Wednesday, 16 October 2013

MAKANAN UNTUK TAMBAH SUSU BADAN

Sepertimana yang kita ketahui titisan susu ibu adalah kaya dengan perbagai khasiat dan nutrien yang akan diserap ke dalam tubuh bayi  sekaligus dapat membantu tumbesaran mereka.
Saya sendiri masih lagi menyusukan baby Khalish hampir 7bulan. Dan saya akui bahawa, sehingga ke hari ini, Alhamdulillah titisan susu masih lagi lebat.
Disamping mengamalkan supplement dari Shaklee, terdapat juga pelbagai petua atau cara untuk menambah susu ibu yang boleh diamalkan. Antaranya ialah melalui permakanan kita seharian. Di sini saya kongsikan antara makanan untuk tambah susu ibu:-
Pemakanan penggalak susu (milk booster)
Terdapat pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk booster.  Antaranya ialah:
Lobak putih

- Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis.  Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.
Buah longan kering
- Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli.  Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.
Kurma
- Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.  Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu hamil dan menyusu
Pucuk betik/Betik muda
- Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.
Halba/Fenugreek
- Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya.  Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.
Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed
- Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah.  Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut.  Boleh didapati dalam bentuk kapsul.
Moringa/murunggai/pokok kelor
- Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita.  Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.
Jantung pisang
- Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.
Daun cekur manis/pucuk manis
- Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.
Kacang soya
- Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.
Pengambilan Air
- Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air masak supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.  Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang.  Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
Pemakanan seimbang
- Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan.  Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian.  Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri
Supplement untuk Ibu Menyusu
Ibu-ibu menyusu kerap kali akan berasa cepat letih, penat dan tertekan.  Jadi kepada ibu-ibu menyusu yang sering berasa keletihan,stress dan tidak bertenaga, saya sarankan anda mencuba set penyusuan Shaklee.  Berikut adalah set Shaklee yang boleh membantu mengembalikan tenaga anda selain menambah susu badan.
Set B – Terdiri daripada Vitalea, Vitamin B complex, Vitamin C & Alfalfa
Set 3M – Terdiri daripada Vitalea, Vitamin B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP.

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri.
Email : ctazri83@gmail.com


No comments:

Post a Comment