JAWAPAN:
Secara umumnya, adalah SELAMAT untuk anda meneruskan penyusuan semasa hamil tetapi dengan syarat anda MEMASTIKAN:
1. Anda mengambil DIET yang SIHAT
2. Anda rajin minum AIR YANG SECUKUPNYA
PENGECUTAN RAHIM
Namun, menyusukan bayi boleh mencetuskan SEDIKIT PENGECUTAN RAHIM.
Walaupun pengecutan ini tidak menjadi isu semasa kehamilan yang tidak ada komplikasi, doktor anda mungkin tidak menggalakkan penyusuan ketika hamil jika anda mempunyai sejarah kelahiran pramatang atau anda mengalami sakit atau pendarahan rahim.
KOMPOSISI DAN RASA SUSU BERBEZA
Anak yang sedang anda susukan mungkin dapat merasa perubahan pada susu anda ketika anda hamil.
Walaupun susu ibu terus menjadi sumber makanan yang selamat untuk anak yang anda susukan sepanjang kehamilan, kandungan susu ibu anda akan berubah. Di samping itu, pengeluaran susu mungkin akan berkurang ketika anda hamil. Faktor-faktor ini boleh menyebabkan anak yang anda susukan akan bercerai susu pada sendiri sebelum bayi dilahirkan.
DAPATKAN SOKONGAN
Keselesaan anda juga mungkin menjadi kebimbangan.
Ketika mengandung, rasa kurang selesa dan kesakitan pada puting susu dan payudara ibu adalah normal. Ketidakselesaan ini akan bertambah apabila meneruskan penyusuan. Keletihan mungkin menjadi cabaran juga.
Jadi, sila dapatkan sokongan tambahan daripada orang tersayang atau kenalan rapat. Juga dapatkan konsultasi doktor anda tentang pengambilan vitamin dan makanan tambahan.
Apa yang penting, anda perlu pastikan mendapat nutrisi yang cukup untuk diri anda sendiri, untuk bayi di dalam kandungan, dan juga susu untuk anak anda.
Anda boleh amalkan Set Hamil Shaklee yang terdiri daripada:
1. Vitalea
2. Vita C
3. B Complex
4. Ostematrix
5. Omega Guard
6. ESP
Selain itu, anda pastikan anda meminum air kosong sekurang-kurangnya 3 Liter sehari. Memang mungkin kadang-kadang tak capai tapi cuba usahakan untuk tak lari dari nilai tu. Sebab apabila menyusu, kita mudah kehilangan air dari badan.
Hilang air dari badan –> mudah penat –> penghasilan susu terganggu –> stress –> penghasilan susu lebih terganggu.
Akhirnya terpaksa tidak menyusukan anak kesayangan kita. Nak-nak bila mengandung pula kan.
So sangat penting nutrisi dan pengambilan air kosong yang secukupnya.
Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;
♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan
No comments:
Post a Comment