Ada juga ramai yang mengadu bahwa warna urin mereka
berubah apabila mengambil vitamin Shaklee, terutama yang mengandungi B-Complex.
“Urin saya warna
kuning macam B-Complex”
MAKNA DI SEBALIK WARNA URIN |
Sebenarnya adalah sangat normal apabila mengambil
supplement yang mengandungi vitamin B, warna urin akan berubah menjadi kuning
cerah. (Urin biasa berwarna kuning pucat). Ini adalah kerana vitamin B
merupakan vitamin larut air, dan Riboflavin yang tidak diserap, disingkirkan
melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin.
Namun, adalah bagus untuk mengenal warna kencing
dan simptom yang datang bersamanya:
KUNING PUCAT - warna urin normal
KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan
vitamin B complex
KUNING GELAP – dehidrasi atau akiibat
pengambilan vitamin B complex
KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau
mempunyai masalah dengan organ hati
OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan
Carotomax
KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing
kotor (UTI)
KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang
atau penyakit berkaitan
KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan
atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome
Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka
tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia
menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih
banyak air.
Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita
bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut.
Namun sekiranya warna tersebut bertukar menjadi
pelik (rujuk di atas), sila lah berjumpa doktor dengan kadar segera.
Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;
♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan
♥Email : ctazri83@gmail.com
No comments:
Post a Comment