Monday, 11 May 2015

Vitamin Shaklee Mahal. Betul atau Tidak?

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada pendapat saya, semenjak menjadi pengedar sah Shaklee, rata-rata ramai yang mengatakan bahawa produk Shaklee mahal! Bagi mereka, mereka boleh mendapatkan vitamin yang lebih murah dari Shaklee dari farmasi. Ianya telah menjadi kebiasaan bagi orang yang tak biasa ambil supplement atau memang tak pernah ambil tahu tentang supplement, bila buat keputusan untuk ambil supplement..perkara pertama yang biasa orang akan survey adalah harga dan kualiti vitamin. Sedia maklum, bila masuk farmasi..macam-macam jenis vitamin ada. Daripada yang paling mahal hinggalah yang paling murah. Kemudian, bagi yang tak biasa makan vitamin dan nak berjimat-jimat ni akan ambil yang murah sebab nak berjimatlah katanya...

Entri kali ini, saya akan kongsi dengan anda semua yang vitamin Shaklee ni bukanlah mahal seperti yang di sangka. Kualiti? Ya, ianya memang terbukti bahawa Vitamin Shaklee adalah produk berkualiti tinggi dan harga adalah harga mampu milik. Bestkan? Kualiti tinggi. Harga mampu milik. Kiranya vitamin shaklee ni adalah vitamin mewah.

Biar saya terangkan lebih lanjut kepada anda.



Ada yang bertanya, kenapa vitamin Shaklee nie mahal berbanding vitamin yang berlambak di pasaran? Nak kata dari segi kuantiti, kadang-kadang yang di jual di pasaran tu nampak lebih berbaloi, dah lah harganya murah...tapi, pernahkah anda terfikir mengapa vitamin shaklee ini masih 
menjadi pilihan saya dan pengguna tegar Shaklee yang lain?

Perlu anda ketahui, vitamin Shaklee ialah vitamin natural/ semulajadi, asli tanpa sebarang pewarna tambahan, pengawet, perasa dan yang pasti, tanpa silika gel dan BUKAN vitamin sintetik.

Adalah penting untuk anda yang mengambil vitamin tahu perbezaan di antara vitamin semulajadi & vitamin sintetik:

1. Penghasilan

-Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan-bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan seratnya.

-Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul-molekul karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa-apa bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

2.Keserasian dengan badan

-Vitamin natural dihasilkan dari bahan-bahan makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

-Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.

3. Harga

-Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

-Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

4. Kesan kepada tubuh badan

-Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan-bahan yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

-Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

5. Kesan jangka panjang

-Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan-bahan seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

-Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan-bahan yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Ok, dibawah ini pula antara yang selalu disurvey oleh kebanyakkan orang sebelum membeli vitamin. Harga! Jom kita lihat, mahal ke vitamin Shaklee ni?

B COMPLEX (RM56.98)

Contohnya B complex, harga retail RM56.98. Jika dihitung, RM56.98 / 4 bulan (120 biji) = RM 14 sebulan!

VITAMIN C SUSTAINED RELEASE

Harga runcit = RM98.05 (180 biji/botol)
Penggunaan selama 6 bulan
Satu hari = RM98.05 /180 = 54 sen
Hanya 54 sen untuk memberi khasiat Vitamin C bersamaan dengan tujuh setengah biji oren!
Haaaaaa!! Siapa kata produk Shaklee mahal. Jimat dan berbaloi kan? Cuba anda kira untuk produk-produk lain pulak. Dan harus diingat kandungan produk Shaklee semulajadi melebihi kandungan vitamin lain.

MAHAL KE? MAHAL TAK? 

Oh.. itu belum lagi jika anda mendaftar sebagai ahli Shaklee. Selain mendapat harga yang istimewa, pelbagai lagi kelebihan yang anda akan nikmati!

Saya yakin anda adalah pengguna yang bijak, selamat mencuba Shaklee.

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan



Friday, 8 May 2015

Kolestrol baik, Kolestrol jahat!

Dulu tak pernah terfikir yang kolestrol ni ada dua jenis rupanya
Selalu tu kalau cakap aje pasal kolestrol terbayang yang jahat sahaja.

Tak sangka yang baik pun ada!


Ok, jom kenal lebih sikit pasal Kolestrol ni.

Apa sebenarnya Kolestrol?

Kolesterol adalah sejenis komponen sterol yang penting dalam metabolisma serta penghasilan hormon.

Kiranya kalau tak ada pun tak boleh lah.Kolesterol bergerak sekali bersama aliran darah sebagai liporotein. Lipoprotein ni terdiri dari lemak (lipid) yang diselaputi protein.

Kita biasa dengan tentang kolesterol yang termendap di salur darah dan mengakibatkan strok. Namun sebenarnya ketidakseimbangan kolesterol antara HDL dan LDL memberi lebih banyak kesan kepada kesihatan kita.



Ada berapa jenis Kolestrol?

Kat dalam badan kite ni, ade 2 jenis lipoprotein membawa kolesterol.
Satu dipanggil LDL (low density lipoprotein) dan yg lagi satu dipanggil HDL (high density lipoprotein).

LDL ni glamour jugak kerana dipanggil ‘kolesterol jahat’. Kenapa jahat? Sebab jika paras LDL tinggi, ia membawa kepada masalah pengumpulan kolesterol dalam arteri.

HDL pula dikenali sebagai ‘kelosterol’ baik. Sebab ape baik? Sebab ia membawa kolesterol dalam darah kepada hati, di mana hati akan menyingkirkan kolesterol dari arteri.

Jadi sebab tu la tadi dikatakan kolestrol ni penting juga. Bukan semuanya kita kene buang ye.

Sel yang sihat sangat bergantung kepada HDL kerana HDL diperlukan oleh sel untuk bernafas, makan, berkumuh dan pelbagai fungsi metabolisma. Manakala LDL boleh merosakkan fungsi tersebut.


Apa fungsi Kolestrol?

Seperti yang dinyatakan diatas, terdapat beberapa fungsi penting kolestrol dalam tubuh badan kita. Antaranya:

  • Membina dan menjaga membran sel, dengan mengelakkan pengkristalan hidrokarbon di dalam membran.
  • Membantu dalam penghasilan cecair hempedu.
  • Penting dalam penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kelenjar adrenal seperti kortisol, kortikosteron dan sebagainya.
  • Terlibat dalam penghasilan hormon androgen dan estrogen.
  • Menjaga ‘pintu pagar’ sel dengan membenarkan molekul yang boleh memasuki sel dan tidak boleh memasukinya.
  • Penting untuk metabolisma vitamin larut lemak.
  • Menjadi penebat kepada jaringan saraf.
  • Menukarkan cahaya matahari kepada Vitamin D.


Apakah tahap normal Kolestrol?

Tahap kolesterol (total) yang normal lebih kurang 120-200 mg/dl, dengan HDL melebihi 40 mg/dl dan LDL kurang dari 130 mg/dl.

Apa akan terjadi jika Kolestrol bukan ditahap sepatutnya?

Kolesterol terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh mengakibatkan masalah kesihatan jadi penting untuk menjaga kolesterol pada tahap yang sepatutnya.



Antara masalah yang biasa berlaku ialah:
  
  • Strok
  • Serangan jantung
  • Penyempitan arteri
  • Darah tidak mengalir dengan baik


Bagaimana cara mengawal paras Kolestrol?

Terdapat beberapa cara yang perlu dipraktikkan untuk membolehkan kita mengawal paras kolestrol di dalam tubuh badan.

MENGAWAL DIET– Sebenarnya, makanan sebenar yang mengadungi kolesterol (dietary cholesterol) tidak memberi kesan buruk kepada kolesterol dalam tubuh kita. Masalah berlaku apabila kita megambil makanan yang tinggi lemak tepu seperti makanan diproses. Oleh itu, banyakkan makan makanan yang sebenar, dan lemak yang berkualiti.

PERBANYAKKAN AKTIVITI FIZIKAL – Jika kita kurang bergerak atau kurang melakukan aktiviti fizikal, peluang untuk kita memiliki kadar LDL yang lebih tinggi dari HDL adalah lebih tinggi . Maka, banyakkan aktiviti fizikal walau hanya sekadar berjalan ke masjid, naik tangga, bersenam dan sebagainya.

MENURUNKAN BERAT BADAN - Orang yang mempunyai masalah berat badan terutamanya yang menhadapi masalah obesiti berisiko untuk memiliki kadar LDL yang lebih tinggi.

MENJAUHI ROKOK DAN ALKOHOL - Terang dan jelas bahawa kedua perkara ini sangat tidak bagus utk kesihatan dan haram disisi agama Islam.

PENGAMBILAN SUPPLEMEN - Supplemen yang diambil dengan betul dapat memberikan bantuan kepada tubuh kita dalam mengurangkan paras kolestrol yang tidak diperlukan tubuh di samping menjaga kesihatan jantung.

Apakah supplemen Shaklee yang dicadangkan?

Untuk mengawal paras kolestrol dan masalah berkaitan dengannya, terdapat 3 produk khas yang boleh di amalkan penggunaannya utk kesan yang optimum.

1.Phytocol-ST Shaklee
2.Omega Guard Shaklee
3.COQ-10 Health Plus Shaklee

Setiap produk mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri. 

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan

Thursday, 7 May 2015

Turunkan paras kolestrol secara semulajadi dengan PHYTOCOL-ST SHAKLEE!


Salam

Ramai orang selalu mengadu mengalami masalah kolestrol yang agak tinggi walaupun bertubuh badan sederhana dan kurus.

Benar!

Walaupun anda kurus dan tidak mempunyai masalah berat badan, belum tentu anda bebas dari kolestrol.

Ini berkait rapat dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup yang diamalkan. Perhatikan gambar di bawah ini.

Adakah anda peminat makanan-makanan Malaysia yang tentunya lazat menjilat jari ini? Berapa pula kandungan kolestrol nya?



Apa sebenarnya Kolestrol?

Kolesterol adalah sejenis komponen sterol yang penting dalam metabolisma serta penghasilan hormon.

Kiranya kalau tkde pun tak boleh lah.Kolesterol bergerak sekali bersama aliran darah sebagai liporotein. Lipoprotein ni terdiri dari lemak (lipid) yang diselaputi protein.

Kita biasa dengan tentang kolesterol yang termendap di salur darah dan mengakibatkan strok. Namun sebenarnya ketidakseimbangan kolesterol antara HDL dan LDL memberi lebih banyak kesan kepada kesihatan kita.



Bagaimana Shaklee boleh membantu anda?

Sekiranya anda mengalami masalah kolesterol tinggi atau terlalu rendah dan sedang dalam rawatan doktor, saya nasihatkan anda agar merujuk kepada doktor dahulu sebelum mengambil sebarang supplement.

Ini kerana dikhuatiri pengambilan supplemen yang mempunyai mempunyai tidak balas dengan ubat yang anda ambil.

Sekiranya anda ingin menurunkan kadar kolesterol tanpa ubat atau secara semulajadi, harus diingatkan bahawa suplemen bukanlah sesuatu ubat 'magic' yang boleh menjadikan anda sihat sekelip mata.

Pengambilan konsisten supplement Shaklee dan mengamalkan tips yang disebutkan akan membantu anda.



Phytocol-St keluaran Shaklee adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000mg fisoterol setiap hari dan disarankan 100% oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)

Phytocol-ST Shaklee dirumuskan secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol didalam tubuh.

Perbezaan Phytocol-St Shaklee adalah:


  • Diperbuat daripada campuran bahan yang mengandungi fisoterol yang boleh didapati secara semulajadi didalam tumbuhan, buah-buahan, sayuran dan bijian
  • Mengandungi 2000mg fisoterol daripada tumbuhan yang diperlukan setiap hari
  • Fisoterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 kajian untuk merendahkan paras LDL kolestrol
  • Kandungan fisoterol yang mencukupi seperti yang disarankan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)
  • Halal
  • Tidak mengandungi perasa, pewarna, pemanis atau bahan pengawet

Tahukah anda...



Bagaimana Fisoterol dalam Phytocol Shaklee berfungsi?

Fisoterol secara strukturnya adalah sama dengan kolestrol dan bersaing dengan kolestrol untuk penyerapan di dalam usus justeru meninggalkan kolestrol. Ini bermaksud, lebih banyak fisoterol yang dimiliki tubuh anda, lebih kurang kolestrol yang diserap didalam badan! Anda juga berpeluang menurunkan paras kolestrol LDL anda dengan pengambilan fisoterol.



Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan

 


Wednesday, 6 May 2015

10 Sebab Mengapa Anda Harus Mengambil 1 biji Multivitamin Sehari

1) Nutrien yang Mencukupi Ketika Menurunkan Berat Badan 

Kuning telur, tak dinafikan merupakan makanan paling tinggi nutriennya, dan tak keterlaluan jika saya katakan kuning telur merupakan ‘multivitamin’ yang di ambil oleh orang zaman dahulu pada sebelah pagi. Namun sayangnya, kuning telur tinggi kandungan kolestrolnya, disamping nilai kalorinya juga tinggi memandangkan ia kaya dengan lemak. 

Kebanyakan mereka yang mengamalkan diet untuk turun berat badan pasti akan mengelak makanan-makanan berkalori tinggi seperti ini. Itu baru saya ambil contoh satu jenis makanan, bagaimana pula dengan yang lain? Tubuh badan kita sememangnya memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi. Kadar metabolisma pastinya terjejas apabila kekurangan nutrien tertentu, sekaligus ia menjadi rendah dan akhirnya progres untuk turun berat badan akan menjadi semakin perlahan! 

Pernah tak anda dengar ungkapan ini, 

“Ko ni aku tengok lemah lesu, macam tak cukup makan..”.

Salah satu faktornya adalah disebabkan kekurangan micronutrient dalam diet. 

2) Faktor Sibuk 

Faktor kesibukan di zaman moden menyebabkan corak pemakanan kadang-kadang tidak seimbang (dari segi kandungan micronutriennya), terutamanya jika anda sering bekerja di luar dan jarang memasak di rumah. 
  
3) Termusnah Akibat Dimasak 

Haba merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan satu-satu vitamin itu terurai. Vitamin boleh bekerja pada suhu optimum iaitu suhu badan manusia (dalam 35 darjah celcius), lebih daripada itu, ia mungkin akan musnah. Oleh sebab itu, belum terjamin 100% vitamin-vitamin yg terkandung dalam sesebuah makanan yang dimasak dapat digunakan oleh badan kita. 

4) Stress (tekanan perasaan, kerja) 



Dalam dunia yang serba sibuk dan mencabar, tidak sah jika seseorang itu menghidap tekanan mental. Kehilangan magnesium dan beberapa nutrien penting adalah lumrah dek kerana tekanan perasaan, mental, dan sebagainya. 

5) Kualiti Makanan yang Semakin Rendah 

Kualiti sayur-sayuran (juga buah) yang ada kini mungkin tidak lagi setanding kualitinya berbanding sayur-sayuran yang ditanam (secara organik) beberapa dekad yang lalu. Sayur-sayuran zaman kini terlalu banyak ‘dimanjakan’ dengan bahan-bahan kimia, yang mungkin memusnahkan kualiti nutrien yang terkandung di dalamnya. 

6) Pencemaran Alam sekitar 

Kemodenan dan kepesatan teknologi mengakibatkan alam sekitar kian tercemar berbanding beberapa dekad yang lalu. Saban hari, sistem ketahanan tubuh kita kian terancam, dan micronutrient yang hanya diperolehi daripada makanan sahaja (rujuk no.3 dan no.5) mungkin tidak mencukupi. 

7) Tabiat Makan Memilih 

Terdapat individu yang tidak suka makan sayur, dan hanya bergantung kepada daging dan makanan laut sahaja untuk mendapatkan sumber micronutrient, dan ini tidak mencukupi kerana kebanyakan vitamin dan mineral wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Terdapat pula individu yang mengamalkan diet vegetarian (tak makan daging, ayam, telur) dan individu sebegini mungkin tidak mendapat cukup vitamin B12, zinc dan calcium. 

8) Tahap Penyerapan Nutrien yang Rendah 

Tidak semua individu mampu menyerap nutrien dengan baik, terutamanya golongan yang sudah berumur. Supplemen multivitamin membantu dalam memastikan bekalan vitamin dan mineral kepada tubuh badan sentiasa mencukupi. 

9) Harganya yang Murah 

Secara purata, sebiji pil multivitamin yang diambil sebiji setiap hari, harganya tidak sampai RM1 pun. Jika anda boleh menghabiskan wang anda dengan sekotak rokok sehari, atau sebungkus Keropok Moni (hari-hari tengok iklan ni di TV), mengapa harus memberikan 1000 alasan untuk membeli multivitamin yang baik untuk kesihatan? 

10) Role Model Kita 

Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin setiap hari (pilihan beliau, sudah tentulah “Shaklee”). 

Vitalea Shaklee - Multivitamin Terbaik



Multivitamin pilihan saya, apa lagi kalau bukan Vitalea dari Shaklee kerana ia adalah Multivitamin TERBAIK!

Vitalea Shaklee adalah multivitamin dan multimineral yang pertama dicipta di dunia. Asal namanya ialah Vitalize-Mineral dan disingkatkan kepada vitamin, dan perkataan vitamin digunakan hingga kini.VitaLea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstak dari sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting seperti yang disarankan oleh RDA. 

Tablet VitaLea disaluti dengan spirulina, adalah tablet vitamin yang paling pantas terlarut dalam air. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan pantas oleh usus kecil. 

Ujian klinikal membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. VitaLea telah dipilih oleh Center for Science di USA sebagai THE BEST MULTI VITAMIN. 

Kebaikan Vitalea Shaklee 
  • Memberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, membantu memori dan fokus
  • Pelengkap nutrisi akibat pengamalan diet yang tak seimbang
  • Keupayaan sistem proaktif bagi remaa yang sedang membesar
  • Membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
  • Menyediakan asas nutrisi untuk sel-sel serta menjaga kesihatan tiroid
  • Melindungi fungsi jantung, buah pinggang dan hati
  • Tiada pewarna, pemanis atau pengawet tambahan

Selalu orang cakap Shaklee ni mahal.

Ok, cuba kita tengok harga Vitalea Shaklee.

Sebotol Vita-lea (120 biji) 
Semenanjung, Sabah & Sarawak - Harga Runcit RM98.05

Kalau kita bahagi, satu biji cuma berharga 82 sen sahaja !!
Satu botol boleh bertahan sehingga 4 bulan, jadi, satu bulan anda hanya belanjakan RM 25 sahaja.


Mahal ke. Takkan la tak boleh spend sikit untuk kesihatan anda sendiri kan. Renung-renungkan yer:)

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan





Sunday, 3 May 2015

Kebaikan dan Keistimewaan Cinch Energy Tea Shaklee

Cinch Energy Tea bukan sekadar air teh yang sedap tetapi adalah produk yang terbaik  untuk menaikkan metabolisme badan Ada, ia bukan sahaja utk meningkatkan metabolisme malah utk menggalakkan tenaga secara semulajadi dan memberi tenaga sepanjang hari (energy booster).



Fungsi ekstrak yang ada dalam Cinch Energy Tea

1) Matcha Green Tea

  • antioksida yang sangat tinggi
  • energy booster
  • metabolisme booster
  • bakar kalori up to 4x

2) Taurina
  • menggalakkan metabolisme
  • lebih bertenaga
  • larutkan lemak
  • membantu menghasilkan otot tanpa lemak
3) White Tea
  • membakar lemak-lemak berlebihan
  • menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
  • meningkatkan metabolisme
  • juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.
4) Rooibos Red Tea
  • tumbuhan herba dari Afrika yang juga dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
  • melarutkan lemak
  • meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
  • agen detox yang kuat
5) Red Tea
  • Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol -
  • pejuang kanser yang kuat
  • Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
  • merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak

Siapa yang perlukan Cinch Energy Tea Shaklee ini?


Sesiapa sahaja yang memerlukan tenaga tambahan. Mereka yang sedang berdiet sangatlah digalakkan mengambil teh ajaib ini.


Anda ingin bertenaga sepanjang hari. Hadapi masalah metabolisme yang Rendah? Dah cuba diet sendiri tapi gagal? Dah cuba kurangkan nasi dan bersenam tapi masih gagal? Mungkin salah satu kurang berjaya adalah sebab metabolisma badan anda terlalu rendah dan tidak dapat membakar kalori dengan sebaik yang mungkin.
Jadi, memang banyak kebaikan dan keistimewaan Cinch Energy Tea Shaklee ni kan? Apa tunggu lagi. Anda wajib dapatkan Cinch Energy Tea Shaklee sekarang! 
Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan




Saturday, 11 April 2015

Adakah selamat untuk menyusu ketika hamil?

JAWAPAN:
Secara umumnya, adalah SELAMAT untuk anda meneruskan penyusuan semasa hamil tetapi dengan syarat anda MEMASTIKAN:
1. Anda mengambil DIET yang SIHAT
2. Anda rajin minum AIR YANG SECUKUPNYA

PENGECUTAN RAHIM

Namun, menyusukan bayi boleh mencetuskan SEDIKIT PENGECUTAN RAHIM.
Walaupun pengecutan ini tidak menjadi isu semasa kehamilan yang tidak ada komplikasi, doktor anda mungkin tidak menggalakkan penyusuan ketika hamil jika anda mempunyai sejarah kelahiran pramatang atau anda mengalami sakit atau pendarahan rahim.

KOMPOSISI DAN RASA SUSU BERBEZA

Anak yang sedang anda susukan mungkin dapat merasa perubahan pada susu anda ketika anda hamil.
Walaupun susu ibu terus menjadi sumber makanan yang selamat untuk anak yang anda susukan sepanjang kehamilan, kandungan susu ibu anda akan berubah. Di samping itu, pengeluaran susu mungkin akan berkurang ketika anda hamil. Faktor-faktor ini boleh menyebabkan anak yang anda susukan akan bercerai susu pada sendiri sebelum bayi dilahirkan.

DAPATKAN SOKONGAN

Keselesaan anda juga mungkin menjadi kebimbangan.
Ketika mengandung, rasa kurang selesa dan kesakitan pada puting susu dan payudara ibu adalah normal. Ketidakselesaan ini akan bertambah apabila meneruskan penyusuan. Keletihan mungkin menjadi cabaran juga.
Jadi, sila dapatkan sokongan tambahan daripada orang tersayang atau kenalan rapat. Juga dapatkan konsultasi doktor anda tentang pengambilan vitamin dan makanan tambahan. 
Apa yang penting, anda perlu pastikan mendapat nutrisi yang cukup untuk diri anda sendiri, untuk bayi di dalam kandungan, dan juga susu untuk anak anda.
Anda boleh amalkan Set Hamil Shaklee yang terdiri daripada:
1. Vitalea
2. Vita C 
3. B Complex
4. Ostematrix
5. Omega Guard
6. ESP

Selain itu, anda pastikan anda meminum air kosong sekurang-kurangnya 3 Liter sehari. Memang mungkin kadang-kadang tak capai tapi cuba usahakan untuk tak lari dari nilai tu. Sebab apabila menyusu, kita mudah kehilangan air dari badan.
Hilang air dari badan –> mudah penat –> penghasilan susu terganggu –> stress –> penghasilan susu lebih terganggu.
Akhirnya terpaksa tidak menyusukan anak kesayangan kita. Nak-nak bila mengandung pula kan.
So sangat penting nutrisi dan pengambilan air kosong yang secukupnya.
Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan



Friday, 10 April 2015

Supplement shaklee untuk merawat sengugut

     Sengugut..hmmm topik yang best sebab rata-rata kaum wanita pasti ada yang mengalami sengugut ketika datang  bulan. Bila time sengugut masyaAllah ada yang turn off mood @ nak baran jer, maklumlah sakit kita yang tangggung, sakit badan, sakit pinggang semua sakit. 
      Ok beralih kepada sengugut ini, rata-rata kastemer saya yang bertanya supplement apakah yang sesuai untuk merawat sakit sengugut ini. saya punya pattern mudah, sebelum mengesyorkan sesuatu supplement shaklee saya akan kaji dulu background kastemer saya...hehehe bukan apa supplement shaklee ini tidak semua orang mengalami sakit dan keadaan sakit yang sama, kita akan syorkan apa yang sepatutnya. Jangan dibuat main sengugut bmerupakan tanda-tanda awal terjadinya cyctic, fibroid & endometrius. semua nama penyakit yang disebutkan ini merujuk kepada ketidaksuburan seseorang wanita, kerap keguguran ketika hamil  & boleh membawa maut atau dibuang rahim & tiub fallopio.

Apa itu sengugut :

Senggugut atau juga dikenali sebagai (Premenstrual dysphoric disorder /dysmenorhoea) merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan haid bagi seorang wanita. Senggugut dibahagikan kepada dua iaitu Senggugut utama dan Senggugut kedua.

Pembahagian jenis sengugut :

1) Senggugut utama atau Senggugut primari adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandinoleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.

2) Sementara senggugut Senggugut sekondari disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim ( endometriosis ) dan berlaku pendarahan di dalam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan pendarahan haid.

Risiko Sengugut :

Pemeriksaan doktor adalah diperlukan memandangkan endometriosis boleh menyebabkan kemandulan.

Antara simptom-simptom semasa sengugut:-

  • perasaan amat sedih atau putus asa, kemungkinan membayang bunuh diri (suicide ideation)
  • perasaan tegang atau resah
  • serangan panik
  • perubahan perasaan, menangis
  • mudah terganggu atau marah berpanjangan, meningkat pertelingkahan interpersonal
  • tidak kisah atau tidak berminat dalam aktiviti harian dan hubungan
  • sukar menumpu perhatian
  • lesu
  • kemaruk atau peningkatan nafsu makan
  • sukar tidur, insomnia atau hipersomnia
  • perasaan "luar kawalan"
  • peningkatan atau penurunan nafsu seksual
  • peningkatan rasa bagi intim emosi
  • simptom fizikal: kembung, degupan jangung (heart palpitations), payu dara sensitif, sakit kepala, sakit sendi atau otot
Supplement Shaklee yang disyorkan untuk melegakan sengugut adalah :-

Pengedar Shaklee Miri


Vitamin untuk sengugut

PERANAN GLA COMPLEX KEPADA WANITA
********************************************************♥Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
♥Membantu meningkatkan kesuburan
♥Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
♥Membantu dalam menangani menopus
♥Menguatkan kuku dan rambut
♥Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
♥Membantu menangai ekzema
♥Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
♥Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
♥Menguatkan imuniti tubuh
♥Memperlahankan proses penuaan
♥Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
♥Mengawal kencing manis dan darah tinggi
♥Mengawal kolesterol Untuk fungsi saraf
♥Mengecutkan cyst

Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)?

Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu. Ini adalah kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.
(Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah di samping mengurangkan tekanan darah)

PERANAN OSTEOMATRIX KEPADA WANITA
********************************************************
Kalsium yang isisnya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi & garam mineral dari Laut mati, mengandungi kalsium, megnesium, fosforus & vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.

♥ Menguatkan tulang - kalsium dapat menguatkan osteoporosis, menguatkan kuku,eczema, kuku rapuh
♥ Memperbaiki kekejangan & kebas-kebas (sakit sendi& arthritis)
♥ Meringan kan stress-mengimbangi tekanan darah, menggalakkan tidur selesa, memeperbaiki mood
♥Memperbaiki masalah haid- meringankan sakit waktu haid
♥Pengalkalian tubuh-merangsang detoksifikasi
♥Memperbaiki hiperaktiviti perut & sakit gastrik
♥Vitamin D-meningkatkan ketumpatan tulang & membantu penyerapan kalsium & fosforus
♥ Mangnesium - ini adalah ion positif no. 2 penting didalam tubuh kita. Ia mengalakkan komposisi tulang & rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf & otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit.
♥ Zinc, boron , manganes, kuprum - memelihara metabolisma kerangka & pertumbuhan otot, menyusn enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan & menghalang arthritis.

PERANAN VITAMIN B KEPADA WANITA
*************************************************
Vitamin B-complex shaklee mengandungi asid folik semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar penyerapan yang sangat tinggi & berkualiti. B-complex shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin 7 asid folik. Vitamin B larut air dan akan disingkirkan melalui badan (air kencing & perpeluhan).Kandungan B1 & B6 mampu mengurangkan simptom-simptom kekejagan otot perut / sengugut semasa datang haid.

♥ menukarkan makanan kepada tenaga
♥ Melawan tekanana/depresi
♥Membantu tumbesaran
♥ Membaiki masalah rambut beruban & gugur
♥ Mengurankan masalah mata keletihan, mencegah katarak
♥ mencegah anemia-membantu pembetukan sel darah merah yang sihat
♥ meredakan sengugut
♥ detoksifikasi-meredakan alahan


Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan