Monday, 10 February 2014

Set Mengandung Shaklee: Supplemen Ibu Hamil Terbaik dan Selamat

Set Mengadung Shaklee adalah merupakan rangkaian supplemen yang terbaik untuk memenuhi keperluan nutrisi ibu sepanjang tempoh Kehamilan. Saya juga mengambil Set Mengandung Shaklee semasa mengandungkan Khalish.


 Vitamin pilihan saya ketika mengandung 
Kesemua Produk Shaklee yang terdapat dalam Set Mengandung Shaklee ini telah terbukti berkesan membantu para ibu hamil untuk mengatasi semua masalah lazim dihadapi ibu mengandung

Pengambilan makanan yang sihat,lengkap dan seimbang semasa mengandung adalah kunci utama mendapat bayi yang sihat, susu yang banyak dan berkualiti serta badan yang sihat semasa Berpantang.

Berikut adalah 5 Soalan Popular yang mengandungi point utama berkenaan Set Mengandung Shaklee :
1) Adakah Set Mengandung Shaklee selamat untuk saya ambil pada kandungan berusia 3 minggu?
Set Mengandung Shaklee sangat selamat malah sangat baik untuk diambil sejak saat pertama persenyawaan berlaku (sperma bertemu ovum). Malah mengikut nasihat Doktor Pakar, sepatutnya 6 bulan sebelum hamil tubuh ibu perlu mendapat zat folic acid dan semua vitamin yang mencukupi sebagai persediaan Hamil. Anda sudah?

2) Adakah Vitamin Set Mengandung Shaklee berbau seperti Vitamin Ibu Hamil di Klinik?
Vitamin dalam Set Kehamilan Shaklee ini semuanya dibuat dari tumbuhan dan bukan sintetik oleh itu ia tidal berbau kuat seperti pil dari klinik. 100% Customer kami yang mengambil Set Kehamilan Shaklee ini mengakui Vitamin ini tidak berbau dan mudah ditelan.

3) Perlukah saya ambil lagi vitamin klinik setelah ambil Vitamin Ibu Hamil Shaklee?
Tidak perlu lagi. Kerana Vitamin dalam Set Mengandung Shaklee ini sudah memenuhi 100% keperluan ibu hamil. Malah penyerapan Vitamin Ibu Hamil Shaklee adalah lebih baik dalam tubuh. Seorang Doktor pernah melaporkan Vitamin Ibu Hamil Shaklee lebih berkesan meningkatkan bacaan Hb (Hemoglobin) darah berbanding vitamin lain

4) Bolehkah saya ambil Set Mengandung Shaklee dengan keadaan saya ada Diabetes semasa hamil (GDM – Gestational Diabetes Mellitus). ?
Ya sangat boleh malah banyak kejayaan dilaporkan oleh pengguna Set Kehamilan Shaklee di mana mereka berjaya mengawal kadar bacaan gula dalam darah dan tidak lagi mengidap GDM. Namun cara pemakanannya adalah special dan hanya boleh didapati dari kami EXCLUSIVE untuk pelanggan kami sahaja.

5) Berapa Harga Set Mengandung Shaklee atau Harga Set Kehamilan Shaklee  — RM400 sahaja utk 4 bulan.

6) Bagaimana nak dapatkan Harga Set Mengandung Shaklee yang lebih JIMAT DAN MURAH? 
Boleh pm/watsapp 0135611583/0135706183.
Add kami di Little Ct'z.

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya.
♥Email : ctazri83@gmail.com



Tuesday, 4 February 2014

Diabetes ketika hamil...



Apakah risiko kencing manis semasa hamil?
Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai Gestational diabetes mellitus, (GDM) di mana paras gula meningkat dan berlebihan dalam darah. Ini berlaku di kalangan ibu yang tidak mempunyai kencing manis sebelum hamil. GDM biasanya boleh dikesan antara minggu ke-28 dan minggu ke-34 kehamilan bayi, dan biasanya akan hilang selepas bayi dilahirkan.  Oleh itu, kencing manis semasa hamil adalah bersifat sementara.  Kencing manis semasa hamil menjejaskan kira-kira 4% di kalangan ibu hamil.
Bagaimana GDM boleh terbentuk semasa hamil?
Penyebab sebenar masih tidak diketahui. Tetapi pakar perubatan mendapati GDM mungkin terjadi disebabkan uri mengeluarkan hormone rintangan insulin dengan banyak dan menyebabkan gula kebal kepada insulin.  Beberapa hormone seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen akan mengganggu pengeluaran insulin.  Ia mula terjadi pada pertengahan kehamilan (Minggu ke 20-24).  Apabila uri semakin membesar, semakin banyak hormone dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi.
Kebanyakkan ibu hamil mempunyai uri yang boleh menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika insulin yang dihasilkan tidak mencukupi, paras gula akan meningkat dalam darah. Biasanya GDM akan hilang selepas bayi dilahirkan.
Bagaimana kencing manis semasa hamil (GDM) boleh menjejaskan bayi anda?
Ø  Berat bayi melebihi 4kg (macrosomia) dan menyebabkan kesukaran semasa bersalin.
Ø  Gula darah bayi adalah terlalu rendah (hypoglycaemia) dan tahap mineral yang rendah.
Ø  Sakit kuning (jaundice).
Ø  Bayi sukar bernafas.
Ø  Kemungkinan bayi mati dalam kandungan.
Ø  Kemungkinan bayi cacat.
Ø  Air ketuban berlebihan (polyhydramnions).
Siapakan yang berisiko untuk GDM?
Ø  Mempunyai keluarga yang mempunyai GDM.
Ø  Mempunyai penyakit darah tinggi.
Ø  Lebih berusia 35 atau lebih tua.
Ø  Mempunyai berat badan berlebihan.
Ø  Pernah mengalami kencing manis semasa kandungan terdahulu.
Ø  Pernah melahirkan bayi 4kg ke atas.
Ø  Tidak aktif secara fizikal.
Ø  Mengamalkan makanan berkanji secara berlebihan dan makanan lemak bertepu.
Bagaimana GDM boleh dikesan?
GDM boleh dikesan melalui pemeriksaan darah melalui minum air gula. Pemeriksaan ini digelar OGTT (Oral Glucose Tolerance Test) dan dilakukan selepas berpuasa semalaman.
Keputusan ujian Tolerance Glukosa secara Oral (mmol/L)
1.   Puasa < 6.0
2.  1 jam selepas mengambil glukosa <8.0
3.  2 jam selepas mengambil glukosa <7.0

Bagaimana GDM dirawat?
Ø  Diet yang khusus, amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disyorkan oleh doctor anda.
Ø  Kurangkan makanan berkanji ataupun makanan yang mengandungi gula yang tinggi.
Ø  Sentiasa memeriksa paras gula dalam darah secara harian.
Ø  Ubatan dan suntikan insulin.
Ø  Selalu bersenam.

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya.
♥Email : ctazri83@gmail.com


Pantang Larang Makan Vitalea & Info Hebat Vitalea






Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya.
♥Email : ctazri83@gmail.com

Siapa yang memerlukan Multivitamin???





Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya.
♥Email : ctazri83@gmail.com

Siapa yang memerlukan Vita-lea Shaklee??










Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya.
♥Email : ctazri83@gmail.com

Apa itu Vita-Lea Shaklee








Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya.
♥Email : ctazri83@gmail.com



Saturday, 25 January 2014

Ingin menyusukan anak secara eksklusif?? Opss..Sebelum itu mari kita ketahui 8 "KESILAPAN BESAR" yang boleh menggagalkan misi penyusuan eksklusif anda!!

Salam sejahtera readers…
Hari ini saya ingin kongsikan mengenai 8 “KESILAPAN BESAR” yang saya rasa boleh menggagalkan misi penyusuan ibu-ibu di luar sana.
Semua ini saya ketahui dari pembacaan saya dan pertolongan pakcik “Google”.

1. Kurang persediaan & tiada ilmu penyusuan
Hasil dari pembacaan saya, pernah seorang ibu berkata “I took it for granted that bf was easy peasy so I didn't bother to equip myself with enough knowledge before the delivery”. That was SO SO not true! Walaupun penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang semulajadi, namun tanpa ilmu yang mencukupi, anda akan mudah kecundang dan senang putus asa.

Oleh itu, saranan saya kepada semua ibu-ibu yang berhasrat untuk menjayakan penyusuan anak-anak anda, kumpullah sebanyak ilmu tentang penyusuan sebelum tibanya masa untuk anda menyusukan.

2. Memperkenalkan bayi dengan botol terlalu awal
Pengenalan botol kepada si manja bagi tujuan penyusuan sebaik-baiknya dimulakan semasa bayi anda sudah memasuki umur sebulan. Memperkenalkan botol sebagai alternatif penyusuan di peringkat awal kelahiran boleh menyebabkan bayi anda mengalami masalah keliru puting (nipple confusion).

Akibatnya bayi akan lebih gemar menyusu terus dari botol kerana flow yang lebih laju berbanding direct feeding yang memerlukan bayi anda bekerja lebih keras untuk mengeluarkan susu daripada payudara anda. Yelah, bila bayi diberikan botol untuk menyusu, ianya lebih mudah kerana boleh turut dilakukan oleh orang lain sebagai contoh suami mahupun bibik anda. Tapi kesannya ... anda nilailah sendiri.

3. Pelekapan yang tidak betul
Bayi yang baru dilahirkan mungkin akan mengalami masalah lekapan. Oleh itu, berilah bayi anda peluang untuk melekap dengan betul dan jangan terlalu cepat mengalah dan putus asa. Kita yang dah dewasa ni kalau baru belajar sesuatu yang baru pun memerlukan masa untuk menjadi mahirkan?

Same goes with your baby. Bersabar dan ajarlah bayi anda untuk melekap dengan betul kerana pelekapan yang baik tidak akan mengakibatkan payudara anda merasa sakit ketika menyusukan selain bayi dapat mengosongkan payudara anda dengan lebih efisyen.

4. Menyulam susu formula dengan susu ibu
Terdapat segelintir ibu-ibu baru yang kurang yakin dengan kebolehan diri sendiri untuk menghasilkan susu yang mencukupi untuk si manja. Nak pula bila ada suara-suara sumbang yang mencelah dengan mengatakan bayi anda kerap menangis sebab tak cukup susu.

Walhal kalau diikutkan perut seorang bayi yang baru dilahirkan hanyalah sebesar sebiji guli. Tambahan lagi, beberapa hari selepas kelahiran, badan kita akan menghasilkan kolostrum pada kuantiti yang sedikit. 

Namun jangan terperdaya ya ibu-ibu sekalian kerana kuantiti yang sedikit inilah yang mengandungi khasiat yang terbaik buat si manja. Selalulah berfikiran positif kerana kolostrum yang sedikit itu sebenarnya lebih daripada mencukupi untuk menampung keperluan bayi anda. Justeru, tiada keperluan untuk menyulam susu formula dengan susu ibu.

Selepas seminggu kelahiran, jika pun hasil susu perahan yang anda perolehi hanyalah sekitar 1-2oz bagi setiap sesi perahan, it's ok kerana penghasilan susu adalah berkadaran dengan kekerapan kita mengosongkan payudara. Jadi, lebih kerap kita menyusu atau pump, lebih banyak susu akan dihasilkan.

5. Tidak minum air dengan secukupnya
Saya selalu nasihatkan customers-customers saya untuk patuh kepada pengambilan air yang mencukupi iaitu 2-3 liter sehari. Mengapa air sangat penting? Kerana susu itu sendiri adalah dalam bentuk cecair.

Jika si ibu mengalami masalah dehidrasi serta tidak mendapat air yang secukupnya, bagaimana badan nak hasilkan susu? Mitos yang mengatakan pengambilan air yang banyak di dalam pantang hanyalah omongan kosong orang-orang dulu. 

Tidak terdapat bukti yang kukuh pun yang mengatakan orang di dalam pantang tak boleh minum air dengan banyak. Cumanya cara anda minum itu perlulah betul untuk mengelakkan kembung perut dan meningkatkan keperluan anda untuk ke tandas dengan kerap.

Saranan saya, minumlah dengan kerap tetapi pada kuantiti yang sedikit. Jadi, air yang diminum tersebut sempat untuk diserap ke dalam badan instead of terus dikeluarkan melalui air kencing.
6. Tidak mengepam dengan konsisten
Dua minggu pertama selepas kelahiran seharusnya digunakan untuk mengajar si manja anda cara pelekapan dan penyusuan terus dari payudara. Selepas tempoh dua minggu ini tamat, anda bolehlah mula mengatur jadual pengepaman bagi tujuan meningkatkan hasil susu perahan serta mengumpul stok khususnya bagi ibu-ibu yang bekerja.

Untuk mendapat hasil yang baik, anda perlulah mengepam dengan konsisten setiap 3 jam sekali. Dalam konteks ini, istilah malas perlu ditolak ke tepi. Memberi pelbagai alasan hanya akan menjauhkan anda daripada kejayaan.

Sementara itu, sekiranya bayi anda lebih gemar menyusu terus dari payudara manakala anda ingin mengumpul stok, anda masih boleh mengamalkan tandem pumping iaitu mengepam sambil menyusukan. Melalui cara ini, bukan saja susu akan bertambah banyak malah stok susu yang terkumpul juga akan meningkat.

7. Tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang
Anda harus ingat, pengambilan makanan yang seimbang sewaktu tempoh selepas bersalin sangatlah penting kerana badan sedang melalui proses pemulihan. Sekiranya anda tidak mendapat khasiat yang mencukupi, bagaimana badan nak cepat sembuh dan sihat?

Sudahlah dengan tak cukup tidur dan rehat kerana terpaksa bangun menyusukan anak beberapa kali di tengah malam, akhirnya badan pasti akan kelesuan dan mudah letih. Secara tidak langsung, kita akan didorong untuk mengambil jalan mudah iaitu memberi si manja susu formula dan meminta suami untuk bangun memberi susu kepada anak, betul tak?

Selain melalui pemakanan yang sihat, di sinilah pengambilan supplement dapat membantu. Pilihan saya, sudah tentu Set Penyusuan Eu Four Pack yang terdiri daripada Vitalea, B Complex. Vitamin C dan Ostematrix serta ESP dari Shaklee. Di samping membantu mengembalikan kecergasan badan, ianya juga dapat merangsang penghasilan susu dengan lebih mudah dan lancar. 

Hasilnya, si ibu akan lebih bertenaga dan ceria. Masalah post natal blues juga tidak mudah untuk datang menjengah. Anda juga boleh mencuba makanan galactagogue yang boleh meningkatkan penghasilan susu seperti kurma, lobak putih, jantung pisang, pegaga, longan kering dan banyak lagi.

8. Terlalu cepat putus asa
Tiada jalan mudah untuk berjaya. Untuk menjayakan penyusuan, ianya memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi. Yelah ... jika si manja tidak bangun untuk menyusu di tengah-tengah malam, kita masih juga perlu bangun untuk mengepam bagi mengekalkan demand dan penghasilan susu kita.

Oleh itu, sekiranya anda rasa yang anda agak down ... mungkin kerana susu sikit atau anda keletihan dan stress, di tambah pula sekiranya anda perlu menguruskan anak-anak lain yang terdahulu, dapatkan sokongan dari orang tersayang di sekeliling anda. 

Jika mereka tidak menyokong perjalanan penyusuan anda, carilah rakan-rakan sebagai contoh ibu-ibu menyusu untuk memberi galakan dan sokongan kepada anda. Saya amat berterima kasih dengan suami saya kerana percaya dan selalu menyokong saya utk breasfeeding.

Wah banyaknya tips! Sekarang jom kita tengok pula hasil-hasil yang EBM ibu-ibu yang telah mengamalkan Set Penyusuan Shaklee semasa berpantang agar ianya dapat memberi inspirasi kepada anda semua ibu-ibu di luar sana ...





Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya.
♥Email : ctazri83@gmail.com