Monday, 10 November 2014

7 TIPS CARA CEGAH DIABETES+

MARI BELAJAR 7 CARA CEGAH DIABETES.

1. PANTAU BMI ANDA

Cara mengetahui BMI diri sendiri adalah melalui perkiraan, BMI= Berat(kg)/{Tinggi(m)xTinggi(m)}. Kemudian apabla mendapat jawapan sila rujuk jadual dibawah. Anda akan mengetahui klasifikasi tubuh anda.



2. MAKAN BANYAK BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN

Kita hendaklah memperbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran, manakala kita hendaklah hadkan pengambilan makanan tinggi gula, garam dan lemak.



3. BERGERAK AKTIF DAN BERSENAM SELALU

Kita hendaklah selalu melakukan aktiviti mengeluarkan peluh seperti berkebun, bergotong royong dan sebagainya. Serta hendaklah melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.



4. HINDARI ROKOK DAN ALKOHOL

Seperti yang kita ketahui dengan mengamalkan rokok atau alcohol atau kedua-duanya akan mengundang pelbagai penyakit merbahaya, diantaranya diabetis.



5. KETAHUI FAKTOR RISIKO YANG ADA PADA DIRI SENDIRI

Faktor risiko kita boleh mendapat penyakit Diabetes ialah

  • Berumur diatas 30 tahun
  • BMI melebihi 25kg/m2
  • Wanita yang mempunyai sejarah Diabetes ketika hamil
  • Wanita yang melhairkan anak lebih dari 4kg
  • Menghidapi hipertensi



6. JALANI PEMERIKSAAN SARINGAN DIABETES SECARA RUTIN

Jika anda seorang yang berisiko, sila jalankan saringan Diabetes setahun sekali. Anda mungkin menghidapi Diabetes jika:-

  • Ujian sampel darah anda ketika puasa ilah >7.0 mmol/L
  • Ujian sampel darah secara rawak >11.1 mmol/L



7. DAPATKAN PERTOLONGAN UNTUK MENGUBAH GAYA HIDUP ANDA

  • Dapatkan sokongan dari ahli keluarga dan rakan-rakan.
  • Minta bantuan dari anggota kesihatan di klinik kesihatan berdekatan.




No comments:

Post a Comment