Friday, 6 December 2013

Inginkan Kulit Cantik dan bentuk badan yang kurus Macam Orang Korea?



Mesti ramai pengikut drama dan muzik Korea di Malaysia kan? Saya sendiri memang peminat drama-drama Korea & paling penting program reality RunningMan. Memang tak akan miss satu episode pun. Tak cukup menonton di televisyen, sambung pula di internet. Tapi saya bukan nak cerita pasal RunningMan atau drama-drama Korea ni. Tetapi, kalau anda semua perasan, kulit pelakon Korea ni semua cantik dan kurus. Memang saya akui, ada di antara pelakon ni yang buat pembedahan kosmetik tetapi rata-rata memang kulit mereka cantik & halus.

Hehehe...ok, saya tidak kata nak cantik (perawakan) macam artis Korea. Saya cuma kata nak KULIT CANTIK dan KURUS macam ORANG KOREA. Masyarakat Korea diakui dunia sebagai masyarakat yang kulitnya cantik dan sihat, dan masyarakat Korea juga merupakan antara masyarakat yang paling rendah kadar obesitinya. 

Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) statistics bear out the Korean miracle. In an increasingly spherical world, Korean obesity rates are shockingly low. As of 2009, Korea’s obesity rate was just 3.8%, slightly below the second thinnest nation, Japan, and rating pretty well against non-OECD states India (2.1%), Indonesia (2.4%), and China (2.9%). The data also shows that these rates have held steady over the last decade, in contrast to many other OECD states where rates have climbed (and in stark contrast to the United States, where rates have skyrocketed).


Ramai yang memberi pandangan tentang kulit masyarakat Korea yang kurang bermasalah berbanding masyarakat Asia yang lain. Ada yang mengatakan bahawa itu adalah disebabkan faktor genetik, ada juga yang mengatakan faktor cuaca, persekitaran yang bersih, produk penjagaan wajah, sauna dan facial tetapi dalam semua pendapat itu...mesti ada satu point yang saya rasa ialah keypointnya; DIET.

Tidak ada yang menyangkal bahawa masyarakat Korea mengamalkan pemakanan yang sihat, iaitu makan lebih sayur-sayuran, lebih protein seperti tofu dan ikan, kurang makan makanan bergoreng, kurang gula dan minum banyak air kosong. Malah ada yang mengatakan jika seorang Filipina tinggal dan makan makanan Korea kulitnya juga akan cantik macam kulit masyarakat Korea dan begitulah sebaliknya. Faktor pemakanan sememangnya memberikan kesan kepada tubuh badan secara keseluruhan termasuklah kulit dan bentuk badan. 

Certainly genetics play their part. Koreans—like other Asians—tend toward ectomorphic body types, which is to say, thinner, lighter builds often accompanied by higher rates of metabolism. Lifestyle and culture, however, play very important roles, too. Although the Korean diet is changing—a fact much bemoaned in some quarters of the Korean press—Koreans still eat more vegetables and less fat than other peoples around the world. In his 2010 book The Five Factor World Diet, celebrity trainer and author Harley Pasternak praised Korean cuisine as one of the healthiest in the world—it’s low in fat and high in tofu, noodles, fish, and fermented vegetables, most notably Korea’s signature dish, kimchi. In her Korean Diet Tips posted at eHow, Lane Cummings also notes that Koreans eat relatively little meat (the popularity of galbi and bulgogi notwithstanding) and consume little added sugar, with the most popular form of carbohydrate being gluten-free and sugar-free rice.


Begitu juga pandangan tentang bentuk tubuh dan masalah berat badan. Masyarakat Korea dikatakan memiliki tubuh yang cantik dan kurus kerana faktor pemakanan, gaya hidup dan kesedaran tentang kesihatan. Kata pensyarah saya yang pernah tinggal di Korea selama dua tahun, kos perubatan di Korea sangat tinggi, jadi masyarakat Korea perlu menitiberatkan soal kesihatan kerana tidak mahu membayar kos tersebut. 

DIET SIHAT MASYARAKAT KOREA

Ikan- Masyarakat Korea seperti juga masyarakat Jepun suka pada hidangan ikan, malah makan ikan mentah misalnya 'sashimi'. Ikan kaya dengan asid lemak Omega-3 yang sangat baik untuk kesihatan kardiovaskular, membantu mengawal tekanan darah dan penyakit jantung.

Soya- Soya merupakan makanan kegemaran masyarakat Korea, yang mana mereka ada tofu dan segala macam sup tofu, antaranya miso sup (psst..saya pernah cuba masak miso sup versi mudah tapi tak berapa nak lalu..agaknya bahan tak lengkap kot.hehe). Soya merupakan sumber protein yang sangat baik untuk otot, mengawal gula normal, mengawal tahap kolesterol normal, menggalakkan kesihatan jantung dan prostat serta meyokong sistem imun.

Sayur-sayuran- Masyarakat Korea sangat menitikberatkan pengambilan sayur-sayuran. Walaupun mereka telah menunjukkan peningkatan terhadap pengambilan daging, namun tahap pengambilan sayur-sayuran mereka masih tinggi. Makanan tradisional kebanggan mereka 'Kimchi' juga diperbuat daripada kobis. Kobis dikatakan sangat membantu menurunkan berat badan.

Air- Minum air kosong dalam kuantiti yang mencukupi. Air sangat penting untuk kesihatan secara keseluruhan, malah air merupakan komponen yang paling penting untuk menurunkan berat badan.

Rumpai Laut - Rumpai laut atau seaweed juga adalah makanan yang mesti ada dalam hidangan mereka. Rumpai laut mengandungi serat, klorofil dan pelbagai nutrien lain yang baik untuk kesihatan. Saya suka seaweed, tapi saya beli seaweed Korea yang kering saja, makan dengan nasi goreng sedapnya. Ataupun dengan telur dadar.

Teh hijau - Kata kawan saya Jungheum Ryu (pelajar Korea yang datang ke sini untuk program mobiliti), generasi muda Korea sudah mula menggemari kopi. Namun demikian, minuman yang terkenal di negara itu pada asalnya ialah teh, dan teh hijau. Seperti yang semua maklum teh hijau sangat tinggi kandungan antioksidannya dan ini membantu proses detoksifikasi tubuh.

Bawang Putih (Garlic) - Menu Korea sangat sinonim dengan bawang putih. Kimchi misalnya mengandungi kandungan bawang putih mentah yang banyak. Garlic mengandungi sebatian yang dipanggil 'allicin' yang memberi sokongan untuk mengekalkan tahap kesihatan mikro organisma dalam badan, mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolesterol yang baik. Garlic juga terkenal sebagai antibiotik untuk merawat jangkitan kuman, kulat atau gatal-gatal, ejen detoks dan penghalau angin yang hebat.

What you can learn from South Korea



Eat more garlic No Korean meal is complete without kimchi— a side dish that's heavy on raw garlic. The secret to its heart-protecting power is an enzyme in the garlic that prevents cholesterol from sticking to artery walls. But it's released only when the cloves are finely chopped or crushed, and heating weakens its effects.


SARANAN SUPLEMEN IKUT PEMAKANAN KOREA

Kita dah tengok cara pemakanan masyarakat Korea di atas. Tapi, hidangan kita tak sama dengan merekakan. Kita tak banyak sup tofu, yong taufu ada la.hehe...dan itu makanan segera. Mungkin taufu fah bagus untuk diamalkan. Dengarnya di Malaysia juga dah banyak rumpai laut, bolehlah diamalkan tapi biarlah yang berkualiti. Ikan, eloklah kita mula ubah dari sekarang untuk lebihkan hidangan ikan berbanding ayam suntik dan daging kerana ikan diketahui lebih bermanfaat dan tidak memberi risiko kesihatan. Nak makan bawang putih mentah? Takut nanti tak tertelan ...pedarnya rasa.

Oleh itu, ada beberapa makanan di atas yang boleh diambil melalui suplemen Shaklee sahaja. Apa yang lebih penting, bahan dalam suplemen Shaklee adalah semulajadi dan tidak tercemar sama ada oleh haba ataupun bakteria. Jadi, anda dapat khasiatnya secara sepenuhnya. Apakah suplemen tersebut?



# Garlic Complex (bawang putih)


# Omega Guard (khasiat ikan)


# ESP Soy Protein Isolate Powder - (protein soya)


# Cinch Tea Mix - (mengandungi teh hijau, putih dan merah)

Walaupun entri ini tentang kecantikan kulit dan tubuh, hakikatnya kecantikan itu datangnya dari dalam, iaitu datang daripada kesihatan yang baik. Sebagaimana ungkapan yang biasa kita dengar, You Are What You Eat. 

Saya harap dengan pengambilan suplemen berikut ditambah dengan gaya hidup yang sihat iaitu makan makanan berkhasiat dan seimbang, meninggalkan makanan segera dan mengandungi gula yang tinggi serta rutin aktiviti kecergasan yang berkala, kecantikan dan seri dalaman akan memancar di wajah anda. Oh ya, sekali sekala buat urutan tubuh dan facial pun bagus juga. Takpun lakukan saja di rumah. 

Jika anda mahukan regim penjagaan wajah yang berkualiti dan semujadi, Shaklee juga ada NutriWhite dan Enfuselle.



Enfuselle Shaklee


 NutriWhite Shaklee

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya.
♥Email : ctazri83@gmail.com





Thursday, 5 December 2013

Penyakit Gout

Ketahui tentang Gout



Penyakit Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gout.

Gout memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.

Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka.

Tisu lembut

Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada simptom), akut, interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.

Manakala bagi peringkat kronik, serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.

Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil yang dipanggil tophi. Pada keadaan yang lebih serius, tophi yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.

“Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan antara lima hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit. Sendi yang diserang gout akan bengkak, merah dan panas."

“Secara semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit,” katanya.

Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan — yang dipanggil gout palsu atau pseudogout.

Tanda-tanda

Ciri-ciri klasik adalah sakit melampau ( excruciating pain ) yang mengejut biasanya bermula hanya pada satu sendi, terutamanya ibu jari kaki (75% daripada serangan pertama adalah sendi metatarsal-phalangeal pertama).



Faktor risiko

· Jantina — Secara umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.
· Gaya hidup — Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.
· Obesiti — Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
· Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat — Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.
Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.
· Genetik — Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
· Umur — Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.

Bila sepatutnya mendapatkan rawatan? Kata Dr Penafort, apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi.

Malah, individu yang mengalami masalah kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu pengkumuhan asid urik turut berisiko mendapat gout. .

Menurut Dr Penafort, asid urik biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid urik berlebihan akan menyebabkan ia mendak dan berkumpul sama ada di sendi, buah pinggang atau kulit.


Mewarisi

Gout juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Walaupun begitu, dalam sesetengah kes ia boleh diwarisi, terutama individu yang tiada enzim untuk membuang asid urik.

Gout juga boleh disebabkan masalah obesiti, gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang. Bagi individu yang mempunyai masalah gout, mereka disarankan untuk berpantang sedikit dan menghindarkan makanan kaya purin seperti bijirin, makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras, kicap, teh dan kopi. Sebaliknya, minum lebih banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan kerap bersenam.

Suplemen Shaklee untuk pesakit GOUT



1. Alfalfa- untuk menyingkirkan toksin secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.


2. Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.



3. Omega guard- Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk. 

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya.
♥Email : ctazri83@gmail.com

Wednesday, 4 December 2013

Kepentingan OMEGA 3 Minyak Ikan (DHA & EPA) Untuk Ibu Mengandung

Penyelidikan saintifik sentiasa memperluaskan pengetahuan kita tentang keperluan pemakanan semasa kehamilan. Antara perkembangan terkini dalam bidang ini ialah kepentingan asid lemak omega 3 dalam perkembangan bayi dalam kandungan yang sihat dan kesihatan ibu hamil.

Apakah itu Acid Lemak Omega 3?
• Omega-3 adalah sebuah keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acid) yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Malangnya, ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan mesti diperolehi dari diet, vitamin, suplemen atau makanan tambahan.


• Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua komponen utama asid lemak omega 3 yang paling bermanfaat adalah EPA (Eicosapentaenoic acid) dan DHA (asid docosahexaenoic). Kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. DHA membantu meningkatkan kepintaran otak, mata, dan sistem saraf utama iaitu penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan dan ibu yang sedang menyusu.  Ia juga amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.


Apakah kepentingan Omega 3 dan Apakah fungsinya?

• Pengambilan Omega 3 lemak yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan pengeluaran hormon yang seimbang seperti hormon prostaglandin. Prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, radang dan tindak balas alergi, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain. Bergantung kepada jenis asid lemak dalam diet, jenis prostaglandin yang tertentu boleh dihasilkan dalam kuantiti yang besar. Ketidakseimbangan prostaglandin ini boleh membawa kepada penyakit.
• Peranan omega-3 dalam mengeluarkan prostaglandin yang bermanfaat mempunyai manfaat kesihatan yang begitu banyak, termasuk pencegahan penyakit jantung, meningkatkan fungsi kognitif dan pengawalan keradangan. Dos omega 3 yang tinggi digunakan untuk merawat dan mencegah gangguan emosi.  Kajian baru mengenal pasti potensi kebaikan pengambilan omega 3 termasuk kanser, penyakit radang usus dan penyakit autoimun yang lain.
Mengapa Pengambilan Omega 3 Penting Terutamanya Semasa Mengandung?

• Omega 3 didapati penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi. Kajian menunjukkan bahawa  ibu mengandung didapati kesusutan omega 3 dalam badan jika pengambilan omega 3  yang kurang dalam pemakanan akibat janin menggunakan omega 3 untuk perkembangan sistem saraf otak. Omega 3 juga digunakan selepas bersalin untuk membuat susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. Kajian telah mengesahkan bahawa pengambilan tambahan EPA dan DHA kepada diet seorang ibu hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan penglihatan dan kognitif bayi. Kajian juga telah menunjukkan bahawa penggunaan omega 3 yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.


• Asid lemak omega 3 mempunyai kesan positif ke atas kehamilan. Peningkatan pengambilan EPA dan DHA boleh mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi. Kekurangan pengambilan omega 3 juga meningkatkan risiko kemurungan ibu mengandung. Ini dapat menjelaskan mengapa gangguan emosi selepas lahir mungkin menjadi lebih buruk dan mula lebih awal untuk kehamilan berikutnya.
Apakah Makanan Yang Mengandungi Omega-3 (EPA + DHA)?

• Sumber EPA dan DHA adalah ikan air sejuk seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis dan ikan hering. Ramai orang risau tentang  kehadiran merkuri dan toksin lain dalam ikan, terutamanya semasa mengandung. Atas sebab ini, sumber minyak ikan EPA dan DHA dari vitamin ataupun suplemen adalah paling selamat. Minyak ikan yang berkualiti tinggi daripada pengilang yang mempunyai reputasi yang baik memberikan manfaat kesihatan EPA dan DHA tambahan tanpa risiko ketoksinan.
• Ramai orang berfikir bahawa flaxseed dan / atau minyak flaxseed mengandungi omega 3. Tetapi flaxseed mengandungi rantai pendek omega 3, ALA (asid alfa-linolenik), yang berbeza dari EPA dan DHA yang mengandungi rantai panjang omega 3. EPA dan DHA Omega 3 memberi keperluan badan untuk pembangunan kesihatan yang optimum. Walaupun ia pernah berfikir bahawa badan manusia boleh menukar ALA kepada EPA dan DHA, penyelidikan terkini menunjukkan bahawa pertukaran tersebut jarang berlaku. Minyak ikan merupakan sumber EPA dan DHA yang lebih dipercayai.



Adakah Selamat Untuk Mengambil Minyak Ikan Semasa Mengandung?

• Pengambilan kualiti minyak ikan yang tinggi adalah selamat semasa mengandung. Ikan segar (yang dimakan) sering boleh mengandungi toksin seperti merkuri. Bahan toksin ini boleh disingkir semasa pembuatan dan pemprosesan minyak ikan, dengan penggunaan bahan mentah yang berkualiti dan proses penapisan yang  maju.

• Sesetengah jenama minyak ikan adalah kualiti yang lebih tinggi daripada yang lain. Pengeluar minyak ikan bereputasi tinggi boleh menyediakan dokumen keputusan makmal pihak ketiga yang menunjukkan tahap ketulenan minyak ikan mereka.


Apakah Yang Anda Harus Perhatikan Semasa Membeli Minyak Ikan?

• Menyiasat proses pembuatan --- Bagaimana minyak ikan dihasilkan dan apakah standard kualiti bahawa pengilang menggunakan?  Semua produk mengandungi minyak ikan di negara ini yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah diuji keselamatan dan kualitinya dan dibuat berdasarkan Amalan Pengilangan Baik (GMP).


• Bau --- Adakah minyak ikan bau hanyir? Kajian menunjukkan bahawa minyak ikan hanya bau yang tidak menyenangkan apabila minyak telah mula merosot dan menjadi tengik. Tambahan, minyak ikan yang berkualiti tinggi tidak akan berbau hanyir.


• Rasa --- Adakah minyak ikan rasa hanyir? Minyak ikan yang segar dan berkualiti tinggi tidak rasa hanyir. Elakkan minyak ikan yang mempunyai rasa kuat atau mengandungi rasa tiruan yang paling mungkin cuba menyembunyikan rasa hanyir minyak tengik.
Berapakah Minyak Ikan Yang Perlu Diambil Oleh Ibu Mengandung?

ISSFAL (Persatuan Antarabangsa bagi Kajian Asid Lemak dan Lipid) telah menubuhkan carta dos minimum yang berikut yang disyorkan:
• Bayi (1-18 bulan): 0-15 lbs: 32 mg / lb EPA + DHA
• Kanak-kanak (1,5-15 yrs): 15 mg / lb EPA + DHA
• Dewasa (15-115 yrs): 500 mg EPA + DHA (Dengan sekurang-kurangnya 220 mg EPA dan 220 mg DHA)
• Wanita mengandung dan menyusu: 300 mg DHA setiap hari

Sekarang kita boleh mengambil supplement yang mengandungi Omega 3 dan Shaklee ada menyediakan Omega Guard yang merupakan minyak ikan terbaik dunia dan ianya mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi.


Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya.
♥Email : ctazri83@gmail.com

5 cara meningkatkan kecerdasan dan IQ minda anda

Kecerdasan dan IQ minda seseorang dikatakan bergantung kepada genetic. Kita pun mesti pernah mendengar cerita budak umur 8 tahun yang boleh meyelesaikan masalah matematik peringkat universiti.

Walaupun terdapat orang yang dilahirkan dengan Kecerdasan dan IQ yang tinggi, kita juga boleh meningkatkan kecerdasan dan IQ kita dengan beberapa cara mudah.

Dalam tulisan kali ini, ingin saya berkongsi 5 cara yang boleh meningkatkan kecerdasan dan IQ minda anda.


1.Bermain latihan teka-teki.

Kita boleh melatih kreativiti dan daya pemikiran minda kita dengan bermain permainan bercirikan teka-teki seperti soduku,silang-kata dan game game yang bersifat puzzle.

Apabila kita berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam permainan tersebut, sel sel otak akan berhubung dan berinteraksi sesama sendiri dan akan meningkatkan daya pemikiran anda dengan lebih baik.



2. Belajar Bakat baru.

Setiap orang mempunyai bakat mereka yang tersendiri, kebanyakkan bakat tersebut kekal terpendam dan tersembunyi kerana tidak diasah.

Adalah lebih baik jika anda cuba mahirkan diri dengan bakat yang baru(jika anda tiada bakat). kebanyakan artist music dan pemain peralatan musikal mempunyai IQ yang tinggi.

Dengan berlatih dan mengasah bakat baru anda dapat juga mengasah bahagian kreativiti minda anda untuk berfikir dengan lebih baik. ini juga dapat meningkatkan IQ anda.



3. Berjoging membuatkan anda pintar.

Badan adalah satu sistem yang bergantung kepada perhubungan antara kesemua organnya dan sentiasa bergantung antara satu sama lain. Jika anda tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal, otak anda tidak akan mendapat pengaliram darah dan oksigen yang sempurna.
 Pengaliran darah dan oksigen yang sempurna penting untuk otak untuk terus cerdas dan berfikir secara kritis.
Jantung yang sihat juga bermaksud otak yang sihat. Endorfin yang terhasil dalam badan kita daripada senaman adalah baik untuk otak kita.




4. Jangan berhenti belajar.
Pendidikan adalah perkara pertama yang orang fikirkan apabila dikaitkan dengan IQ. Jelas sekali, lebih banyak anda tahu, anda menjadi lebih bijak.

Mempelajari sesuatu yang baru adalah untuk menjadi lebih bijak, tetapi perkara yang paling penting ialah apa yang anda lakukan dengan pendidikan itu dan mengubah sesuatu dalam kehidupan anda dengan ilmu tersebut.

Mesti anda banyak membaca tips tips kemahiran hidup daripada blog ini. Adakah anda mengunakan tips tersebut untuk mengubah diri anda.

Jika 'Ya' anda sedang mencapai kecerdasan minda yang anda inginkan



5. Luaskan Pandangan dan Lebihkan Pengalaman

Anda tidak akan mendapat maklumat yang baru jika anda hanya melekat dengan apa yang anda tahu.

Anda akan belajar lebih banyak jika pergi bercuti ke kampung atau membuat perjalanan backpacking daripada hanya tinggal di rumah. Pengalaman hidup adalah lebih baik daripada pengalaman dalam buku

Mengambil percutian untuk menenangkan pemikiran anda boleh memberi manfaat kecerdasan kepada anda. Anda boleh mempelajari sesuatu dari setiap pengalaman, baik atau buruk anda nilai sendiri dan jadikan pedoman

Jangan sekali-kali berputus-asa untuk meningkatkan kecerdasan anda, dan jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru.


Untuk menguatkan lagi IQ dan Minda anda, boleh mengambil supplement daripada Shaklee iaitu Omega Guard yang  mengandungi DHA yang sangat baik untuk otak.



Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya.
♥Email : ctazri83@gmail.com

Tingkatkan IQ dan Minda Anak Anda dengan Omega Guard Shaklee

Sebagai ibu bapa tentu sekali kita mengharapkan yang terbaik dari anak kita. Oleh itu, jika kita mengharapkan anak anak kita untuk buat yang terbaik dalam pelajaran mereka, maka kita juga perlulah memainkan peranan untuk memberi yang terbaik juga untuk mereka. Bukan dengan hanya menyediakan tempat tinggal, pakaian malah kita juga perlu memberikan mereka makanan yang berkhasiat. Makanan yang berkhasiat bukan sahaja untuk memastikan tubuh badan mereka kekal cergas sepanjang hari dalam kelas tetapi juga untuk IQ dan MINDA mereka.



Namun terdapat juga di kalangan kanak-kanak yang menghadapi kesukaran untuk membaca buku. Baru sahaja sekejap membaca, mula letih. Ada juga yang membuat homework sekejap kemudian terus tertidur. Antara penyebabnya ialah kerana mereka kurang stamina dan ianya berpunca daripada kekurangan nutrien dalam badan. Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber , mineral dan vitamin.

Jika untuk kekuatan tulang dan gigi, kita perlu makan kalsium, manakala untuk kekuatan IQ dan MINDA pula kita perlukan Omega 3 (asid lemak). Omega 3 agak sukar untuk di dapati daripada makanan kerana tidak banyak makanan yang mempunyai asid lemak jenis ini. Antara makanan yang kaya dengan Omega 3 ialah minyak soya, ikan laut dalam, telur ayam dan kekacang. Tetapi sejauh mana pula kita tahu pengambilan makanan tersebut selari dengan dos yang diperlukan oleh badan anak-anak kita? Jalan yang termudah dan berkesan ialah dengan mengambil supplement untuk anak-anak kita.

Supplement yang boleh di berikan kepada anak-anak untuk IQ dan MINDA mereka ialah Omega Guard daripada Shaklee. Kenapa Omega Guard Shaklee berbeza daripada Omega 3 yang berada di pasaran? Jom kita kaji jadual di bawah.



Omega Guard Shaklee mengandungi kandungan EPA dan DHA yang paling banyak bagi setiap hidangan. Jika dilihat pada label pemakanan, kita akan lebih mudah mendapati kandungan DHA terutamanya pada produk susu kanak-kanak. Hal ini kerana kandungan berkenaan amat penting dalam pembentukan otak kanak-kanak.



Mengikut kajian yang dilakukan selama lebih 30 tahun oleh DR. Bruce Holub iaitu Profesor Emeritus of Nutritional Science dari University of Guelph, Canada, DHA dan EPA sangat penting untuk mengoptimakan fungsi saraf otak dan mata (menyumbang kepada tingkat keupayaan belajar dan perkembangan mental) untuk kebolehan berfikir, melihat dan juga mendenganr dengan jelas. Pengambilan DHA dan EPA yang mencukupi juga dapat mengelak dan mengawal penyakit jantung dan juga penyakit-penyakit kronik yang berhubungkait dengan jantung.




Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya.

♥Email : ctazri83@gmail.com


Tuesday, 3 December 2013

Cara untuk memberi anak-anak makan Omega Guard Shaklee

Omega Guard Shaklee adalah salah satu daripada vitamin/suplemen yang disyorkan untuk anak-anak kita. Anda boleh mula memberikan Omega Guard kepada anak-anak seawal usia mereka setahun dengan dos minimum, iaitu sebiji sehari, dan tidak perlu pun setiap hari.

Utamakan pemberian nutrisi kepada anak-anak melalui air tangan sendiri ya.. sebab dalam fasa begini, ramai kanak-kanak sangat picky eater. Suplemen bukan penyelesaian masalah picky eater, tapi kerajinan kita sebagai ibu yang membantu mengatasi masalah tersebut.


Apa itu Omega Guard Shaklee?




Secara asas, anda perlu tahu ia adalah fish oil. Tapi, fish oil yang bagaimana?
Omega guard ialah minyak ikan terbaik dunia yang menggunakan penyulingan molekul 3 peringkat yang sangat eksklusif di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghlangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya.

Minyak ikan terbaik di dunia :-)

Manfaat Omega Guard Shaklee untuk kanak-kanak?

 

v  Meningkatkan sistem imun tubuh kanak-kanak (selesema, demam kurang inshaALLAH)

v  Kesihatan sistem kardiovascular (jantung, arteri, salur darah yang sihat)

v  Membantu merawat eczema. Omega Guard ni bagus kalau nak kulit cantik

v  DHA dan EPA dengan untuk perkembangan minda kanak-kanak.

v  Disyorkkan untuk kanak-kanak hyperactive dan autism

v  Dan banyak lagi sehingga mereka dewasa 


Cara beri anak makan Omega Guard?


1.    Jika anak belum pandai mengunyah atau anda sendiri kurang yakin,boleh potong/pecahkan dan sudukan terus pada anak atau campur dalam makanan dan minuman mereka.

2.    Beri mereka kunyah sendiri 

Omega Guard Shaklee ni dalam softgel, so, masuk mulut cair. InsyaAllah tak ada masalah anak tercekik.

Harga sebotol Omega Guard ni RM136 (SM) | RM140 (SS)
 dengan kandungan 90 biji softgel yang halal. Boleh tahan 3 bulan untuk seorang anak.

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya.
♥Email : ctazri83@gmail.com