Panduan makan vitamin Shaklee untuk ibu hamil (Panduan Am)
Vitalea - 1 ke 2 biji sehari
Vitalea adalah multivitamin jadi
ibu-ibu tidak perlu mengambil multivitamin prenatalyang lain.
Dilengkapi dengan zat besi dan juga 200 mg asid folik Ibu
hamil yang mengalami anaemia, pening atau mudah pitam amalkan
secara konsisten untuk kesihatan yang lebih baik (inshaALLAH). Wanita hamil
yang mengalami masalah Hb rendah juga digalakkan mengambil Vitalea ini.
Anaemia amat berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin, oleh itu
pastikan pencegahan awal dilakukan.
B Complex - 1 ke 2 biji sehari
B-Complex Shaklee yang lengkap dengan asid
folik dan biotin (sumber b yang mahal harganya). Asid folik mustahak untuk
membantu pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan pada janin,
mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Pengambilan
asid folik adalah sekurang-kurangnya 400 mg sehari (2 biji b
complex ATAU 1 biji b complex + 1 biji Vitalea).
Vitamin C - 1 biji sehari
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam
membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Ia juga
sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.Vitamin C membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh
badan (immune booster). Selain daripada itu, vitamin C penting untuk kadar serapan zat besi
yang optimadalam tubuh kita.
Ostematrix - 4 biji sehari
Wanita hamil memerlukan kalsium sekitar 1000 mg ke 1300 mg sehari. Istimewanya Ostematrix kerana ia ia bukan sahaja kalsium,
malahan lengkap dengan magnesium dan vitamin D (bantu
penyerapan). 1 biji Ostematrix mempunyai 250 mg kalsium. Magnesium
membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang lalu menguatkannya, manakala
vitamin D pula meransang penyerapan kalsium.
Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan
pembentukan tulang bayi. Bagi wanita hamil pula, ia penting untuk ransangan
saraf dan mengelakkan kekejangan otot ketika hamil.
Kalsium juga penting untukdenyutan jantung dan tekanan
darah yang stabil. Kalsium yang cukup ketika hamil amat penting kerana
sekiranya bayi dalam rahim tidak mendapat bekalan kalsium yang cukup, bayi akan
'menarik' kalsium daripada ibunya, yang mana akan memberi kesan kepada ibu
hamil seperti osteoporosis di kemudian hari.
Omega Guard - 1 biji sehari
Pengambilan Omega Guard disarankan bermula pada trimester kedua dan ketiga.
Penting untuk membantu pembentukan otak bayi daripada
peringkat awal. Mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting
untuk otak dan mata bayi. Juga membantu mengawal kadar kolestrol
dalam badan wanita hamil.
ESP - 1 sudu besar sehari
Protein sangat penting untuk membina,
memperbaiki dan memperbaharui sel-sel, tisu dan hormon dalam tubuh. Protein
juga penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang
baik dan berkualiti penting untuk kesihatan keseluruhan yang
baik, kerana sel yang sihat menyerap lebih nutrien daripada sel yang tidak
sihat. Bagi wanita hamil, pengambilan ESP membantu memberi tenagaterutamanya
ketika mengalami alahan (kurang/tak lalu makan).
Selain daripada itu, protein ESP ini juga membantu membekalkan
asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ-organ bayi.
Panduan makan yang saya sediakan di atas adalah umum. Anda perlulah
mendapatkan jadual makan yang sesuai dengan keperluan diri sendiri melalui SID
masing-masing.
Inginkan maklumat lanjut? Hubungi saya! Konsultasi PERCUMA sentiasa ada untuk anda. Boleh berhubung juga dengan saya berkenaan BF, KECANTIKAN DAN TENTANG PRODUK SHAKLEE;
Siti Khadijah Awih (Id: 867607)
Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
FB Page : Little Ct'z
Email : ctazri83@gmail.com
No comments:
Post a Comment