Saturday, 25 January 2014

Ingin menyusukan anak secara eksklusif?? Opss..Sebelum itu mari kita ketahui 8 "KESILAPAN BESAR" yang boleh menggagalkan misi penyusuan eksklusif anda!!

Salam sejahtera readers…
Hari ini saya ingin kongsikan mengenai 8 “KESILAPAN BESAR” yang saya rasa boleh menggagalkan misi penyusuan ibu-ibu di luar sana.
Semua ini saya ketahui dari pembacaan saya dan pertolongan pakcik “Google”.

1. Kurang persediaan & tiada ilmu penyusuan
Hasil dari pembacaan saya, pernah seorang ibu berkata “I took it for granted that bf was easy peasy so I didn't bother to equip myself with enough knowledge before the delivery”. That was SO SO not true! Walaupun penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang semulajadi, namun tanpa ilmu yang mencukupi, anda akan mudah kecundang dan senang putus asa.

Oleh itu, saranan saya kepada semua ibu-ibu yang berhasrat untuk menjayakan penyusuan anak-anak anda, kumpullah sebanyak ilmu tentang penyusuan sebelum tibanya masa untuk anda menyusukan.

2. Memperkenalkan bayi dengan botol terlalu awal
Pengenalan botol kepada si manja bagi tujuan penyusuan sebaik-baiknya dimulakan semasa bayi anda sudah memasuki umur sebulan. Memperkenalkan botol sebagai alternatif penyusuan di peringkat awal kelahiran boleh menyebabkan bayi anda mengalami masalah keliru puting (nipple confusion).

Akibatnya bayi akan lebih gemar menyusu terus dari botol kerana flow yang lebih laju berbanding direct feeding yang memerlukan bayi anda bekerja lebih keras untuk mengeluarkan susu daripada payudara anda. Yelah, bila bayi diberikan botol untuk menyusu, ianya lebih mudah kerana boleh turut dilakukan oleh orang lain sebagai contoh suami mahupun bibik anda. Tapi kesannya ... anda nilailah sendiri.

3. Pelekapan yang tidak betul
Bayi yang baru dilahirkan mungkin akan mengalami masalah lekapan. Oleh itu, berilah bayi anda peluang untuk melekap dengan betul dan jangan terlalu cepat mengalah dan putus asa. Kita yang dah dewasa ni kalau baru belajar sesuatu yang baru pun memerlukan masa untuk menjadi mahirkan?

Same goes with your baby. Bersabar dan ajarlah bayi anda untuk melekap dengan betul kerana pelekapan yang baik tidak akan mengakibatkan payudara anda merasa sakit ketika menyusukan selain bayi dapat mengosongkan payudara anda dengan lebih efisyen.

4. Menyulam susu formula dengan susu ibu
Terdapat segelintir ibu-ibu baru yang kurang yakin dengan kebolehan diri sendiri untuk menghasilkan susu yang mencukupi untuk si manja. Nak pula bila ada suara-suara sumbang yang mencelah dengan mengatakan bayi anda kerap menangis sebab tak cukup susu.

Walhal kalau diikutkan perut seorang bayi yang baru dilahirkan hanyalah sebesar sebiji guli. Tambahan lagi, beberapa hari selepas kelahiran, badan kita akan menghasilkan kolostrum pada kuantiti yang sedikit. 

Namun jangan terperdaya ya ibu-ibu sekalian kerana kuantiti yang sedikit inilah yang mengandungi khasiat yang terbaik buat si manja. Selalulah berfikiran positif kerana kolostrum yang sedikit itu sebenarnya lebih daripada mencukupi untuk menampung keperluan bayi anda. Justeru, tiada keperluan untuk menyulam susu formula dengan susu ibu.

Selepas seminggu kelahiran, jika pun hasil susu perahan yang anda perolehi hanyalah sekitar 1-2oz bagi setiap sesi perahan, it's ok kerana penghasilan susu adalah berkadaran dengan kekerapan kita mengosongkan payudara. Jadi, lebih kerap kita menyusu atau pump, lebih banyak susu akan dihasilkan.

5. Tidak minum air dengan secukupnya
Saya selalu nasihatkan customers-customers saya untuk patuh kepada pengambilan air yang mencukupi iaitu 2-3 liter sehari. Mengapa air sangat penting? Kerana susu itu sendiri adalah dalam bentuk cecair.

Jika si ibu mengalami masalah dehidrasi serta tidak mendapat air yang secukupnya, bagaimana badan nak hasilkan susu? Mitos yang mengatakan pengambilan air yang banyak di dalam pantang hanyalah omongan kosong orang-orang dulu. 

Tidak terdapat bukti yang kukuh pun yang mengatakan orang di dalam pantang tak boleh minum air dengan banyak. Cumanya cara anda minum itu perlulah betul untuk mengelakkan kembung perut dan meningkatkan keperluan anda untuk ke tandas dengan kerap.

Saranan saya, minumlah dengan kerap tetapi pada kuantiti yang sedikit. Jadi, air yang diminum tersebut sempat untuk diserap ke dalam badan instead of terus dikeluarkan melalui air kencing.
6. Tidak mengepam dengan konsisten
Dua minggu pertama selepas kelahiran seharusnya digunakan untuk mengajar si manja anda cara pelekapan dan penyusuan terus dari payudara. Selepas tempoh dua minggu ini tamat, anda bolehlah mula mengatur jadual pengepaman bagi tujuan meningkatkan hasil susu perahan serta mengumpul stok khususnya bagi ibu-ibu yang bekerja.

Untuk mendapat hasil yang baik, anda perlulah mengepam dengan konsisten setiap 3 jam sekali. Dalam konteks ini, istilah malas perlu ditolak ke tepi. Memberi pelbagai alasan hanya akan menjauhkan anda daripada kejayaan.

Sementara itu, sekiranya bayi anda lebih gemar menyusu terus dari payudara manakala anda ingin mengumpul stok, anda masih boleh mengamalkan tandem pumping iaitu mengepam sambil menyusukan. Melalui cara ini, bukan saja susu akan bertambah banyak malah stok susu yang terkumpul juga akan meningkat.

7. Tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang
Anda harus ingat, pengambilan makanan yang seimbang sewaktu tempoh selepas bersalin sangatlah penting kerana badan sedang melalui proses pemulihan. Sekiranya anda tidak mendapat khasiat yang mencukupi, bagaimana badan nak cepat sembuh dan sihat?

Sudahlah dengan tak cukup tidur dan rehat kerana terpaksa bangun menyusukan anak beberapa kali di tengah malam, akhirnya badan pasti akan kelesuan dan mudah letih. Secara tidak langsung, kita akan didorong untuk mengambil jalan mudah iaitu memberi si manja susu formula dan meminta suami untuk bangun memberi susu kepada anak, betul tak?

Selain melalui pemakanan yang sihat, di sinilah pengambilan supplement dapat membantu. Pilihan saya, sudah tentu Set Penyusuan Eu Four Pack yang terdiri daripada Vitalea, B Complex. Vitamin C dan Ostematrix serta ESP dari Shaklee. Di samping membantu mengembalikan kecergasan badan, ianya juga dapat merangsang penghasilan susu dengan lebih mudah dan lancar. 

Hasilnya, si ibu akan lebih bertenaga dan ceria. Masalah post natal blues juga tidak mudah untuk datang menjengah. Anda juga boleh mencuba makanan galactagogue yang boleh meningkatkan penghasilan susu seperti kurma, lobak putih, jantung pisang, pegaga, longan kering dan banyak lagi.

8. Terlalu cepat putus asa
Tiada jalan mudah untuk berjaya. Untuk menjayakan penyusuan, ianya memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi. Yelah ... jika si manja tidak bangun untuk menyusu di tengah-tengah malam, kita masih juga perlu bangun untuk mengepam bagi mengekalkan demand dan penghasilan susu kita.

Oleh itu, sekiranya anda rasa yang anda agak down ... mungkin kerana susu sikit atau anda keletihan dan stress, di tambah pula sekiranya anda perlu menguruskan anak-anak lain yang terdahulu, dapatkan sokongan dari orang tersayang di sekeliling anda. 

Jika mereka tidak menyokong perjalanan penyusuan anda, carilah rakan-rakan sebagai contoh ibu-ibu menyusu untuk memberi galakan dan sokongan kepada anda. Saya amat berterima kasih dengan suami saya kerana percaya dan selalu menyokong saya utk breasfeeding.

Wah banyaknya tips! Sekarang jom kita tengok pula hasil-hasil yang EBM ibu-ibu yang telah mengamalkan Set Penyusuan Shaklee semasa berpantang agar ianya dapat memberi inspirasi kepada anda semua ibu-ibu di luar sana ...





Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya.
Email : ctazri83@gmail.com






No comments:

Post a Comment