Sebenarnya dah lama isu
ni timbul semenjak ramai yang rajin share dan posting artikel tentang keburukan
soya atau soya bahaya pada kesihatan. Sampaikan ESP Shaklee pun kena tempiasnya
juga.So yang mana masih ragu-ragu apa kata baca dulu ya.. Artikel ni memang
panjang sikit tapi sebab nak jelaskan isu yang hot ni memang tak boleh nak buat
pendek-pendek. So kalau betul-betul nak tahu bacalah ya…
Yang menjadi persoalan hampir kesemua artikel hanya
menyebut perkataan soya sedangkan ada 2 jenis soya di dunia ni iaitu GMO soya
dan non-GMO soya (pendirian peribadi saya organic soya termasuk dalam non-GMO
soya). Jadi saya hairan kenapa tiada orang yang mengupas isu 2 jenis soya ini.
Apa
beza GMO dengan Non-GMO?
Kepada yang belum tahu GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified Organisms. Ia bermaksud organisma
(baik haiwan mahupun tumbuhan) yang sudah diubah kandungan genetiknya
oleh manusia. Tahukah anda hampir kesemua produk makanan yang kita
ambil seharian sebenarnya adalah produk GMO? Kenapa?
Sebab kita perlukan makanan lebih banyak dari yang
pasaran sedia ada mampu bekalkan. Jadi pakar-pakar industri pemakanan terpaksa
ubah genetik tumbuhan/haiwan supaya tanaman cepat masak, buah lebih besar,
kandungan minyak lebih banyak, haiwan cepat matang dan macam-macam lagi. Jadi
takde lah nak berlaku krisis kekurangan makanan.
Maka soya juga tidak
terkecuali. Malah pada tahun 1999, satu kajian membuktikan pengambilan soya
boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung. Maka semenjak itu,
permintaan soya melanjuk naik lebih dari yang mampu dibekalkan oleh pengusaha
soya. Maka disebabkan permintaannya yang tinggi dalam industri makanan, minyak,
farmaseutikal dan sebagainya, 96% soya di dunia adalah soya
GMO. Boleh dikatakan semua produk soya yang anda ambil seharian
adalah soya GMO kecuali anda memang beli soya yang bertanda ‘Organik’ atau
‘Non-GMO’. Non-GMO ini bermaksud ‘Non-Genetically Modified Organisms’ di mana kandungan genetiknya
tidak pernah diubah oleh manusia.
Kenapa saya bercerita pasal GMO dan non-GMO ni?
Anda kena faham perbezaan dua jenis soya ni barulah boleh terima akal apa yang
saya nak ceritakan seterusnya. Jadi setelah saya menjelajah dari website ke
website, saya setuju yang soya memang boleh mendatangkan mudarat kepada
kesihatan badan jika
1.
Produk soya yang dimakan seharian itu
adalah GMO soya
2.
Produk soya GMO dimakan dalam kuantiti
yang terlalu banyak setiap hari
Untuk point 1,
disebabkan majoriti besar soya adalah GMO dan tak mustahil apabila kita sudah
ubah genetiknya, akan berlaku kesan sampingan pada tubuh kita. Ya lah, dah kita
ubah kejadian Allah mestilah ada kesannya kan? Tapi menurut kajian pakar juga,
peluang untuk berlakunya perpindahan DNA dari soya GMO ke tubuh manusia yang
boleh menyebabkan soya bahaya pada kesihatan adalah sangat
rendah dan hampir tiada. Itu kata pakar lah ya di mana anda boleh
rujuk sendiri di Genetically Modified Soybean.
Tentang point ke-2 pula, sedangkan Islam sendiri
pun menyuruh umatnya bersederhana dalam pemakanan. Setahu saya apa sahaja
makanan pun kalau diambil berlebihan sememangnya akan memudaratkan badan kita.
Jadi kalau ada yang memang makan bergelen-gelen soya GMO setiap hari, memang
logik lah anda berisiko tinggi mendapat penyakit-penyakit yang dikaitan dengan
soya tu. Tapi ada ke orang makan atau minum soya bergelen-gelen setiap hari?
Rasanya tak ada kot.. kan????
Benarkah
soya melemahkan kejantanan lelaki?
Ada yang berpendapat soya membekalkan phyto-estrogen di mana ia boleh melemahkan kejantanan lelaki (dalam erti kata lain
lelaki jadi pondan). Jadi ramailah ibu hamil yang takut nak minum sebab takut
nanti keluar baby boy jadi lembik. Phyto-estrogen adalah sejeniskomponen daripada tumbuhan yang seakan-akan hormon estrogen dalam
tubuh manusia. Jadi anti-soya berpendapat pengambilan soya akan menyebabkan
lambakan phyto-estrogen dalam badan. Bila estrogen tinggi, maka hormon
perempuan lebih tinggi menyebabkan lelaki jadi lembut a.k.a pondan.
Tetapi ia sentiasa patah
balik pada kuantiti. Jika anda ahli bina badan (body builder) sememangnya anda
perlu kurangkan produk soya atau sebarang produk yang boleh bekalkan
phyto-estrogen kerana ia boleh mengganggu hormon maskulin yang anda perlukan.
Malah ramai body builder berpendapat ia menggangu otot. Tapi jika anda lelaki
biasa yang cuma minum soya pada kadar sederhana rasanya takde lah sampai jadi
lelaki lembut. Begitu juga untuk ibu hamil. Apa-apa pun pilih soya non-GMO
dan ambil kuantiti pada sederhana.
Dan apa yang anda perlu
tahu juga, pengambilan phyto-estrogen dalam kuantiti sederhana bermanfaat besar
dalam mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara, sakit jantung,
diabetes, strok, obesity dan banyak penyakit lain. Jadi takde lah soya ni
bahaya pada kesihatan 100% kan? Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of
Phytoestrogens.
Soya
mengganggu sistem pembiakan lelaki dan wanita?
Isu ini timbul
disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalam soya. Memandangkan phyto-estrogen
adalah komponen dari tumbuhan yang serupa dengan estrogen (estrogen-like
compounds), maka phyto-estrogen akan melekat pada reseptor
estrogen dalam tubuh manusia. Jadi ini menghalang estrogen yang sebenar untuk melekat bagi
menjalankan fungsinya dalam tubuh manusia. Isu ini sebenarnya 50-50 (ada betul dan ada salah).
Menurut pembacaan saya
pada lelaki, risikonya tinggi jika soya yang diambil adalah soya GMO dan diambil
pada kadar berlebihan. Pada wanita pula ia bergantung kepada banyak faktor. Ada
kajian menunjukkan pengambilan soya (pendapat saya soya biasa yang GMO) pada
kadar tinggi dari usia kecil boleh mengganggu. Tetapi pada wanita yang sudah
dewasa ia sebenarnyamembantu melambatkan menopouse dan
osteoporosis. Tapi seperti biasa mestilah dalam kadar sederhana dan
ambillah soya non-GMO untuk lebih selamat kan. Boleh rujuk kupasan kajian di The Pros and Cons of
Phytoestrogens.
Soya
menyebabkan kanser?
Ini juga disebabkan
kandungan phyto-estrogen di dalamnya. Dan ini juga 50-50. Berdasarkan kajian
pendedahan pada phyto-estrogen dalam kadar yang tinggi dan berterusan boleh
meningkatkan risiko kanser terutama kanser payudara. Tetapi kajian juga
menunjukkan pengambilan soya dalam diet harian berupaya mengurangkan risiko
kanser. Ini juga selari dengan banyak kajian yang dilakukan di kalangan orang
Asia yang rata-rata mengamalkan produk soya dalam diet harian. Jadi pendapat
saya seperti biasa berbalik kepada apa yang Islam suruh. Bersederhana dalam apa
jua yang kita ambil. Dan paling penting pastikan soya itu non-GMO. Sememangnya
banyak kajian menunjukkan phyto-estrogen berupaya mengurangkan risiko kanser
terutama kanser payudara. Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of
Phytoestrogens.
Soya
mengandungi heavy metal toxic, natural toxin, gaitrogen dan bahan kimia lain
yang bahaya pada kesihatan?
Ya, yang ini saya setuju
sangat soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya
GMO. Yang memang dah diubah genetiknya, dan diberi pelbagai bahan kimia lain
supaya cepat masak, saiz lebih besar, lebih banyak minyak dan sebagainya. Dan
ya, saya juga setuju soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk
mengamalkan produk soya GMO yang diproses seperti kebiasaan iaitu menggunakan
alkohol dan mudah dicemari dengan bahan kimia lain. Jadi isu ini boleh dielakkan jika anda pilih produk soya non-GMO yang
diproses tanpa alkohol dan bahan kimia.
Soya
bahaya pada kanak-kanak?
Memang ada yang
timbulkan isu ni dan melalui pembacaan saya, pemberian susu formula berasaskan
soya secara berterusan pada bayi sememangnya mendatangkan kesan sampingan pada
kesihatan anak. Menjadi trend semasa untuk berikan bayi susu formula berasaskan
soya kerana dikatakan susu dari susu lembu tinggi lemak, gula dan sebagainya.
Tapi sebenarnya tidak ada beza pun. Nak yang terbaik? Berilah anak anda susu
ibu kan… Menurut kajian, antarakesan sampingan yang timbul
adalah tempoh haid dan senggugut yang lebih panjang dan berisiko tinggi untuk
menghidap ‘uterine fibroid’ (fibroid di uterus). Boleh rujuk ulasan
kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens. Tapi
kalau sekadar beri soya sebagai sebahagian dari diet harian, tak sama macam beri
susu formula kan?? Jadi pada saya soya bahaya pada kesihatan kanak-kanak jika
diambil pada kuantiti sederhana dan amalkan non-GMO soya.
Jadi harap sedikit sebanyak terjawab isu soya ni?
Tidak perlulah nak ditakutkan sangat dengan soya. Walaupun saya setuju point
ramai orang yang mendakwa ia dakyah Yahudi gembar gemburkan kehebatan soya ni,
tapi pada saya sebagai salah satu tumbuhan yang diciptakan Allah, ia ada
khasiatnya pada tubuh manusia. Tapi saya juga setuju, ada jenis kacang soya
bahaya pada kesihatan. Cuma kalau nak 100% selamat pilihlah soya non-GMO dan
ambillah dalam kuantiti sederhana. Betul tak tuan-tuan dan puan-puan??? Tapi
ini cuma pendapat peribadi saya berdasarkan kajian dan pembacaan saya.
ESP Shaklee Tidak Selamat Ke?????
Sekarang isu ESP
Shaklee pula? Ya lah dah orang kecoh soya ni tak bagus kan, dan
memandangkan ESP Shaklee ni diekstrak dari kacang soya maka
lumpurnya pun terpalitlah sekali. Apa yang anda perlu tahu adalah ESP
Shaklee hanya diekstrak dari kacang soya non-GMO. Ingat
lagi kan apa beza GMO dengan non-GMO? Yang mana baik dan yang mana buruk?
Malah kacang soya
non-GMO yang digunakan oleh Shaklee telah melalui progam Identity Preserved Program (IPP). Melalui
program IPP ni, Shaklee memastikan kacang soyanya adalah yang semulajadi dan bebas dari perubahan genetik. Contohnya,
jika ia perlukan 9 bulan untuk matang sebelum dituai maka 9 bulanlah masa yang
Shaklee peruntukkan. Iatidak akan diberi apa-apa bahan kimia untuk
mempercepatkan kematangannya. Jadiproses penanaman soya untuk
Shaklee adalah secara semulajadi dan tiada any intervention ya.
Dan
apa lagi yang bezanya ESP Shaklee dengan produk soya lain?
Apa yang anda perlu tahu kebiasaannya produk soya akan diproses menggunakan alkohol yang
bukan sahaja memusnahkan kandungan isoflavene yang bermanfaat pada
kesihatan kita malah boleh menyebabkan pencemaran dari
bahan-bahan kimia yang digunakan.
Tapi tidak dengan ESP Shaklee ya.
Kacang soya yang
digunakan dalam penghasilan ESP Shaklee dicuci dengan air untuk
memastikan kandungan isoflavene dan daidzin di dalamnya yang
penting untuk kesihatan terpelihara. Pada yang belum tahu isoflavene
adalah antara komponen penting dalam pencegahan kanser.
Dan tahukah anda pengambilan ESP Shaklee hanya disarankan 3 sudu besar sehari.
Kenapa? Supaya ia tidak membebankan ginjal kita untuk
memproses. Jadi banyak ke 3 sudu besar sehari tu? Pada saya tak lah banyak pun.
Tapi pada orang lain, ikut pendapat masing-masing lah kan. Pendek kata Shaklee
sendiri pun tidak suruh ambil banyak ESP pun sehari. Cukup 3 sudu besar untuk
keperluan harian. Bersederhana itu kan lebih baik.
Kesimpulannya memang ada betulnya soya bahaya pada
kesihatan jika anda pilih untuk amalkan soya GMO dan ambil pada kuantiti yang
melampau banyak. Tapi pendirian saya, sebagai tumbuhan yang diciptakan oleh
Allah, ia tetap ada manfaatnya pada badan dan ambillah pada kuantiti sederhana.
Shaklee ESP antara produk berasaskan soya yang dihasilkan dari soya non-GMO dan
melalui pemprosesan yang ketat untuk memastikan kualitinya terbaik. Malah
cadangan pengambilan seharian sudah ditetapkan untuk memberi manfaat kepada
badan dan bukannya memudaratkan badan. Jadi bukan nak promote tapi sebagai
produk yang sudah 50 tahun di pasaran, jika benar ESP Shaklee memudaratkan badan
semestinya dah lama ia dikeluarkan dari pasaran. Jadi fikir-fikirkan lah.
Jangan terlalu percayakan cakap orang. Sebaiknya buat kajian sendiri. Anda akan
lebih yakin bila anda sendiri yang mencari jawapannya.
Bagi yang tertanya-tanya
apa khasiat ESP Shaklee, boleh baca kupasan saya di di sini.
Jom order ESP SHAKLEE dengan dua cara dibawah.
Cara 1: Tekan butang dibawah.
Cara 2: Boleh hubungi saya untuk membuat tempahan.
Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;
♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan
♥Email : ctazri83@gmail.com
No comments:
Post a Comment