Wednesday, 29 October 2014

LOVE OF MY LIFE


LOVE OF MY LIFE

PENGEDAR SHAKLEE MIRI-SITI KHADIJAH SID NO: 867607
Love of my life
Ini adalah keluarga kecil saya. I love both of them so much. Kehadiran Mohd Khalish Mikhail bin Mohd Azri Shahriman dalam hidup kami menyerikan lagi keluarga kecil yang dibina oleh saya bersama suami saya Mohd Azri Shahriman.

My inspiration song : Survivor





Okay, saya nak share my old time favourite song.. maybe lagu ini tak lah inspiration sangat ..tapi bila saya rasa down or what so ever.. dengar lagu ni boleh naikkan balik mood dan semangat saya. 

OH MY HANDBAG!!

Morning…

Ok entri for today ala-ala artis sikit.. saya suka menonton channel E yang selalu memaparkan kehidupan artis. So, saya tertarik dengan segmen “What’s in my handbag challenge?”.

PENGEDAR SHAKLEE MIRI-WHAT'S IN MY HANDBAG CHALLENGE
Bukan gambar handbag saya!

So, saya pun nak share sikit apa yang wajib atau perlu ada dalam handbag saya.

Semasa bekerja:-
  1. Kunci kereta
  2. Kunci office
  3. Kunci meja office
  4. Purse
  5. Handphone
  6. My supplement
  7. Mini perfume
  8. Lipstick
  9. Compact powder
  10. Facial spray
  11. Charger handphone

Semasa keluar bersama family
-isi kira lebih kurang sama jer just add

  1. Wet tissue
  2. Tissue
  3. Sapu tangan
  4. Pampers
  5. Baju spare utk Khalish

Tapi biasanya kalau keluar dengan family memang kena tukar handbag yang besar ckit coz malas nak angkut banyak-banyak beg. Hehe..

So korang pulak macam mana? Jum share dekat bahagian Comment k.



Monday, 27 October 2014

Herbal Blend® Multi-Purpose Cream

APA ITU HERBAL BLEND MULTI PURPOSE CREAM?

PENGEDAR SHAKLEE MIRI-HERBAL BLEND MULTI PURPOSE CREAM



Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana dapat membantu melembutkan kulit kasar & pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. Krim ini terasa dingin bila di pakai dan bermentol serta yang paling baik ia tidak berminyak.

Diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi seperti daun sage, horse, chestnut yarrow & rosemary yang amat menenangkan.

Herbal Blend disediakan dalam tiub 4oz pada harga yang berpatutan.
 

ANTARA KEGUNAAN HERBAL BLEND MULTI PURPOSE CREAM.

PENGEDAR SHAKLEE MIRI-HERBAL BLEND MULTI PURPOSE CREAM
KEGUNAAN HERBAL BLEND MULTI PURPOSE CREAM

1. Merawat eczema dan gatal-gatal digigit serangga


Ianya boleh digunakan kepada bayi atau anak yang mempunyai eczema. HERBAL BLEND MULTI PURPOSE CREAM selamat digunakan kerana ianya diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi. Juga sesuai digunakan untuk gatal-gatal digigit serangga.


2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah

Tumit kering dan pecah sememangnya menjadi masalah bagi wanita. So, tak salah kiranya anda mencuba 
HERBAL BLEND MULTI PURPOSE CREAM bagi menyelesaikan masalah tumit pecah.


3. Ubat luka / lecur

Boleh guna ganti minyak gamat. Seeloknya ada satu herbal blend dalam rumah, bila ada luka je, cepat baik. Terhiris pisau? Kena cakar kucing? Terkena minyak panas? Semua pun boleh...

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu

Memang dah terbukti, bila ada luka pada puting akibat gigitan anak, pedih yang teramat.. Jadi, lepas ni, ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, kena ada herbal blend di sisi.. :) Herbal blend ni sangat natural, jadi jangan risau.. Tiada bahan sintetik dan dijamin selamat.

5. Menghilangkan parut

Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, cuba sapukan herbal blend. InsyaAllah akan pudar dan hilang...

6. Ruam pada bayi

Bayi sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Bayi kan masih kecil, kulitnya baru sahaja hendak sesuai dengan alam ini. Jadi, sapukan sahaja Herbal Blend. Ia akan melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan merawat ruam. Jangan sapukan krim steroid tau! Kesian bayi tu...

7. Losyen harian

Boleh gunakan sebagai losyen harian. Supaya tangan sentiasa lembut.. Herbal blend tidak berminyak. Jadi sememangnya selesa

KENAPA HERBAL BLEND MULTI PURPOSE CREAM?


PENGEDAR SHAKLEE MIRI-HERBAL BLEND MULTI PURPOSE CREAM

 CIRI- CIR HERBAL BLEND MULTI PURPOSE CREAM


      Herbal Blend ni, diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi (horse chestnut, bunga yarrow, daunsage, dan juga rosemary). Ia telah diuji secara klinikal bagi melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah, seperti tumit, lutut dan siku. Ia dingin, bermentol dan tidak berminyak.

Keistimewaan Herbal Blend Multi-Purpose Cream 

·                     Terasa dingin pada kulit
·                     Diekstrak dari herba semulajadi 
·                     Tidak berminyak 
·                     Mudah diserap 
·                     Aroma yang amat menenangkan 
·                     Mudah digunakan dan mudah di bawa 
·                     Sesuai untuk semua golongan 
·                     Dijamin berkesan 
·                     Halal 
·                     Tanpa Steroid 

Jom  order Herbal Blend Multi-Purpose Cream dengan dua cara dibawah.

Cara 1: Tekan butang dibawah.

HERBAL BLEND MULTI PURPOSE CREAM

Cara 2: Boleh hubungi saya untuk membuat tempahan.

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan
♥Email : ctazri83@gmail.com


Nutella Brownies


Okay, today saya nak kongsi satu resepi yang cukup mudah. Semua orang pun boleh resepi ini sebab bahan yang diperlukan cukup ringkas. 






BAHAN-BAHAN :
2 BIJI TELUR
200g NUTELLA
9 SUDU BESAR TEPUNG GANDUM


CARA-CARANYA :
1. Pukul telur dan nutella di dalam bekas dengan menggunakan mixer. Pada yang rajin nak guna tangan pon boleh, tak ada masalah. 
2. Bila dah sebati masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Resepi asal menggunakantepung serbaguna (all purpose flour). Tetapi disebabkan aku tak ada tepung serbaguna, maka aku ganti dengan tepung gandum.  
3. Sepatutnya, untuk 130g nutella (1/2 cawan nutella) kena guna 5 sudu tepung. Tetapi sebab nutella tu cuma ada 200g sahaja, maka aku kurangkan menjadi 9 sudu sahaja. Bukan apa, takut bila terlebih tepung, kurang manis pula rasanya nanti (ni teori aku semata-mata tau). 
4. Gaulkan tepung dengan adunan nutella dan telur tadi sehingga sebati. Agak-agak dah sebati bolehlah dituang ke dalam acuan. Nak guna loyang boleh, nak guna papercup pon boleh. Aku gunakan papercup kecil tu, bila dah siap dapat dalam 37 biji saja. 
5. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 180c (bergantung pada oven masing-masing ye). 
6. Nak tau brownies ni dah masak ke belum, gunakan garpu atau lidi dan cucukkan pada brownies tuu. Kalau tak melekat tu dah masak maknanya.

Sunday, 26 October 2014

Don't ever give up!

When i sad i will..

Sebenarnya saya seorang yang jarang nak bersedih atas sebab-sebab yang kecil. Tapi saya tak akan dapat menahan perasaan sedih saya sekiranya ada orang yang sakitkan hati saya tetapi saya tak dapat nak luahkan atau nak balas balik (terpulang pada keadaan).

Jika saya bersedih, orang pertama yang saya akan kongsi rasa kesedihan itu adapah suami saya merangkap my best friend.

Bagi saya, selain mak saya suami saya adalah tempat yang terbaik untuk saya luahkan atau kongsi segala kesedihan saya. Ini kerana dia sentiasa sabar dan mendengar segala luahan saya walaupun kadang-kadang apa yang saya luahkan tak masuk akal atau macam budak-budak.

Saya juga akan mendekatkan lagi diri saya dengan Allah. Saya tahu saya belin lagi menjadi muslimah yang sempurna tetapi dengan mendekatkan diri dengan Allah, saya berasa lebih tenang dan damai.

Apabila saya sedih juga saya juga akan menenangkan diri saya dengan menonton cerita korea atau menonton Runningman.

Saya juga akan mengalih rasa sedih saya dengan menumpu perhatian terhadap bisnes Shaklee saya. Saya selalu mengimpikan suatu hari nanti saya akan sukses dalam hidup saya. Dengan itu, saya mesti berfikiran positif.                      

Ini adalah cara saya menghadapi saya kesedihan saya.anda pula bagaimana??