Risau sebab haid tidak datang? Kecuali anda memang merancang
untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita.
Kehamilan
adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia
bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang. Dibawah terdapat 12
kemungkinan kenapa ia boleh terjadi.
·
Tekanan.
Tekanan
dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya
haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon
stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.
·
Masalah kesihatan:
Sakit
secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang
memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan
seterusnya menganggu kedatangan haid kita.
·
Ubatan:
Mungkin
baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau
intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca
mengapa haid anda lewat.
·
Berlebihan hormon prolaktin:
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya
menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa
seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan
doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.
·
Menyusu badan:
Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin
tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.
·
Masalah tiroid:
Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin
merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya
ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.
·
Gemuk:
Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.
Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.
·
Terlalu kurus:
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid
anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit
dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara
automatik akan mengembalikan haid anda semula.
·
Tersilap kira:
Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan
tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda
andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap
bulan supaya anda tidak lagi risau.
·
Menopos:
Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.
Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.
·
Pencegah hamil.
Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti
depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang.
Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan
haid. Jadi jangan risau!
·
Hamil:
Akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!!
Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.
Apa yang anda perlu buat sekarang?
Sekiranya
anda hamil, buatlah temu-janji dengan doktor sakit puan untuk memastikan
kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur, anda
boleh mebuat ulangan 2-3 hari kemudianya dan semestinya ia akan positif 100%
sekiranya anda betul–betul hamil. Walaubagaimana, sekiranya masih negatif
selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk anda berjumpa dengan
doktor anda untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat.
No comments:
Post a Comment