No. 1: Hormati Selera Anak Kita (Respect your child’s appetite)
Jika anak anda tidak lapar, jangan memaksa mereka untuk makan. Jangan merasuah (dengan berjanji untuk beri jajan dan sebagainya) atau memaksa anak anda untuk makan makanan yang tertentu. Ini mungkin hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Di samping itu, anak anda mungkin merasakan waktu makan adalah sesuatu yang ‘menakutkan’. Hidangkan ‘small portions’ sahaja untuk anak anda untuk mengelakkan mereka merasa ‘terpaksa’ makan.
No. 2: Kembali kepada Rutin (Stick to the routine)
Sediakan makanan pada masa yang sama setiap hari. Sediakan jus atau susu dengan makanan, dan tawarkan air di antara ‘meal’ dan ‘snack’.Terlalu memberikan jus atau susu sepanjang hari juga salah satu sebab kenapa anak anda kurang selera makan.
No. 3: Bersabar dengan makanan baru (Be patient with new foods)
Kanak-kanak kecil seringkali menyentuh atau merasa makanan baru, dan mungkin meluahkan semula. Anak anda mungkin perlu menyentuh atau merasa makanan tersebut berulang-ulang kali sebelum dia mengambil gigitan pertama. Galakkan anak anda dengan bercakap tentang warna makanan, bentuk, aroma, dan tekstur – bukan sama ada ia sedap atau tidak. Hidangkan makanan yang baru bersama-sama dengan makanan kegemaran anak anda.
No. 4: Jadikan ianya seronok (Make it fun)
Hidangkan brokoli dan sayuran lain dengan sos kegemaran mereka. Potong atau bentuk makanan ke pelbagai bentuk yang menarik .Tak salah jika anda sediakan makanan sarapan pagi sebagai makan malam. Itu lebih baik dari tak makan langsung kan? Hidangkan pelbagai jenis makanan yang berwarna terang untuk menarik perhatian mereka.
Hidangkan brokoli dan sayuran lain dengan sos kegemaran mereka. Potong atau bentuk makanan ke pelbagai bentuk yang menarik .Tak salah jika anda sediakan makanan sarapan pagi sebagai makan malam. Itu lebih baik dari tak makan langsung kan? Hidangkan pelbagai jenis makanan yang berwarna terang untuk menarik perhatian mereka.
No. 5: Dapatkan bantuan dari anak anda (Recruit your child’s help)
Minta anak anda untuk membantu anda memilih buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain makanan yang sihat bila anda membeli barang- barang rumah. Jangan beli apa-apa yang anda tidak mahu anak anda makan. Di rumah, galakkan anak anda untuk membantu anda membilasnya sayur-sayuran, mengacau adunan atau menyediakan meja makan.
No. 6: Berikan Contoh yang baik (Set a good example)
Anak umpama kain putih. Kita sebagai ibu bapalah yang mencoraknya. Jika kita tunjukkan contoh makan makanan yang sihat dah tentu anak-anak pun akan ikut sama.
No. 7: Kreatif (Be creative)
Hidangkan makanan dalam tujuh warna pelangi dan dihias seperti dimasak chef terkemuka. Setiap ibu adalah chef istimewa untuk keluarga tersayang..
No. 8: Kurangkan Gangguan (Minimize distractions)
Tutup TV atau apa-apa sahaja yang boleh mengganggu tumpuan anak anda untuk makan. Ini akan membantu anak-anak anda focus terhadap ‘makan’. Selain daripada itu, iklan-iklan di TV juga boleh mempengaruhi anak-anak untuk makan ‘makanan tinggi kandungan gula’ berbanding makan makanan yang ‘sihat’.
No. 9: Jangan tawarkan pencuci mulut sebagai ganjaran (Don’t offer dessert as a reward)
Jangan janjikan pencuci mulut seperti aiskrim sebagai ‘hadiah’. Ini mungkin hanya meningkatkan keinginan anak anda untu makan makanan yang manis-manis. Anda boleh menyediakan pencuci mulut 1-2 kali seminggu atau anda boleh gantikan pencuci mulut dengan makanan yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan, yogurt dan sebagainya.
No. 10: Don’t be a short-order cook
Menyediakan hidangan yang berasingan untuk anak anda selepas dia menolak makanan asal mungkin menggalakkan lagi anak anda menjadi ‘picky eater’.Galakkan anak anda untuk berada di meja untuk waktu makan yang ditetapkan walaupun dia tidak makan. Teruskan untuk menyediakan pilihan makanan yang sihat sehingga menjadi kebiasaan kepada anak-anak
Jika anak enggan makan bermakna kurangnya nutrisi yang dihadam oleh si manja. Sedangkan diperingkat umur kanak-kanak memerlukan pelbagai nutrisi dan pemakanan yang seimbang untuk membantu tumbesaran.
Tidak salah untuk anda mencuba Meal Shakes ini demi anak yang anda sayangi. Tiada apa yang anda perlu risaukan kerana mealshakes Shaklee ini adalah produk semulajadi dan mempunyai kajian farmaseutikal yang terbukti berkesan.
Dapatkanlah sekarang sementara stok masih ada!
Jika masalah berlarutan anda bolehlah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan konsultasi lanjut. Anda juga boleh mencuba Meal Shakes sebagai supplement untuk anak anda.
Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk
Shaklee sila hubungi saya melalui;
♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)
♥Call/Msg/Whatsapp :
013-5611583/013-5706183
♥Email : ctazri83@gmail.com
No comments:
Post a Comment