Okay, today saya nak kongsi satu resepi yang cukup mudah. Semua orang pun boleh resepi ini sebab bahan yang diperlukan cukup ringkas.
BAHAN-BAHAN :
2 BIJI TELUR
200g NUTELLA
9 SUDU BESAR TEPUNG GANDUM
CARA-CARANYA :
1. Pukul telur dan nutella di dalam bekas dengan menggunakan mixer. Pada yang rajin nak guna tangan pon boleh, tak ada masalah.
2. Bila dah sebati masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Resepi asal menggunakantepung serbaguna (all purpose flour). Tetapi disebabkan aku tak ada tepung serbaguna, maka aku ganti dengan tepung gandum.
3. Sepatutnya, untuk 130g nutella (1/2 cawan nutella) kena guna 5 sudu tepung. Tetapi sebab nutella tu cuma ada 200g sahaja, maka aku kurangkan menjadi 9 sudu sahaja. Bukan apa, takut bila terlebih tepung, kurang manis pula rasanya nanti (ni teori aku semata-mata tau).
4. Gaulkan tepung dengan adunan nutella dan telur tadi sehingga sebati. Agak-agak dah sebati bolehlah dituang ke dalam acuan. Nak guna loyang boleh, nak guna papercup pon boleh. Aku gunakan papercup kecil tu, bila dah siap dapat dalam 37 biji saja.
5. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 180c (bergantung pada oven masing-masing ye).
6. Nak tau brownies ni dah masak ke belum, gunakan garpu atau lidi dan cucukkan pada brownies tuu. Kalau tak melekat tu dah masak maknanya.
salam ct,
ReplyDeletethat day ada saya buat..tapi tak berapa jadi..hehehe..tak ada nuttela ganti dengan peanut butter...khekhekhee...
sedap juga....datang rumah boleh la bawak untuk icha ya...