Entry hari ni saya tujukan khas buat ibu-ibu yang sedang hamil.
KEHAMILAN YANG DINANTI OLEH SEMUA IBU |
Pemakanan yang betul adalah amat penting semasa mengandung. Semasa
hamil, seorang wanita perlu makan dengan betul dan mengambil vitamin pranatal
untuk mengekalkan kesihatan diri dan bayi yang sedang membesar. Pemakanan yang
tidak sihat, kekurangan vitamin dan mineral, boleh menyebabkan masalah
kesihatan yang serius terhadap ibu dan bayi.
Apabila sedang hamil, apa-apa makanan yang kita makan boleh memberi
manfaat atau mudarat pada perkembangan bayi. Ia juga boleh memberi kesan pada
kesihatan diri kita sendiri dalam jangka panjang. Walau bagaimanapun, apa-apa
risiko yang berkaitan dengan nutrisi boleh dicegah dengan penjagaan
perubatan/suplemen yang betul, diet yang sihat dan kesedaran mengenai makanan
yang harus dihadkan atau dielakkan:-
Kalori
Wanita hamil perlu memastikan jumlah kalori yang diambil seharian adalah
mencukupi. Diet dengan kalori terlalu sedikit atau makanan yang kurang
berkhasiat boleh menyebabkan si ibu kekurangan berat badan semasa mengandung.
Mereka yang tidak mempunyai berat badan yang cukup boleh menyebabkan kelahiran
bayi pramatang, tidak cukup berat atau dilahirkan dengan kecacatan tiub neural,
masalah dengan otak atau keupayaan untuk menghantar mesej kepada badan.
Tanpa kalori yang cukup juga, sel-sel akan memecahkan protein untuk memberikan tenaga untuk wanita hamil dan bukannya menggunakan protein untuk perkembangan janin.
Asid Folik
KESAN KEKURANGAN ASID FOLIK PADA BAYI |
Beberapa nutrien diperlukan dalam dos yang lebih besar semasa
mengandung, kerana ia membantu mencegah kecacatan kelahiran. Asid folik adalah
satu nutrien tersebut, dan anda harus mendapatkan 400-600 mcg setiap hari. Asid
folik yang mencukupi mengurangkan risiko kecacatan tiub neural
atau kecacatan tulang belakang dan saraf tunjang seperti spina bifida
pada bayi.
Asid folik adalah vitamin B yang penting untuk pembangunan tulang
belakang dan otak bayi. Ia boleh didapati dalam sayur-sayuran berdaun hijau,
bijirin dan kekacang. Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk mendapatkan
asid folik yang mencukupi daripada diet semata-mata. Ia perlu diambil melalui
pemakanan tambahan.
Zat Besi
Zat Besi adalah penting kerana tubuh anda memerlukannya untuk
membuat hemoglobin yang mengangkut oksigen kepada badan anda dan janin
anda. Kekurangan zat besi semasa mengandung boleh menyebabkan anemia,
mengakibatkan keletihan, pucat dan lemah.
Kalsium
Wanita hamil memerlukan lebih dari 1000 mg kalsium yang disyorkan untuk
wanita dewasa. Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi akan menyebabkan
janin mengambilnya daripada tulang ibu, menyebabkan tulang lemah dan rapuh (which
leads to osteoporosis). Kalsium yang tidak mencukupi juga boleh menyebabkan
tulang bayi menjadi lembut dan rapuh.
Vitamin D
Kekurangan vitamin D pada ibu boleh menyebabkan bayi untuk mendapat
penyakit riket
Protein
Diet yang
rendah protein mengurangkan pengembangan isipadu darah, dimana bayi berpotensi
untuk gagal mendapatkan khasiat yang cukup melalui plasenta untuk membesar dan
berkembang dengan sepatutnya. Ini meningkatkan risiko berat badan rendah kepada
bayi semasa lahir.
Zink
Tahap zink
yang rendah boleh menyebabkan bayi yang luar biasa kecil dan masa bersalin yang
lama.
Omega 3
Asid Lemak omega-3 membantu dalam perkembangan daya kognitif bayi dan
baik untuk penglihatan juga. Antara sumber asid lemak omega 3 adalah ikan.
Walau bagaimanapun ibu-ibu mengandung dinasihatkan untuk mengambil ikan yang
rendah merkuri seperti ikan salmon dan tuna .
Mengapa supplemen perlu?
Golongan wanita digalakkan untuk mengambil vitamin pranatal/supplemen,
bukan sahaja semasa mengandung tetapi sebelum mengandung lagi. la mengandungi
kuantiti harian yang disyorkan bagi semua vitamin dan mineral yang diperlukan,
termasuk asid folik. Satu lagi kelebihan pengambilan suplemen ini ialah wanita
hamil akan mendapat semua nutrien yang diperlukan, walaupun mereka muntah atau
tidak makan seperti yang sepatutnya.
SET IBU HAMIL |
Energizing Soy Protein:
Memberikan 14 g protein dalam setiap
hidangannya, ia merupakan soya semulajadi dan tidak diubahsuai secara genetik.
Protein berfungsi untuk membina dan memperbaiki tisu dalam badan. Nilai indeks
glisemiknya yang rendah memberikan anda tenaga yang tahan lebih lama. Ia juga
rendak lemak, tiada kolestrol dan rendah laktosa. Sesuai bagi mereka yang
mengalami "lactose intolerance".
Vitalea Iron Formula:
Vitalea Iron Formula:
Mengandungi 28 vitamin dan mineral
termasuk zat besi untuk memenuhi keperluan nutrien harian anda.
B Complex:
B Complex:
Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B
termasuk asid folik. Keistimewaan B Complex Shaklee ialah ia mengandungi sistem
bioaktif berpaten yang membantu penyerapan asid folik yg lebih optimum
Sustained Release Vitamin C:
Sustained Release Vitamin C:
Sistem pelepesan berperingkatnya
memastikan badan anda mendapat bekalan vitamin C dengan lebih efisyen. Ia
bertindak sebagai antioksidan bagi memelihara sel- sel dalam badan, menguatkan
sistem imun dan membantu dalam pembentukan kolagen dalam sel kulit
Ostematrix:
Ostematrix:
Mengandungi 1000mg kalsium, 400mg
magnesium, 400 IU vitamin D dalam setiap sajian bagi menampung keperluan
kalsium harian anda. Kapletnya juga mempunyai salut yang mudah di telan.
OmegaGuard:
OmegaGuard:
Satu hidangan OmegaGuard menyediakan
1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA. Ia membantu
untuk mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan
fungsi mata.
Jom order SET IBU HAMIL dengan dua cara dibawah.
Cara 1: Tekan butang dibawah.
Cara 2: Boleh hubungi saya untuk membuat tempahan.
Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;
♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan
♥Email : ctazri83@gmail.com
No comments:
Post a Comment