4 Tahap
Mendidik Anak Cara Rasulullah S.A.W
Mendidik anak memerlukan ilmu
pengetahuan yang cukup dan seorang ‘role-model’ untuk
diteladani. Bagi umat Islam, contoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan
yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama ensiklopedia
sebagai penyuluh buat segenap manusia.
Semua anak yang dilahirkan adalah
pembawa rahmat dan rezeki buat semua keluarga. Mereka dilahirkan penuh
dengan kelebihan dan keistimewaan. Tiada istilah mereka dilahirkan membawa
‘nasib malang’ atau tidak elok buat kita.
Dilema ibubapa hari ini apabila setiap
usaha yang mereka lakukan untuk mendidik anak-anak umpama mencurah air didaun
keladi. Tiada apa perubahan positif yang terjadi pada tingkahlaku mereka. Jika
tugas sebagai seorang guru di sekolah boleh mendidik beratus-ratus anak murid,
tetapi ianya bukan jaminan kita mampu mendidik pada anak sendiri.
Tertanya-tanya dimanakah silapnya.
Baik guru, pensyarah mahupun pakar
motivasi semuanya adalah manusia biasa. Tiada satu formula yang ideal dalam
usaha membentuk anak-anak untuk menjadi orang yang cemerlang. Apa yang terbaik
adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh
Rasulullah S.A.W.
4 tahap bagaimana mendidik anak
mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah :
1) Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada
masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan
menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih
sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap
setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan
kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.
2) Umur anak-anak 7-14 tahun. Pada tahap
ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada
anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya
mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana
meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah
tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula
bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah
dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah
SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.
3) Umur anak-anak 15-
21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini,
ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan
mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang
mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang
kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah
pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang
tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama
dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi
walaupun kita adalah orang tua mereka.Kesannya, tiada orang ketiga atau
‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar
masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari
keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah
bersama keluarga.
4) Umur anak 21 tahun
dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada
anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan
mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar
setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan
kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah
dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi
benteng diri buat mereka. Ibubapa
jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang
diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang
baik seperti yang ibubapa inginkan.
Curahkan Kasih Sayang dengan Bermain
Bersama-sama Mereka
Tiada manusia dilahirkan tanpa titik
permulaan. Sesungguhnya fasa yang terpenting dalam tumbesaran setiap anak-anak
adalah pada fasa yang pertama mengikut didikan Rasulullah S.A.W seperti di
atas. Tahap ini dianggap paling penting kerana ketika inilah asas @
foundation dalam kerohanian anak-anak yang sihat terbentuk.
Mengikut ujian tingkah laku,
anak-anak yang diberi perhatian dan kasih sayang yang cukup akan membesar
dengan penuh yakin dan lebih mudah mendengar kata. Sebaliknya bagi anak-anak
yang kurang diberi perhatian, mereka mudah memberontak dengan melakukan perkara
yang ditegah walaupun berulang kali ditegur. Mereka percaya itulah cara terbaik
bagaimana untuk menarik perhatian anda semula.
Masa Kecil Mereka Takkan Berulang
Buat Kali Kedua…
Dipetik kata-kata Prof Dr
Muhaya dalam siaran langsung di radio IKIM.fm dalam
segmen ‘Reset Minda Orang Yang Tenang’ baru-baru ini,
“Carilah aktiviti atau program yang memberi manfaat masa berkualiti bersama anak-anak. Program yang menekan seperti ikatan kekeluargaan ataupun ‘family bonding time’ adalah program terbaik dalam ‘membayar’ semula masa dan tenaga yang kita gunakan untuk mencari rezeki kepada anak-anak”.
“Carilah aktiviti atau program yang memberi manfaat masa berkualiti bersama anak-anak. Program yang menekan seperti ikatan kekeluargaan ataupun ‘family bonding time’ adalah program terbaik dalam ‘membayar’ semula masa dan tenaga yang kita gunakan untuk mencari rezeki kepada anak-anak”.
Anda juga boleh memberikan supplemen Shaklee untuk menambahkan lagi daya ingatan serta mempertingkatkan imunisasi badan anak anda.
Supplement cadangan adalah Nutriferon untuk imunisasi badan anak anda dan Omega Guard untuk otak yang pintar. InsyaAllah.
Nutriferon & Omega Guard |
No comments:
Post a Comment