Entri kali
ini berbeza sedikit, saya akan berkongsi satu resepi yang simple dan istimewa
iaitu : Tiramisu Simple. Ianya sungguh mudah dan tak akan mengambil masa yang
lama untuk menyediakannya.
Bahan-bahan :
- 200ml whipping cream atau krim putar
- 250ml cream cheese
- 1.5 sudu serbuk kopi/nescafe
- serbuk coklat sebagai hiasan
- 1 biji sponge kek atau hirisan kek yang anda minati
- 1/2 cawan gula kisar / gula halus
Cara-cara :
1. Bancuhkan
nescafe/ serbuk kopi menggunakan satu cawan air panas
2. Kisar
bersama gula halus, cream cheese dan whipping cream sehingga sebati
3.
Kacau menggunakan mixer atau secara manual sehingga menjadi kembang dan
gebu
4. Sediakan
beberapa lapisan kek (3 atau 4) mengikut citarasa anda
5. Susan
lapisan yang pertama ke dalam bekas
6. Kemudian
tuangkan bahan kisaran tadi. Ratakan secara perlahan
7. Susun
lapisan yang kedua dan ulang langkah 6 sehingga habis kisaran anda digunakan.
8. Simpan
dalam peti sejuk untuk beberapa jam dan hiaskan dengan serbuk coklat apabila
dihidangkan.
Senangkan? Tak perlu bakar pakai oven. |
No comments:
Post a Comment