Monday, 5 January 2015

HERB-LAX UNTUK DETOX


Adakah anda mencari sumber laksatif (laxative) yang selamat, semulajadi, tanpa bahan kimia dan berkesan?

Tak perlu susah payah lagi

Produk HERB LAX dari Shaklee merupakan laksatif yang sangat efektif yang anda cari selama ini.


PENGEDAR SHAKLEE MIRI-HERB-LAX
FUNGSI HERB-LAX

  
Apakah perbezaan Herb Lax Shaklee dengan laksatif lain?

Herb Lax Shaklee mengandungi 9 herba semulajadi yang saya akan ceritakan secara lebih terperinci selepas ini. Ianya berfungsi untuk proses detox (pembersihan) secara lembut dan tidak menyakitkan serta terbukti secara klinikal untuk digunakan dengan selamat oleh tubuh badan kita.


Apakah manfaat utama Herb Lax Shaklee?

Terdapat beberapa manfaat yang dapat diperolehi jika anda mengunakan herb lax Shaklee. Antaranya adalah:

·         Membantu proses membersihkan najis yang tersekat
·         Membantu mengempiskan bahagian perut
·         Membantu memejalkan bahagian perut (bina otot) 
·         Mengembalikan semula proses pergerakan semulajadi usus (bowel movement) kerana tindakan detoksifikasinya yang lembut
·         Membantu masalah sembelit
·         Meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan najis dan toksik didalam tubuh badan kita terutamanya yang telah tersimpan lama.

Apakah kandungan yang terdapat di dalam Herb Lax?

Seperti yang dinyatakan di atas, Herb Lax Shaklee diperbuat daripada ramuan herba semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia, perasa atau pewarna tiruan.

Sumber yang di ambil untuk menghasilkan Herb Lax Shaklee adalah:


1.  Anise seeds 
Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan

2. Fennel seeds 
Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah semebelit dan kembung perut atau usus.

3. Senna leaf 
Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.

4. Licorice root 
Membantu proses detoksifikasi

5. Blue malva flower 
Membantu proses detoksifikasi danmengimbangi tekstur kulit

6. Culver’s root 
Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma

7. Buckhorn bark 
Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan kelembapan kepada usus.

8. Alfalfa leaf 
Membersihkan usus, darah dan hati.

9. Rhubarb root 
Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibioti


Apakah kesan yang mungkin dialami jika mengambil Herb Lax?

Setiap individu mempunyai sistem penghadaman yang berbeza. Bagi sesetengah orang yang agak sensitif, pengambilan pada hari-hari awal akan menyebabkan proses detoksifikasi yang mengakibatkan cirit birit. 

Kami menyarankan agar anda mematuhi dos dan sukatan yang kami sarankan dan in sya Allah hasilnya akan dapat diperolehi sepantas  beberapa kali pengambilan sahaja


Siapa Yang Memerlukan Herb-Lax Shaklee?

Antara mereka yang disyorkan mengambil Herb Lax Shaklee adalah:

·         Mereka yang mempunyai masalah sembelit
·         Mereka yang ingin mendetoksifikasikan badan
·         Mereka yang ingin menurunkan berat badan (rujuk: Set Slimming Shaklee)
·         Mereka yang mempunyai masalah jerawat yang teruk
·         Mereka yang mengalami masalah buasir
·         Mereka yang mempunyai masalah berat badan
·         Mereka yang banyak bergantung kepada ubat-ubatan terutamanya pil tahan sakit

Bagaimana cara untuk membeli Herb Lax?

Cara 1: Tekan butang dibawah.

HERBLAX SHAKLEE

Cara 2: Boleh hubungi saya untuk membuat tempahan.

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan
♥Email : ctazri83@gmail.com




Saturday, 3 January 2015

VITAMIN SHAKLEE DAN WARNA URIN

Ada juga ramai yang mengadu bahwa warna urin mereka berubah apabila mengambil vitamin Shaklee, terutama yang mengandungi B-Complex.

“Urin saya warna kuning macam B-Complex”

PENGEDAR SHAKLEE MIRI-MAKNA WARNA URIN
MAKNA DI SEBALIK WARNA URIN


Sebenarnya adalah sangat normal apabila mengambil supplement yang mengandungi vitamin B, warna urin akan berubah menjadi kuning cerah. (Urin biasa berwarna kuning pucat). Ini adalah kerana vitamin B merupakan vitamin larut air, dan Riboflavin yang tidak diserap, disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin.
Namun, adalah bagus untuk mengenal warna kencing dan simptom yang datang bersamanya:

KUNING PUCAT - warna urin normal
KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex
KUNING GELAP – dehidrasi atau akiibat pengambilan vitamin B complex
KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati
OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax
KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)
KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan
KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome

Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air.
Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut.

Namun sekiranya warna tersebut bertukar menjadi pelik (rujuk di atas), sila lah berjumpa doktor dengan kadar segera.

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan
♥Email : ctazri83@gmail.com




PENTINGNYA KHASIAT GLA UNTUK KITA


Salam, selamat menyambut tahun baru 2015. Agak lama saya tidak menulis blog. Salah satu azam tahun baru saya ialah nak menulis blog dan berkongsi informasi sekurang-kurangnya satu entri setiap hari.

PENGEDAR SHAKLEE MIRI-SITI KHADIJAH AWIH
HAPPY NEW YEAR


Entri kali ini saya mahu kongsikan adalah mengenai kebaikan GLA Complex Shaklee. Yang tak pernah dengar GLA ni pasti teruja yang Shaklee juga ada evening primrose oil 

 
PENGEDAR SHAKLEE MIRI-GLA COMPLEX SHAKLEE
KEBAIKAN GLA COMPLEX

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Info lanjut mengenai GLA boleh baca di sini.  Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing.
Mari kita baca kebaikan GLA COmplex Shaklee :

· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf. 

GLA boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. GLA juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik. Mari lihat testimoni dibawah

 
PENGEDAR SHAKLEE MIRI-GLA COMPLEX SHAKLEE
TESTIMONI

  
Memang bestkan GLA Shaklee ni? Banyak kebaikannya. Jadi bagaimana? Anda mahu GLA atau tunggu dulu... Sampai bila mahu tunggu untuk memiliki GLA? Rugi... rugi...

Jom order  GLA COMPLEX SHAKLEE  dengan dua cara dibawah.

Cara 1: Tekan butang dibawah.

GLA COMPLEX SHAKLEE

Cara 2: Boleh hubungi saya untuk membuat tempahan.

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan
♥Email : ctazri83@gmail.com



Monday, 1 December 2014

SOYA BAHAYA UNTUK KESIHATAN??

Sebenarnya dah lama isu ni timbul semenjak ramai yang rajin share dan posting artikel tentang keburukan soya atau  soya bahaya pada kesihatan. Sampaikan ESP Shaklee pun kena tempiasnya juga.So yang mana masih ragu-ragu apa kata baca dulu ya.. Artikel ni memang panjang sikit tapi sebab nak jelaskan isu yang hot ni memang tak boleh nak buat pendek-pendek. So kalau betul-betul nak tahu bacalah ya…

Yang menjadi persoalan hampir kesemua artikel hanya menyebut perkataan soya sedangkan ada 2 jenis soya di dunia ni iaitu GMO soya dan non-GMO soya (pendirian peribadi saya organic soya termasuk dalam non-GMO soya). Jadi saya hairan kenapa tiada orang yang mengupas isu 2 jenis soya ini.

PENGEDAR SHAKLEE MIRI-BAHAYAKAH SOYA?


Apa beza GMO dengan Non-GMO?
Kepada yang belum tahu GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified Organisms. Ia bermaksud organisma (baik haiwan mahupun tumbuhan) yang sudah diubah kandungan genetiknya oleh manusia. Tahukah anda hampir kesemua produk makanan yang kita ambil seharian sebenarnya adalah produk GMO? Kenapa?
Sebab kita perlukan makanan lebih banyak dari yang pasaran sedia ada mampu bekalkan. Jadi pakar-pakar industri pemakanan terpaksa ubah genetik tumbuhan/haiwan supaya tanaman cepat masak, buah lebih besar, kandungan minyak lebih banyak, haiwan cepat matang dan macam-macam lagi. Jadi takde lah nak berlaku krisis kekurangan makanan.
Maka soya juga tidak terkecuali. Malah pada tahun 1999, satu kajian membuktikan pengambilan soya boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung. Maka semenjak itu, permintaan soya melanjuk naik lebih dari yang mampu dibekalkan oleh pengusaha soya. Maka disebabkan permintaannya yang tinggi dalam industri makanan, minyak, farmaseutikal dan sebagainya, 96% soya di dunia adalah soya GMO. Boleh dikatakan semua produk soya yang anda ambil seharian adalah soya GMO kecuali anda memang beli soya yang bertanda ‘Organik’ atau ‘Non-GMO’.  Non-GMO ini bermaksud ‘Non-Genetically Modified Organisms’ di mana kandungan genetiknya tidak pernah diubah oleh manusia.
Kenapa saya bercerita pasal GMO dan non-GMO ni? Anda kena faham perbezaan dua jenis soya ni barulah boleh terima akal apa yang saya nak ceritakan seterusnya. Jadi setelah saya menjelajah dari website ke website, saya setuju yang soya memang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan badan jika
1.      Produk soya yang dimakan seharian itu adalah GMO soya
2.      Produk soya GMO dimakan dalam kuantiti yang terlalu banyak setiap hari

Untuk point 1, disebabkan majoriti besar soya adalah GMO dan tak mustahil apabila kita sudah ubah genetiknya, akan berlaku kesan sampingan pada tubuh kita. Ya lah, dah kita ubah kejadian Allah mestilah ada kesannya kan? Tapi menurut kajian pakar juga, peluang untuk berlakunya perpindahan DNA dari soya GMO ke tubuh manusia yang boleh menyebabkan soya bahaya pada kesihatan adalah sangat rendah dan hampir tiada. Itu kata pakar lah ya di mana anda boleh rujuk sendiri di Genetically Modified Soybean.
Tentang point ke-2 pula, sedangkan Islam sendiri pun menyuruh umatnya bersederhana dalam pemakanan. Setahu saya apa sahaja makanan pun kalau diambil berlebihan sememangnya akan memudaratkan badan kita. Jadi kalau ada yang memang makan bergelen-gelen soya GMO setiap hari, memang logik lah anda berisiko tinggi mendapat penyakit-penyakit yang dikaitan dengan soya tu. Tapi ada ke orang makan atau minum soya bergelen-gelen setiap hari? Rasanya tak ada kot.. kan????

Benarkah soya melemahkan kejantanan lelaki?
Ada yang berpendapat soya membekalkan phyto-estrogen di mana ia boleh melemahkan kejantanan lelaki (dalam erti kata lain lelaki jadi pondan). Jadi ramailah ibu hamil yang takut nak minum sebab takut nanti keluar baby boy jadi lembik.  Phyto-estrogen adalah sejeniskomponen daripada tumbuhan yang seakan-akan hormon estrogen dalam tubuh manusia. Jadi anti-soya berpendapat pengambilan soya akan menyebabkan lambakan phyto-estrogen dalam badan. Bila estrogen tinggi, maka hormon perempuan lebih tinggi menyebabkan lelaki jadi lembut a.k.a pondan.
Tetapi ia sentiasa patah balik pada kuantiti. Jika anda ahli bina badan (body builder) sememangnya anda perlu kurangkan produk soya atau sebarang produk yang boleh bekalkan phyto-estrogen kerana ia boleh mengganggu hormon maskulin yang anda perlukan. Malah ramai body builder berpendapat ia menggangu otot. Tapi jika anda lelaki biasa yang cuma minum soya pada kadar sederhana rasanya takde lah sampai jadi lelaki lembut. Begitu juga untuk ibu hamil. Apa-apa pun pilih soya non-GMO dan ambil kuantiti pada sederhana.
Dan apa yang anda perlu tahu juga, pengambilan phyto-estrogen dalam kuantiti sederhana bermanfaat besar dalam mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara, sakit jantung, diabetes, strok, obesity dan banyak penyakit lain. Jadi takde lah soya ni bahaya pada kesihatan 100% kan? Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya mengganggu sistem pembiakan lelaki dan wanita?
Isu ini timbul disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalam soya. Memandangkan phyto-estrogen adalah komponen dari tumbuhan yang serupa dengan estrogen (estrogen-like compounds), maka phyto-estrogen akan melekat pada reseptor estrogen dalam tubuh manusia. Jadi ini menghalang estrogen yang sebenar untuk melekat bagi menjalankan fungsinya dalam tubuh manusia. Isu ini sebenarnya 50-50 (ada betul dan ada salah).
Menurut pembacaan saya pada lelaki, risikonya tinggi jika soya yang diambil adalah soya GMO dan diambil pada kadar berlebihan. Pada wanita pula ia bergantung kepada banyak faktor. Ada kajian menunjukkan pengambilan soya (pendapat saya soya biasa yang GMO) pada kadar tinggi dari usia kecil boleh mengganggu. Tetapi pada wanita yang sudah dewasa ia sebenarnyamembantu melambatkan menopouse dan osteoporosis. Tapi seperti biasa mestilah dalam kadar sederhana dan ambillah soya non-GMO untuk lebih selamat kan. Boleh rujuk kupasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya menyebabkan kanser?
Ini juga disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalamnya. Dan ini juga 50-50. Berdasarkan kajian pendedahan pada phyto-estrogen dalam kadar yang tinggi dan berterusan boleh meningkatkan risiko kanser terutama kanser payudara. Tetapi kajian juga menunjukkan pengambilan soya dalam diet harian berupaya mengurangkan risiko kanser. Ini juga selari dengan banyak kajian yang dilakukan di kalangan orang Asia yang rata-rata mengamalkan produk soya dalam diet harian. Jadi pendapat saya seperti biasa berbalik kepada apa yang Islam suruh. Bersederhana dalam apa jua yang kita ambil. Dan paling penting pastikan soya itu non-GMO. Sememangnya banyak kajian menunjukkan phyto-estrogen berupaya mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara. Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya mengandungi heavy metal toxic, natural toxin, gaitrogen dan bahan kimia lain yang bahaya pada kesihatan?
Ya, yang ini saya setuju sangat soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya GMO. Yang memang dah diubah genetiknya, dan diberi pelbagai bahan kimia lain supaya cepat masak, saiz lebih besar, lebih banyak minyak dan sebagainya. Dan ya, saya juga setuju soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya GMO yang diproses seperti kebiasaan iaitu menggunakan alkohol dan mudah dicemari dengan bahan kimia lain. Jadi isu ini boleh dielakkan jika anda pilih produk soya non-GMO yang diproses tanpa alkohol dan bahan kimia.

Soya bahaya pada kanak-kanak?
Memang ada yang timbulkan isu ni dan melalui pembacaan saya, pemberian susu formula berasaskan soya secara berterusan pada bayi sememangnya mendatangkan kesan sampingan pada kesihatan anak. Menjadi trend semasa untuk berikan bayi susu formula berasaskan soya kerana dikatakan susu dari susu lembu tinggi lemak, gula dan sebagainya. Tapi sebenarnya tidak ada beza pun. Nak yang terbaik? Berilah anak anda susu ibu kan… Menurut kajian, antarakesan sampingan yang timbul adalah tempoh haid dan senggugut yang lebih panjang dan berisiko tinggi untuk menghidap ‘uterine fibroid’ (fibroid di uterus). Boleh rujuk ulasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens. Tapi kalau sekadar beri soya sebagai sebahagian dari diet harian, tak sama macam beri susu formula kan?? Jadi pada saya soya bahaya pada kesihatan kanak-kanak jika diambil pada kuantiti sederhana dan amalkan non-GMO soya.

Jadi harap sedikit sebanyak terjawab isu soya ni? Tidak perlulah nak ditakutkan sangat dengan soya. Walaupun saya setuju point ramai orang yang mendakwa ia dakyah Yahudi gembar gemburkan kehebatan soya ni, tapi pada saya sebagai salah satu tumbuhan yang diciptakan Allah, ia ada khasiatnya pada tubuh manusia. Tapi saya juga setuju, ada jenis kacang soya bahaya pada kesihatan. Cuma kalau nak 100% selamat pilihlah soya non-GMO dan ambillah dalam kuantiti sederhana. Betul tak tuan-tuan dan puan-puan??? Tapi ini cuma pendapat peribadi saya berdasarkan kajian dan pembacaan saya.

ESP Shaklee Tidak Selamat Ke?????
Sekarang isu  ESP Shaklee pula? Ya lah dah orang kecoh soya ni tak bagus kan, dan memandangkan  ESP Shaklee ni diekstrak dari kacang soya maka lumpurnya pun terpalitlah sekali. Apa yang anda perlu tahu adalah  ESP Shaklee hanya diekstrak dari kacang soya non-GMO. Ingat lagi kan apa beza GMO dengan non-GMO? Yang mana baik dan yang mana buruk?
Malah kacang soya non-GMO yang digunakan oleh Shaklee telah melalui progam Identity Preserved Program (IPP). Melalui program IPP ni, Shaklee memastikan kacang soyanya adalah yang semulajadi dan bebas dari perubahan genetik. Contohnya, jika ia perlukan 9 bulan untuk matang sebelum dituai maka 9 bulanlah masa yang Shaklee peruntukkan. Iatidak akan diberi apa-apa bahan kimia untuk mempercepatkan kematangannya. Jadiproses penanaman soya untuk Shaklee adalah secara semulajadi dan tiada any intervention ya.

Dan apa lagi yang bezanya ESP Shaklee dengan produk soya lain?
Apa yang anda perlu tahu kebiasaannya produk soya akan diproses menggunakan alkohol yang bukan sahaja memusnahkan kandungan isoflavene yang bermanfaat pada kesihatan kita malah boleh menyebabkan pencemaran dari bahan-bahan kimia yang digunakan.
Tapi tidak dengan  ESP Shaklee ya.
Kacang soya yang digunakan dalam penghasilan  ESP Shaklee dicuci dengan air untuk memastikan kandungan isoflavene dan daidzin di dalamnya yang penting untuk kesihatan terpelihara. Pada yang belum tahu isoflavene adalah antara komponen penting dalam pencegahan kanser.
Dan tahukah anda pengambilan ESP Shaklee hanya disarankan 3 sudu besar sehari. Kenapa? Supaya ia tidak membebankan ginjal kita untuk memproses. Jadi banyak ke 3 sudu besar sehari tu? Pada saya tak lah banyak pun. Tapi pada orang lain, ikut pendapat masing-masing lah kan. Pendek kata Shaklee sendiri pun tidak suruh ambil banyak ESP pun sehari. Cukup 3 sudu besar untuk keperluan harian. Bersederhana itu kan lebih baik.

Kesimpulannya memang ada betulnya soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk amalkan soya GMO dan ambil pada kuantiti yang melampau banyak. Tapi pendirian saya, sebagai tumbuhan yang diciptakan oleh Allah, ia tetap ada manfaatnya pada badan dan ambillah pada kuantiti sederhana. Shaklee ESP antara produk berasaskan soya yang dihasilkan dari soya non-GMO dan melalui pemprosesan yang ketat untuk memastikan kualitinya terbaik. Malah cadangan pengambilan seharian sudah ditetapkan untuk memberi manfaat kepada badan dan bukannya memudaratkan badan. Jadi bukan nak promote tapi sebagai produk yang sudah 50 tahun di pasaran, jika benar ESP Shaklee memudaratkan badan semestinya dah lama ia dikeluarkan dari pasaran. Jadi fikir-fikirkan lah. Jangan terlalu percayakan cakap orang. Sebaiknya buat kajian sendiri. Anda akan lebih yakin bila anda sendiri yang mencari jawapannya.
Bagi yang tertanya-tanya apa khasiat ESP Shaklee, boleh baca kupasan saya di di sini.

Jom order  ESP SHAKLEE  dengan dua cara dibawah.

Cara 1: Tekan butang dibawah.

ESP SHAKLEE

Cara 2: Boleh hubungi saya untuk membuat tempahan.

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan
♥Email : ctazri83@gmail.com