Monday 1 December 2014

SOYA BAHAYA UNTUK KESIHATAN??

Sebenarnya dah lama isu ni timbul semenjak ramai yang rajin share dan posting artikel tentang keburukan soya atau  soya bahaya pada kesihatan. Sampaikan ESP Shaklee pun kena tempiasnya juga.So yang mana masih ragu-ragu apa kata baca dulu ya.. Artikel ni memang panjang sikit tapi sebab nak jelaskan isu yang hot ni memang tak boleh nak buat pendek-pendek. So kalau betul-betul nak tahu bacalah ya…

Yang menjadi persoalan hampir kesemua artikel hanya menyebut perkataan soya sedangkan ada 2 jenis soya di dunia ni iaitu GMO soya dan non-GMO soya (pendirian peribadi saya organic soya termasuk dalam non-GMO soya). Jadi saya hairan kenapa tiada orang yang mengupas isu 2 jenis soya ini.

PENGEDAR SHAKLEE MIRI-BAHAYAKAH SOYA?


Apa beza GMO dengan Non-GMO?
Kepada yang belum tahu GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified Organisms. Ia bermaksud organisma (baik haiwan mahupun tumbuhan) yang sudah diubah kandungan genetiknya oleh manusia. Tahukah anda hampir kesemua produk makanan yang kita ambil seharian sebenarnya adalah produk GMO? Kenapa?
Sebab kita perlukan makanan lebih banyak dari yang pasaran sedia ada mampu bekalkan. Jadi pakar-pakar industri pemakanan terpaksa ubah genetik tumbuhan/haiwan supaya tanaman cepat masak, buah lebih besar, kandungan minyak lebih banyak, haiwan cepat matang dan macam-macam lagi. Jadi takde lah nak berlaku krisis kekurangan makanan.
Maka soya juga tidak terkecuali. Malah pada tahun 1999, satu kajian membuktikan pengambilan soya boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung. Maka semenjak itu, permintaan soya melanjuk naik lebih dari yang mampu dibekalkan oleh pengusaha soya. Maka disebabkan permintaannya yang tinggi dalam industri makanan, minyak, farmaseutikal dan sebagainya, 96% soya di dunia adalah soya GMO. Boleh dikatakan semua produk soya yang anda ambil seharian adalah soya GMO kecuali anda memang beli soya yang bertanda ‘Organik’ atau ‘Non-GMO’.  Non-GMO ini bermaksud ‘Non-Genetically Modified Organisms’ di mana kandungan genetiknya tidak pernah diubah oleh manusia.
Kenapa saya bercerita pasal GMO dan non-GMO ni? Anda kena faham perbezaan dua jenis soya ni barulah boleh terima akal apa yang saya nak ceritakan seterusnya. Jadi setelah saya menjelajah dari website ke website, saya setuju yang soya memang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan badan jika
1.      Produk soya yang dimakan seharian itu adalah GMO soya
2.      Produk soya GMO dimakan dalam kuantiti yang terlalu banyak setiap hari

Untuk point 1, disebabkan majoriti besar soya adalah GMO dan tak mustahil apabila kita sudah ubah genetiknya, akan berlaku kesan sampingan pada tubuh kita. Ya lah, dah kita ubah kejadian Allah mestilah ada kesannya kan? Tapi menurut kajian pakar juga, peluang untuk berlakunya perpindahan DNA dari soya GMO ke tubuh manusia yang boleh menyebabkan soya bahaya pada kesihatan adalah sangat rendah dan hampir tiada. Itu kata pakar lah ya di mana anda boleh rujuk sendiri di Genetically Modified Soybean.
Tentang point ke-2 pula, sedangkan Islam sendiri pun menyuruh umatnya bersederhana dalam pemakanan. Setahu saya apa sahaja makanan pun kalau diambil berlebihan sememangnya akan memudaratkan badan kita. Jadi kalau ada yang memang makan bergelen-gelen soya GMO setiap hari, memang logik lah anda berisiko tinggi mendapat penyakit-penyakit yang dikaitan dengan soya tu. Tapi ada ke orang makan atau minum soya bergelen-gelen setiap hari? Rasanya tak ada kot.. kan????

Benarkah soya melemahkan kejantanan lelaki?
Ada yang berpendapat soya membekalkan phyto-estrogen di mana ia boleh melemahkan kejantanan lelaki (dalam erti kata lain lelaki jadi pondan). Jadi ramailah ibu hamil yang takut nak minum sebab takut nanti keluar baby boy jadi lembik.  Phyto-estrogen adalah sejeniskomponen daripada tumbuhan yang seakan-akan hormon estrogen dalam tubuh manusia. Jadi anti-soya berpendapat pengambilan soya akan menyebabkan lambakan phyto-estrogen dalam badan. Bila estrogen tinggi, maka hormon perempuan lebih tinggi menyebabkan lelaki jadi lembut a.k.a pondan.
Tetapi ia sentiasa patah balik pada kuantiti. Jika anda ahli bina badan (body builder) sememangnya anda perlu kurangkan produk soya atau sebarang produk yang boleh bekalkan phyto-estrogen kerana ia boleh mengganggu hormon maskulin yang anda perlukan. Malah ramai body builder berpendapat ia menggangu otot. Tapi jika anda lelaki biasa yang cuma minum soya pada kadar sederhana rasanya takde lah sampai jadi lelaki lembut. Begitu juga untuk ibu hamil. Apa-apa pun pilih soya non-GMO dan ambil kuantiti pada sederhana.
Dan apa yang anda perlu tahu juga, pengambilan phyto-estrogen dalam kuantiti sederhana bermanfaat besar dalam mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara, sakit jantung, diabetes, strok, obesity dan banyak penyakit lain. Jadi takde lah soya ni bahaya pada kesihatan 100% kan? Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya mengganggu sistem pembiakan lelaki dan wanita?
Isu ini timbul disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalam soya. Memandangkan phyto-estrogen adalah komponen dari tumbuhan yang serupa dengan estrogen (estrogen-like compounds), maka phyto-estrogen akan melekat pada reseptor estrogen dalam tubuh manusia. Jadi ini menghalang estrogen yang sebenar untuk melekat bagi menjalankan fungsinya dalam tubuh manusia. Isu ini sebenarnya 50-50 (ada betul dan ada salah).
Menurut pembacaan saya pada lelaki, risikonya tinggi jika soya yang diambil adalah soya GMO dan diambil pada kadar berlebihan. Pada wanita pula ia bergantung kepada banyak faktor. Ada kajian menunjukkan pengambilan soya (pendapat saya soya biasa yang GMO) pada kadar tinggi dari usia kecil boleh mengganggu. Tetapi pada wanita yang sudah dewasa ia sebenarnyamembantu melambatkan menopouse dan osteoporosis. Tapi seperti biasa mestilah dalam kadar sederhana dan ambillah soya non-GMO untuk lebih selamat kan. Boleh rujuk kupasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya menyebabkan kanser?
Ini juga disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalamnya. Dan ini juga 50-50. Berdasarkan kajian pendedahan pada phyto-estrogen dalam kadar yang tinggi dan berterusan boleh meningkatkan risiko kanser terutama kanser payudara. Tetapi kajian juga menunjukkan pengambilan soya dalam diet harian berupaya mengurangkan risiko kanser. Ini juga selari dengan banyak kajian yang dilakukan di kalangan orang Asia yang rata-rata mengamalkan produk soya dalam diet harian. Jadi pendapat saya seperti biasa berbalik kepada apa yang Islam suruh. Bersederhana dalam apa jua yang kita ambil. Dan paling penting pastikan soya itu non-GMO. Sememangnya banyak kajian menunjukkan phyto-estrogen berupaya mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara. Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya mengandungi heavy metal toxic, natural toxin, gaitrogen dan bahan kimia lain yang bahaya pada kesihatan?
Ya, yang ini saya setuju sangat soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya GMO. Yang memang dah diubah genetiknya, dan diberi pelbagai bahan kimia lain supaya cepat masak, saiz lebih besar, lebih banyak minyak dan sebagainya. Dan ya, saya juga setuju soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya GMO yang diproses seperti kebiasaan iaitu menggunakan alkohol dan mudah dicemari dengan bahan kimia lain. Jadi isu ini boleh dielakkan jika anda pilih produk soya non-GMO yang diproses tanpa alkohol dan bahan kimia.

Soya bahaya pada kanak-kanak?
Memang ada yang timbulkan isu ni dan melalui pembacaan saya, pemberian susu formula berasaskan soya secara berterusan pada bayi sememangnya mendatangkan kesan sampingan pada kesihatan anak. Menjadi trend semasa untuk berikan bayi susu formula berasaskan soya kerana dikatakan susu dari susu lembu tinggi lemak, gula dan sebagainya. Tapi sebenarnya tidak ada beza pun. Nak yang terbaik? Berilah anak anda susu ibu kan… Menurut kajian, antarakesan sampingan yang timbul adalah tempoh haid dan senggugut yang lebih panjang dan berisiko tinggi untuk menghidap ‘uterine fibroid’ (fibroid di uterus). Boleh rujuk ulasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens. Tapi kalau sekadar beri soya sebagai sebahagian dari diet harian, tak sama macam beri susu formula kan?? Jadi pada saya soya bahaya pada kesihatan kanak-kanak jika diambil pada kuantiti sederhana dan amalkan non-GMO soya.

Jadi harap sedikit sebanyak terjawab isu soya ni? Tidak perlulah nak ditakutkan sangat dengan soya. Walaupun saya setuju point ramai orang yang mendakwa ia dakyah Yahudi gembar gemburkan kehebatan soya ni, tapi pada saya sebagai salah satu tumbuhan yang diciptakan Allah, ia ada khasiatnya pada tubuh manusia. Tapi saya juga setuju, ada jenis kacang soya bahaya pada kesihatan. Cuma kalau nak 100% selamat pilihlah soya non-GMO dan ambillah dalam kuantiti sederhana. Betul tak tuan-tuan dan puan-puan??? Tapi ini cuma pendapat peribadi saya berdasarkan kajian dan pembacaan saya.

ESP Shaklee Tidak Selamat Ke?????
Sekarang isu  ESP Shaklee pula? Ya lah dah orang kecoh soya ni tak bagus kan, dan memandangkan  ESP Shaklee ni diekstrak dari kacang soya maka lumpurnya pun terpalitlah sekali. Apa yang anda perlu tahu adalah  ESP Shaklee hanya diekstrak dari kacang soya non-GMO. Ingat lagi kan apa beza GMO dengan non-GMO? Yang mana baik dan yang mana buruk?
Malah kacang soya non-GMO yang digunakan oleh Shaklee telah melalui progam Identity Preserved Program (IPP). Melalui program IPP ni, Shaklee memastikan kacang soyanya adalah yang semulajadi dan bebas dari perubahan genetik. Contohnya, jika ia perlukan 9 bulan untuk matang sebelum dituai maka 9 bulanlah masa yang Shaklee peruntukkan. Iatidak akan diberi apa-apa bahan kimia untuk mempercepatkan kematangannya. Jadiproses penanaman soya untuk Shaklee adalah secara semulajadi dan tiada any intervention ya.

Dan apa lagi yang bezanya ESP Shaklee dengan produk soya lain?
Apa yang anda perlu tahu kebiasaannya produk soya akan diproses menggunakan alkohol yang bukan sahaja memusnahkan kandungan isoflavene yang bermanfaat pada kesihatan kita malah boleh menyebabkan pencemaran dari bahan-bahan kimia yang digunakan.
Tapi tidak dengan  ESP Shaklee ya.
Kacang soya yang digunakan dalam penghasilan  ESP Shaklee dicuci dengan air untuk memastikan kandungan isoflavene dan daidzin di dalamnya yang penting untuk kesihatan terpelihara. Pada yang belum tahu isoflavene adalah antara komponen penting dalam pencegahan kanser.
Dan tahukah anda pengambilan ESP Shaklee hanya disarankan 3 sudu besar sehari. Kenapa? Supaya ia tidak membebankan ginjal kita untuk memproses. Jadi banyak ke 3 sudu besar sehari tu? Pada saya tak lah banyak pun. Tapi pada orang lain, ikut pendapat masing-masing lah kan. Pendek kata Shaklee sendiri pun tidak suruh ambil banyak ESP pun sehari. Cukup 3 sudu besar untuk keperluan harian. Bersederhana itu kan lebih baik.

Kesimpulannya memang ada betulnya soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk amalkan soya GMO dan ambil pada kuantiti yang melampau banyak. Tapi pendirian saya, sebagai tumbuhan yang diciptakan oleh Allah, ia tetap ada manfaatnya pada badan dan ambillah pada kuantiti sederhana. Shaklee ESP antara produk berasaskan soya yang dihasilkan dari soya non-GMO dan melalui pemprosesan yang ketat untuk memastikan kualitinya terbaik. Malah cadangan pengambilan seharian sudah ditetapkan untuk memberi manfaat kepada badan dan bukannya memudaratkan badan. Jadi bukan nak promote tapi sebagai produk yang sudah 50 tahun di pasaran, jika benar ESP Shaklee memudaratkan badan semestinya dah lama ia dikeluarkan dari pasaran. Jadi fikir-fikirkan lah. Jangan terlalu percayakan cakap orang. Sebaiknya buat kajian sendiri. Anda akan lebih yakin bila anda sendiri yang mencari jawapannya.
Bagi yang tertanya-tanya apa khasiat ESP Shaklee, boleh baca kupasan saya di di sini.

Jom order  ESP SHAKLEE  dengan dua cara dibawah.

Cara 1: Tekan butang dibawah.

ESP SHAKLEE

Cara 2: Boleh hubungi saya untuk membuat tempahan.

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan
Email : ctazri83@gmail.com


Friday 21 November 2014

ARTIS BENGANG DENGAN IPHONE 6??

Baru-baru ini digembarkan bahawa ada segelintir artis yang bengang dengan Iphone 6? Kenapa ya? Rupa-rupanya hampir kesemua akaun Instagram artis Malaysia yang dibanjiri dengan komen ‘I got a free iPhone from….”.  
Contoh Komen

Antara akaun yang menipu

Komen artis yang bengang



Jika difikirkan dengan logik, tak akan ada orang yang nak beri iPhone 6 tu secara percuma. Jika kita nak sesuatu barang yang berharga, kita mesti berusaha untuk mencapainya. Nak masuk tandas awam pun kita kena bayar kan?


So, moral of the story, if you want something you have to work for it.

Thursday 20 November 2014

NOVEL TERBAIK YANG SAYA PERNAH BACA..

Hai uollls,
Novel Lagenda Budak Setan

Sapa pernah baca novel kat picture atas tu? This is my old time favourite novel. Kalau tak silap saya masa tu saya dalam tingkatan 2. Saya memang suka sangat baca novel time tu. And this is the best novel I ever read.
Tak sangka bila dia orang nak buat filem untuk novel ini. Tapi bagi saya jalan cerita dalam novel lagi best dari yang kat filem tu.

Jom layan lagu petikan dari filem Lagenda Budak Setan 3: Kasyah


KENALI BAHAYA SAKIT LUTUT DAN SENDI

Bagaimana mengetahui anda mengalami penyakit sendi?
Gejala yang biasa dialami oleh pesakit sendi adalah merasa nyeri sendi atau ngilu di bahagian sendi. Apabila anda mengalami sakit sendi, anda akan merasa sakit dan lembut di kawasan tersebut, menjadi bengkak, mengalami keradangan, kaku dan sukar bergerak.

PENGEDAR SHAKLEE MIRI-SET SAKIT LUTUT & SENDI TULANG



Apakah punca yang menjadikan bahagian di kawasan sendi sakit?

1. Rheumatoid Arthritis
Rheumatoid arthritis adalah penyebab nyeri sendi kronik yang paling lazim. Ia bukanlah satu penyakit khas untuk golongan tua seperti yang biasa dianggap umum kerana golongan muda juga boleh terkena penyakit ini. Penyakit rheumatoid arthritis berpunca daripada kerosakan sistem autoimun yang menyebabkan tubuh menghasilkan zat penyebab keradangan, terutama di bahagian sendi. Bahagian tubuh yang sering diserang penyakit ini adalah sendi jari tangan dan kaki dan tulang belakang. Rheumatoid arthritis menyebabkan keradangan dan pembengkakan selaput sendi dan lama kelamaan merosakkan kapsul sendi dan seterusnya tendon. Dan akhirnya, ia menyebabkan deformasi pada tulang dan kesukaran untuk bergerak.


2. Osteoarthritis
Osteoarthritis adalah penyakit sendi degeneratif (umumnya menyerang mereka yang berusia 45 tahun ke atas). Pesakit osteoarthritis juga mengalami nyeri sendi tetapi tidak bermula dengan keradangan. Nyeri sendi akan dirasai apabila mengangkat berat dan pada waktu mula-mula bergerak dari posisi istirehat. Faktor yang menyebabkan osteoarthritis ini adalah penuaan dan juga penggunaan sendi yang berterusan. Akibat geseran ini, lama kelamaan tulang rawan akan menjadi haus dan menyebabkan rasa nyeri terutama pada bahagian pinggul, lutut, tangan, kaki, dan tulang belakang.


3. Ankylosing spondylitis
Ankylosing spondylitis adalah salah satu bentuk arthritis juga. Mereka yang mengalami penyakit ini sering mengalami rasa nyeri dan keradangan terutamanya pada sendi tulang belakang dan juga pinggul. Gejala dirasai semasa tidur, setelah bangun tidur atau setelah lama tidak aktif. Untuk kes yang berat, ankylosing spondylitis boleh menyebabkan percantuman tulang belakang sehingga menyebabkan bongkok, yang dikenal sebagai kyphosis. Keparahan kes adalah berlainan dan tidak semua penderita mengalami gabungan tulang belakang. Sesetengah orang mungkin hanya mengalami sakit punggung atau pinggul secara berkala. Seperti juga rheumatisme, ankylosing spondylitis adalah penyakit autoimun yang menurun.


4. Psoriatik Arthritis
Arthritis ini adalah kesan sampingan daripada penyakit psoriasis. Pembengkakan yang  menyakitkan dapat terjadi pada semua sendi, terutama ruas jari, pergelangan tangan, lutut, tulang selangka, pergelangan kaki dan punggung bawah. Gejala biasanya disertai dengan masalah kulit. Sekitar 30-40% orang dengan gejala psoriasis akan mengalami psoriatik arthritis, meskipun sering kali tidak didiagnosis, terutama jika gejalanya ringan. Psoriatik arthritis biasanya terjadi antara usia 30-50 tahun, namun ia boleh terjadi tidak mengira usia dan kepada lelaki mahupun wanita.


5. Gout (asam urat)
Jika rasa sakit tajam berada di sekitar ruas dan pergelangan kaki, penyebabnya mungkin adalah gout. Gout adalah hasil kadar asam urat (asid urik) yang tinggi dalam darah. Rasa sakit sendi biasanya disertai dengan bengkak, kemerahan, dan hangat.

Selain daripada lima situasi di atas, penyakit lupus (SLE) dan penyakit-penyakit yang lain seperti demam urat, cacar air, hepatitis, dan influenza juga dapat menyebabkan nyeri pada sendi.

Bagaimana nak hilangkan sakit lutut, sendi dan tulang ini?
Kaedah biasa yang digunakan untuk menghilangkan sakit lutut dan sendi ini ialah dengan mengambil ubat ataupun suntikan, Malangnya, kesan ubat dan suntikan ini hanya memberikan kelegaan buat sementara waktu sahaja dan jika ia diambil secara berterusan, ia akan memberi kesan sampingan kepada organ badan yang lain pula. Penderita penyakit ini juga boleh menghilangkan rasa sakit dengan melakukan pembedahan tetapi kosnya lebih mahal dan mengambil masa untuk pesakit mudah bergerak semula.

Alternatif untuk hilangkan sakit lutut, sendi dan tulang
Bagi mengelakkan pembedahan mahupun pergantungan kepada ubat demi menghilangkan rasa sakit, mereka yang mengalami sakit lutut, sendi dan tulang ini boleh mengambil nutrien semulajadi sebagai alternatif.

Zat-zat yang diperlukan untuk mendapatkan sendi yang sihat ialah:

  1. Glukosamina -  Bagi membina semula tulang rawan dan bendalir sinovia yang semakin berkurangan (haus).
  2. Vitamin C - Bagi melawan radikal bebas yang ditemui di dalam bendalir pesakit arthritis dan sendi yang radang.
  3. Omega-3 - Bagi mengurangkan keradangan/inflamasi dalam sendi
  4. Kalsium dan mineral - Bagi menjamin kekuatan dan kesihatan tulang.
Set Kesihatan Sendi Shaklee
Jadi, sebagai alternatif, pesakit lutut, sendi dan tulang boleh mendapatkan Set Kesihatan Sendi Shaklee yang mengandungi kesemua zat yang diperlukan untuk memastikan anda bebas daripada penyakit ini. Set Kesihatan Sendi Shaklee terdiri daripada tiga jenis supplemen iaitu
Omega Guard, Advanced Joint Health Tablet & Ostematrix Shaklee.

PENGEDAR SHAKLEE MIRI-SET SAKIT LUTUT & SENDI TULANG
SET SAKIT LUTUT & SENDI TULANG


Berikut adalah fungsi dan manfaat setiap supplement dalam Set Kesihatan Sendi Shaklee:
  1. Advanced Joint Health Tablet membekalkan glukosamina daripada ekstrak jagung bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia turut diperkaya dengan Vitamin C yang diperlukan bagi sintesis kolagen yang merupakan satu komponen bagi tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh. Ekstrak Boswellia di dalam  Advanced Joint Health Tablet  ini pula berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
  2. Asid lemak Omega-3 pula dapat diperolehi melalui OmegaGuard Shaklee. Pengambilan OmegaGuard akan melambatkan degradasi tulang rawan dan mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Ia adalah anti-radang semulajadi yang bertindak sebagai pelincir bagi membantu pesakit sendi bergerak dengan mudah.
  3. Ostematrix pula adalah supplement Shaklee yang bertindak untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat. Setiap hidangan Ostematrix mengandungi 1000 mg Kalsium berasaskan semulajadi yang mudah diserap dan disertai dengan 400mg Magnesium bagi mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya.  Ostematrix turut diperkaya dengan 400 IU Vitamin D yang merangsang penyerapan kalsium dan mineral-mineral lain seperti Boron, Mangan, Tembaga dan Zinc bagi membantu metabolisme tulang dan mengaktifkan enzim yang membantu dalam kepadatan tulang. Ternyata Ostematrix Shaklee lebih dari sekadar Kalsium biasa!
Dengan ketiga-tiga supplement ini, dengan izin Allah, sakit lutut, sendi dan tulang anda akan berkurangan dan anda akan lebih bebas untuk bergerak.

Tunggu apa lagi? Jom order set “SAKIT LUTUT DAN SENDI TULANG’ dengan harga yang berbaloi ini.



Cara 1: Tekan butang dibawah.

SET SAKIT LUTUT DAN SENDI TULANG SHAKLEE

Cara 2: Boleh hubungi saya untuk membuat tempahan.

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan
Email : ctazri83@gmail.com



RESEPI TIRAMISU ISTIMEWA

Entri kali ini berbeza sedikit, saya akan berkongsi satu resepi yang simple dan istimewa iaitu : Tiramisu Simple. Ianya sungguh mudah dan tak akan mengambil masa yang lama untuk menyediakannya.
Bahan-bahan :
  • 200ml whipping cream atau krim putar
  • 250ml cream cheese
  • 1.5 sudu serbuk kopi/nescafe
  • serbuk coklat sebagai hiasan
  • 1 biji sponge kek atau hirisan kek yang anda minati
  • 1/2 cawan gula kisar / gula halus
Cara-cara :
1. Bancuhkan nescafe/ serbuk kopi menggunakan satu cawan air panas
2. Kisar bersama gula halus, cream cheese dan whipping cream sehingga sebati
3.  Kacau menggunakan mixer atau secara manual sehingga menjadi kembang dan gebu
4. Sediakan beberapa lapisan kek (3 atau 4) mengikut citarasa anda
5. Susan lapisan yang pertama ke dalam bekas
6. Kemudian tuangkan bahan kisaran tadi. Ratakan secara perlahan
7. Susun lapisan yang kedua dan ulang langkah 6 sehingga habis kisaran anda digunakan.
8. Simpan dalam peti sejuk untuk beberapa jam dan hiaskan dengan serbuk coklat apabila dihidangkan.

Senangkan? Tak perlu bakar pakai oven.



RAHSIA KESIHATAN LELAKI

Salam,

Lama dah tak tulis blog ni. Kali ini saya nak berkongsi mengenai RAHSIAH KESIHATAN LELAKI.

Lelaki tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, kencing manis, obesiti, strok dan sebagainya.
Ada diantara mereka yang mengalami perubahan hormon seawal usia 30tahun yang membawa kepada masalah kesihatan yang rumit seperti:

   v  Mati pucuk
   v  Pembesaran prostat
   v  Lesu, kurang tenaga dan stamina




Set Kesihatan Lelaki membekalkan nutrisi terbaik untuk memenuhi keperluan harian.


Kebaikan:


  v  Memelihara kesihatan prostat
  v  Meningkatkan kecegasan dan kesihatan badan
  v  Memelihara jantung agar lebih sihat
  v  Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  v  Mengawal tahap kolestrol yang sihat


PENGEDAR SHAKLEE MIRI-SET KESIHATAN LELAKI
SET KESIHATAN LELAKI

Tunggu apa lagi? Jom order "SET KESIHATAN LELAKI" dengan harga yang berbaloi ini.



Cara 1: Tekan butang dibawah.

SET KESIHATAN LELAKI SHAKLEE

Cara 2: Boleh hubungi saya untuk membuat tempahan.

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan
Email : ctazri83@gmail.com