, tentu ramai yang tahu apa ubat penawar untuk melembutkan hati. Dah tentulah amalan kerohanian mampu membentuk jiwa dan hati kita supaya sentiasa tenang. Tapi bagaimana nak menjaga kesihatan hati kita? Aaaargh ramai yang memandang sebelah mata sahaja tentang penjagaan kesihatan hati kita. Betul tak?


Pakar Gastroenterologi dari sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor, Dr. Loong Yik Yee, berkata :

"Amalan gaya hidup kurang sihat boleh menjejaskan fungsi hati yang menyebabkan kerosakan ketara kepada badan kita."
"Penyakit hati ialah istilah luas yang meliputi semua masalah yang mungkin menyebabkan hati gagal melaksanakan fungsi yang sepatutnya dilakukan."

PENGEDAR SHAKLEE MIRI-DTX COMPLEX
BILIARY SYSTEM


 Fungsi hati manusia adalah seperti berikut:

1. Rembesan Hempedu
o    Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
o    Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule)
o    Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium
o    Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A

2. Bertindak sebagai Detoksifikasi
o    Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.
o    Hati mengawal metabolism protein
o    Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik
o    Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
o    Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul

3. Mengawal Paras Gula dalam Darah
o    Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentu yang lebih aktif
o    Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme
o    Hati mewujudkan GTF (Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation
o    GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul
o    Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga
o    Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin

4. Penting untuk metabolisme Lemak
o    Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
o    Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.
Bagaimana kita nak jaga kesihatan hati kita? Jom kita mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai DTX Complex Shaklee Vitamin Merawat Hati kita.

DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:

·         Biji ‘milk thistle’
·         Digunakan di Eropah sejak 2000 tahun lagi
·         Merupakan bahan utama dalam DTX
·         Mengandungi ‘Silymarin’ yang berfungsi sebagai antioksida

·         Biji schizandra chinensis
·         Menghalang Toksin berada dalam badan
·         Menggalakkan protein sintesis yang mana ia menggalakkan pertumbuhan sel – sel baru
·         Mengandungi Antioksida

·         Cendawan Reishi
·         digunakan secara tradisional sejak 4000 tahun dahulu di China sebagai sumber antioksida

·         Dandelion
·         Kaya dengan Vitamin A, B, C, D dan zat besi
·         Mengandungi ‘Cynarin’ yang melancarkan pengaliran hempedu

·         Kunyit
·         Mengandungi ‘Curcumin’ yang berfungsi untuk mencegah barah hati & kesihatan pundi hempedu

·         Ekstrak artichoke
·         Mengandungi ‘Cynarin’yang melancarkan pengaliran hempedu sekaligus  membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal
·          
Beberapa pakar perubatan mengatakan, kerosakan hati dapat dilihat dengan menggunakan CT scan. Namun, gangguan organ hati dapat dilihat dari bentuk fizikal seseorang.
 
Berikut adalah bahagian tubuh yang menunjukkan ada masalah hati, 
Lingkaran gelap pada mata
Lingkaran gelap pada atas dan bawah mata berkaitan dengan kerosakan organ hati. Memang pada dasarnya banyak yang beranggapan bahawa lingkaran hitam di sekitar mata hanya bentuk kelelahan tubuh. Tetapi hitamnya lingkaran mata adalah satu tanda bahawa seseorang mengidap penyakit hati.
Mata berwarna kuning
PENGEDAR SHAKLEE MIRI-DTX COMPLEX

Mata yang berwarna putih akan berubah menjadi kuning. Ini merupakan tanda agar kita harus segera melakukan pemeriksaan perubatan.
Perut menjadi buncit
Perut yang membesar tetapi tidak mencerna banyak makanan merupakan tanda dari gangguan organ hati. Sebabnya perut yang membengkak akibat adanya infeksi dan kerosakan di hati.
PENGEDAR SHAKLEE MIRI-DTX COMPLEX

Bau mulut yang menyengat
Bau mulut seperti ikan busuk atau bawang busuk juga dinilai salah satu gangguan dari fungsi hati. Hal ini berkait dengan faktor kelebihan ammonia yang dihasilkan dalam tubuh.

Selain mengamalkan vitamin DTX Complex ini, gaya hidup seseorang perlu diubah. Pengarah Unit Perniagaan Penjagaan Kesihatan Pengguna Sanofi, James Wong, berkata membran sel hati boleh terjejas disebabkan gaya hidup kurang sihat seperti pengambilan makanan berminyak, minum arak, merokok, pengambilan terlalu banyak ubat atau jangkitan daripada virus tertentu. 

''Apabila membran sel hati dibaiki dan digantikan secara beransur-ansur, hati sembuh secara perlahan-lahan, seterusnya memulihkan kesihatan," jelasnya. 

"Pendekatan menyeluruh perlu digunakan untuk mencegah penyakit hati. Selain daripada mengambil ubat, individu perlu mengubah gaya hidup dengan mengamalkan diet yang sihat dan bersenam. 

''Amalan gaya hidup yang sihat meningkatkan kesihatan hati sambil menggalakkan kesejahteraan umum," tambahnya.


Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan