Tuesday, 1 October 2013

Set Kesuburan Shaklee untuk suami isteri


Memiliki anak setelah berkahwin adalah impian semua pasangan suami isteri. Cepat atau lambat itu adalah rezeki masing-masing. Bagi pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata, pastinya dugaan dalam hidup mereka. .Antara sebab belum disahkan hamil kerana haid isteri yang tidak teratur dan sperma yang lemah.
Di Shaklee dicadangkan beberapa suplemen yang boleh membantu pasangan suami isteri mengatasi masalah kesukaran hamil.

Set Kesuburan untuk Isteri : ESP ,Alfalfa,GLA
Set Kesuburan untuk Suami : Vita-E Complex,Zinc Complex

Bagaimana pengambilan suplemen Shaklee boleh membantu merawat kesuburan ini:


Set Kesuburan Shaklee untuk suami isteri
♥ESP adalah kacang soya yang mengandungi non-gmo yang mana diproses pada kadar suhu rendah.Di proses dengan air bagi mengekalkan sumber semulajadi isoflavones seperti genistein dan daidzen.Setiap 850 dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.
♥Merupakan makanan asas untuk pastikan sel-sel dalam badan sihat dan sempurna.
♥Memastikan sel ovum dalam keadaan sihat bagi persenyawaan.

♥Merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik(GLA), asid linolenik (LA),minyak bunga matahari dan vitamin E.Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan.Asid Gamma Linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.
♥GLA membantu seseorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur.Cecair itu akan keluar sewaktu subur, namun tak semua wanita mendapat cecair yang dihasilkan subur. 
♥Fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan wanita yang membantu sperma dapat berenang ke uterus terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Cecair ini membantu sperma terus hidup dalam tiub falopio selama 5 hari. Jadi wanita yang masih belum dikurniakan anak periksalah cecair serviks kalau tebal,kecoklatan,kering itu petanda kurang baik dan boleh menghalang persenyawaan.

♥ Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien dan sumber zat makanan dan klorofil.Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah.Alfalfa mengandungi vitamin A,C dan E serta kalsium,potasium,fosforus dan zat besi.
♥ Membantu dalam mengatasi masalah Keputihan
♥ Dikenali sebagai  kerana bertindak sebagai kacip fatimah dalam membantu dalam hubungan suami isteri.

♥ Mengandungi Vitamin E dan Selenium dengan Esktrak biji anggur dengan protien,lipid,karbohidrat dan polifenol.
♥ Kuasa antioksidan polifenol ini adalah 20 kali lebih baik dari Vitamin E dan 50 kali lebih baik daripada Vitamin C. Minyak biji anggur ini amat berkesan untuk mengatasi masalah kanser serta awet muda, menguatkan sistem imun badan, turunkan paras kolestrol dan halang pembekuan darah beku serta melambatkan penuaan.
♥Salah satu Phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah Oligomoric Proanthi Cyannidin (OPC) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yang lain. OPC ni memelihara tubuh badan dari penuaan sebelum tiba masanya dan membantu kulit lebih elastik.
♥Meningkatkan kesuburan dengan mengurangkan radikal bebas yang merosakkan sperma.
♥Vitamin E dan Selenium membantu meningkatkan kualiti sperma dan memberi kebaikan serta faedah, terutamanya dalam pergerakan sperma
♥Selenium sangat berkuasa mengurangkan pembengkakan prostat dan mengekalkan kesihatan salur darah.

♥Zink dijumpai paling tinggi di sperma.Zink digunakan untuk kesuburan wanita kerana zink akan melindungi dan melawan bakteria dalam vagina.
♥Untuk lelaki zink sangat penting bagi proses pembentukan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma lebih aktif menuju ovum.Zink berperanan dalam proses pembentukan genetik iaitu DNA.Membantu mengurangkan pembesaran prostat dan mengurangkan mati pucuk.

Insya Allah dengan gabungan Set Kesuburan Shaklee membantu anda mendapatkan cahaya mata.Oleh itu sebagai Hamba Allah kita haruslah berusaha dan sentiasa berdoa,solat hajat dan banyakkan berzikir. Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan.



Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥Email : ctazri83@gmail.com



Apa itu senggugut?






Kamu mungkin pernah mengalami senggugut semasa period. Dan ia membuatkan kamu betul-betul tidak selesa. Ia biasa berlaku dan kebanyakan masanya bila ia berlaku kamu mungkin nak tinggal di rumah saja dan tidak mahu pergi ke sekolah atau kerja.
Apa itu senggugut?
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kamu alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kamu period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.
Apa yang menyebabkan dismenorea?
Kamu mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya period kamu yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mula mengalaminya apabila mereka berumur 20 atau 30. Kesakitan dismenorea ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Dismenorea mungkin menjadi disemenorea primer atau sekunder bergantung kepada penyebabnya:
Dismenorea Primer
Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula period pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat period pada umur 12 atau lebih awal dan mereka yang mempunyai period lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor kamu mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh kamu semasa pemeriksaan. Sebab-sebab untuk dismenorea primer termasuklah:
Ketidakseimbangan Bahan Kimia - Oleh kerana keseimbangan merupakan perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh kamu boleh menyebabkan dismenorea. Bahan kimia yang menyebabkan kamu senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh kita.. Wanita yang mengalami dismenorea menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama period mereka. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.
Genetik – Ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya kamu mengalami senggugut , kakak, makcik atau ibu kamu mungkin turut sama mengalaminya.
Dismenorea Sekunder
Dismenorea Sekunder adalah apabila senggugut bermula sekitar dua tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami dismenorea jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Dismenorea jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor. Dismenorea sekunder disebabkan oleh:
  • Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
  • Jangkitan
  • Radang Rongga Pelvis
  • Endometriosis
  • Penyakit usus seperti apendisitis
  • Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio
Apa itu endometriosis?
Wanita yang menghidap endometriosis kadang-kadang mengalami dismenorea yang amat teruk. Ia boleh berlaku setiap kali mereka period. Endometriosis terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai uterus tumbuh dalam struktur lain pada tubuh.
Mengapa ada wanita yang mengalami senggugut dan ada yang tidak?
Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada dismenorea. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap dismenorea yang berlainan. Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk kamu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa kamu period boleh mengakibatkan dismenorea. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan kamu seterusnya mengakibatkan dismenorea.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan dismenorea. Ada faktor yang tidak dapat dielak seperti gen tetapi faktor lain seperti diet boleh diubah. Jadi, sebenarnya senggugut boleh dicegah atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)?

Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥Email : ctazri83@gmail.com




APA YANG ISTIMEWANYA GLA SHAKLEE NI?

5 Sebab Kenapa GLA Complex Shaklee Sangat Best



GLA Complex Membantu Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

Apapun kena bear in mind, kita hanya merancang dan berusaha, namun ALLAH swt yang menentukan hasilnya. Alhamdulillah. Setakat harini, memang banyak testimoni  yang berjaya hamil dengan GLA Complex ini. 
Bagaimana GLA Complex membantu meningkatkan peluang untuk hamil?
Secara ringkas, GLA (asid gamma linolenik) sebenarnya membantu seseorang wanita itu untuk menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti (egg white cervical mucus). Cecair mukus ini sangat penting kerana ia membantu memudahkan pergerakan sperma ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Selain daripada itu, dengan mempunyai kandungan GLA yang cukup,cecair mukus ini turut membantu meningkat jangkahayat sperma di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari (inshaALLAH). Jadi, secara tidak langsung peluang untuk persenyawaan berlaku (dalam tempoh subur tu) pun turut meningkat walaupun suami dan isteri tidak bersama ketika itu.
Terbaik, amalkan GLA Complex bersama B Complex, ESP dan Zinc untuk suami.

GLA Complex Membantu Melegakan PMS (Sindrom Pra-Haid)

Antara perkara paling tak best semasa PMS ialah senggugut, betul tak? Salah satu sebab kenapa kaum wanita mendapat sindrom ini ialah kerana kekurangan asid gamma linolenik ini di dalam tubuh. Jadi, dengan mengamalkan GLA Complex inshaALLAH akan membantu mengurangkan ketidakselesaan ketika PMS ini.
Saya syorkan ambil GLA Complex bersama Ostematrix dan B Complex.

GLA Complex Membantu Mencantikkan Kulit Wajah

Istimewanya GLA Complex daripada Shaklee kerana ia turut diperkaya dengan vitamin E yang terkenal sebagai vitamin untuk kecantikan kulit. Dengan fungsi GLA Complex sendiri yang membantu mengatur fungsi hormon dalam tubuh, kehadiran vitamin E ini menjadikan kulit anda tampak lebih lembab, mengurangkan jeragat, tiada lagi kilauan minyak dan berseri-seri.
Untuk kesan optimum, amalkan bersama ESP sekurang-kurangnya.

GLA Complex Untuk Kesihatan Jantung

GLA mengandungi lemak Omega-6 yang dipercayai membantu menurunkan paras kolestrol ‘jahat’ (LDL) dalam badan, meningkatkan paras kolestrol ‘baik’ (HDL);  mengurangkan mendapan kolestrol pada dinding arteri (dengan bantuan vitamin E) dan merupakan lemak tidak-tepu yang membantu mencairkan lemak-tepu.
Terbaik untuk jantung, amalkan bersama Omega Guard. Gabungan Omega-6 dan Omega-3 (yang boleh didapati daripada Omega Guard Shaklee) menambahbaik dengan menstabilkan kadar denyutan jantung dan mengelakkan blood thickening.

GLA Complex Untuk Awet Muda

Tahukah anda mengapa ramai kaum wanita sangat sukakan suplemen EPO(Evening Primrose Oil)? Jawapan typical ialah ‘nak awet muda’. Memang betul. Hakikatnya, GLA Complex yang terkenal dengan jolokan nama ‘EPO Shaklee’ ini ternyata memberi kesan lebih hebat inshaALLAH. Dengan kandungan GLA yang dua kali ganda EPO normal, ditambah dengan vitamin E dan minyak bunga matahari .. semua ini bersifat anti-oksida, free-radicals, immune-system dsb  .. membantu tubuh lebih sustain. Hormon prostaglandin yang terhasil dengan cukup juga sebenarnya merupakan pertahanan semulajadi tubuh terhadap penuaan.
The best, amalkan GLA Complex bersama tonik ajaib Shaklee iaitu Vivix.

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥Email : ctazri83@gmail.com



BAGAIMANA GLA COMPLEX MEMBANTU?

Antara satu cara untuk menstabilkan semula hormon adalah dengan mengamalkan pengambilan GLA Shaklee. Saya yakin anda biasa dengan tentang EPO (Evening Primrose Oil) kan? Untuk pengetahuan anda, EPO begitu digemari oleh kaum wanita adalah disebabkan oleh kandungan GLA di dalamnya, dan anda nak tahu lagi bahawa GLA Shaklee yang diperbuat daripada Borage Oil mempunyai 4x ganda kepekatan GLA berbanding apa yang ada di dalam EPO. Hebat bukan? Thats why pada masa ini, ramai wanita di luar sana yang bertukar ke GLA Shaklee lebih-lebih lagi kerana ianya semujaladi, 100% dijamin selamat digunakan dan yang paling best sebab ianya BERKESAN! Bagaimana kami tahu ianya berkesan? Sebab rata-rata pelanggan yang menggunakan GLA ni dapat mengatasi masalah haid tidak teratur, kurang masalah PMS, cyst mengecut dan yang paling best sehingga ada yang mengandung setelah mengambil Set Kesuburan shaklee... bestkan?





BAGAIMANA GLA COMPLEX MEMBANTU??
Gamma Linolenic Acid (GLA) membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti --->> Mukus Serviks Putih Telur (Egg White Cervical Mucus)
Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum).

Cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi). 
Jika cecair serviks anda tebal, berwarna kecoklatan atau kering, ia boleh menghalang atau mengganggu kesuburan. Ada  sesetengah wanita yang memang sangat kekurangan cairan (kering) dan bermasalah untuk menghasilkan jumlah cecair  serviks yang cukup. Amalan minum banyak air dan pengambilan GLA Complex bakal membantu anda menghasilkan lebih banyak cecair serviks tersebut.

Asid lemak Omega-6 adalah dianggap sebagai asid lemak perlu (EFA), yang bererti bahawa mereka adalah penting untuk kesihatan. EFA tidak boleh dibuat di dalam badan dan oleh itu mesti diperolehi dari makanan yang kita makan atau suplemen. Asid gamma-linolenik (GLA) adalah asid lemak yang penting dalam keluarga Omega-6.
EFA yang diperlukan untuk:
  • fungsi otak
  • pertumbuhan
  • kesihatan tulang
  • merangsang pertumbuhan kulit dan rambut
  • metabolisme
  • proses pembiakan
Kekurangan dalam EFA boleh membawa kepada:
  • masalah pertumbuhan
  • ruam bersisik yang dikenali sebagai dermatitis
  • kemandulan
  • kekurangan keupayaan untuk melawan jangkitan dan menyembuhkan luka.
Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥Email : ctazri83@gmail.com




Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) dan Kesan Terhadap Kesuburan

Polycystic ovarian syndrome atau nama singkatanya PCOS adalah masalah perubatan dimana ovari anda bertindak secara tidak normal yang menyebabkan terjadinya masalah haid tidak teratur, tiada haid dan masalah infertiliti. PCOS adalah diantara penyebab utama ketidaksuburan dan terjadi pada sekitar 5 hingga 10 peratus wanita pada usia reproduksi.







Gejala PCOS boleh terjadi seawal puberti, iaitu ketika haid pertama kali bermula. Ia disebabkan oleh ovari yang gagal merembeskan hormon dalam kuantiti yang sepatutnya dan berlakulah ketidak seimbangan hormon yang menyebabkan tumbesaran folikel terbantut dan gagal mengeluarkan telur. Walaubagaimanapun kebanyakkannya gejala PCOS berlaku lebih perlahan lahan dan berperingkat- ringkat dan menjadi lebih ketara apabila meningkat usia.
Gejala PCOS mungkin termasuk:
  • Menstruasi yang tidak teratur atau tiada langsung sampai berbulan bulan
  • Peningkatan bulu pada badan dan muka (juga dikenali sebagai hirsutism)
  • Jerawat
  • Gelap warna kulit di sepanjang leher, ketiak, celah kangkang, dan di bahagian dalam paha
  • Masalah Obesiti
  • Jangkitan kulat vagina
  • Masalah kencing manis
Apa kesan PCOS terhadap saya dan bagaimana Ia mempengaruhi kesuburan Saya?
Masalah PCOS selalunya berpunca dari kelenjar pituitari lagi. Kelenjar pituitari yang terletak pada otak adalah kelenjar utama  badan manusia yang memainkan peranan dalam mengawal rembesan hormon untuk seluruh tubuh kita. Disebabkan ketidaknormalan pada kadar rembesen hormon LH dan FSH dari pituitari, folikel folikel yang membentuk pada awal kitaran haid gagal matang, menyebabkan telur tidak dilepaskan dan ovulasi tidak berlaku. Disebabkan tiada ovulasi, kadar rembesan hormon progesteron menjadi rendah dan tidak seimbang dengan hormon tahap hormon lain seperti estrogen dan androgen. Progesterone adalah hormon yang penting untuk memastikan kitaran haid yang normal.
Kekurangan hormon progestrone menyebabkan haid tidak teratur atau tiada langsung kadang kadang berbulan bulan lamanya. Bila haid bermula, pengidap PCOS selalunya akan mengalami haid yang banyak dan sakit senggugut yang melampau disebabkan oleh tisu tebal dan darah yang terkumpul akibat dari haid yang lewat.
PCOS juga menyebabkan konsentrasi yang lebih tinggi hormon lelaki (androgen) menyebabkan ramai pengidap PCOS mengalami bulu badan yang berlebihan.
Disamping itu, ramai pengidap PCOS mengalami tahap insulin yang tinggi yang boleh menganggu tumbesaran folikel menyebabkan follikel gagal matang terjadilah cyst cyst  kecil pada ovari . Cyst cyst yang terlalu banyak akan menyebabkan ovari menjadi bengkak dan ini boleh dilihat pada ujian Ultrasound.
Siapa yang Berisiko? Apa Punca PCOS?
Wanita dengan PCOS sering mempunyai ahli keluarga yang mempunyai masalah yang sama dan ia dikaitkan dengan masalah genetik. Ini bermakna bahawa jika anda mengalami PCOS, kemungkinan besar anda ibu dan saudara perempuan yang lain juga mengalami PCOS. Sekiranya anda mempunyai anak perempuan, ada berkemungkinan yang anak anda juga mendapat masalah yang sama.
Bagaimana diagnosa PCOS dibuat?
Untuk memberikan diagnosa yang tepat, sejarah perubatan akan diambil termasuklah kitaran haid anda dan sejarah keluarga.
Pemeriksaan fizikal termasuk pemeriksaan faraj and ujian US. Beberapa ujian darah seperti ujian hormon LH and FSH akan diambil. Ujian Ultrasound faraj mungkin juga akan dilakukan untuk melihat dengan jelas cyst cyst kecil pada ovari anda.
Bagaimana PCOS dirawat?
Rawatan bergantung sepenuhnya pada gejala anda dan juga keinginan anda untuk hamil. Saranan selalunya diberikan tentang pemakanan seperti pengurangan karbohidrat dalam diet dan senaman untuk mengurangkan tahap insulin. Bagi mereka yang ingin hamil, ubat subur seperti clomid atau Gonal F akan diberikan untuk mencetuskan ovulasi. Dalam kes- kes dimana ubat subur tidak begitu efektif, ovarian drilling mungkin disarankan untuk memecahkan cyst cyst kecil pada ovari.
Wanita dengan PCOS harus menyedari potensi risiko kesihatan jangka panjang. Risiko untuk mendapat kanser rahim dan kencing manis adalah tinggi.
PCOS juga dikaitkan dengan penyakit jantung, tahap kolesterol yang tidak normal dan tekanan darah tinggi dan wanita yang mengidap PCOS dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan secara rutin. PCOS adalah masalah yang anda alami sejak anda dilahirkan dan setakat ini tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya. Walaubagaimanpun dengan rawatan yang tepat, gejala PCOS pasti dapat dikawal.
Sekiranya anda berhasrat untuk hamil, terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh anda jalani dan menjadi hamil bukan sesuatu yang mustahil.


Cara mengatasi
Kajian mendapati salah satu cara berkesan untuk mengatasi masalah PCOS adalah dengan mengurangkan berat badan, dan terdapat juga cara lain untuk meningkatkan kesuburan disebabkan PCOS. 

Risau bukan jika anda merupakan pesakit PCOS? Jangan risau, banyak supplement di luar sana yang boleh membantu anda dalam menstabilkan hormon, antara satunya adalah GLA Shaklee....


Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥Email : ctazri83@gmail.com





12 Sebab Mengapa Haid anda Lewat

Risau sebab haid tidak datang? Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita.
Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang. Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi.
  


·         Tekanan.
      Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.

·         Masalah kesihatan: 
      Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.

·         Ubatan: 
      Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.

·         Berlebihan hormon prolaktin:     
      Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

·         Menyusu badan:  
      Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.

·         Masalah tiroid: 
      Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

·         Gemuk:
Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.

·         Terlalu kurus: 
      Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

·         Tersilap kira:
      Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.

·         Menopos:
Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

·         Pencegah hamil.
      Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!

·         Hamil: 
      Akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.

Apa yang anda perlu buat sekarang?

Sekiranya anda hamil, buatlah temu-janji dengan doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur, anda boleh mebuat ulangan 2-3 hari kemudianya dan semestinya ia akan positif 100% sekiranya anda betul–betul hamil. Walaubagaimana, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat.