Wednesday, 22 January 2014

Anda mengalami bengkak susu?? Jum ketahui punca & cara mengatasinya..

Assalammualaikum dan Salam sejahtera..

Alhamdulillah setakat ini saya tidak pernah merasa bengkak susu sepanjang menyusukan Khalish. Tapi bengkak susu juga akan terjadi pada segelintir ibu-ibu di luar sana.

Oleh itu entry kali ini, saya ingin berkongsi pengetahuan dengan pembaca mengenai bengkak susu.

bengkak susu


Punca berlaku bengkak susu ni adalah seperti yang senaraikan di bawah ni;

1- Masa penyusuan yang tidak teratur. Diawal kelahiran baby atau lebih tepat masa kita baru-baru melahirkan baby, susu banyak terhasil Jadi,kita perlu pam susu sekurang-kurangnya 3jam sekali. Kalau baby bersama kita, wajib kita susukan baby. Baby yang baru lahir akan kerap tidur. Sama macam Khalish dulu. Lebih banyak habiskan masa dengan tidur. Tapi kita perlu kejutkan baby untuk bangun menyusu. Kalau susu kita banyak, seeloknya pam susu terlebih dahulu. Kemudian baru susukan baby. Bukan pam hingga breast kosong tau! Tapi pam hingga breast terasa ringan dan flow susu tak terlalu laju untuk baby hisap. Kalau susu tak laju sangat, seeloknya..lepas bagi baby menyusu, mommy perlulah pam susu agar breast dikosongkan dan bolehlah produce susu baru. Lagi1, boleh disimpan sebagai stock ebm =)

2- Kalau dah bekerja, jangan sesekali miss waktu mengepam. Ini pun antara punca popular berlakunya bengkak susu. Jadi, cuba cari masa dan ruang untuk mengepam susu. Punca no.1 dan punca no.2 ni lebih kurang sama je kan? Tapi contoh no.1 tu untuk mommy yang baru melahirkan baby. Contoh no.2 ni untuk mommy yang sudah bekerja =) 

3- Bengkak susu boleh jugak terjadi bila liang susu kita dah tersumbat. Untuk kes yang ini, kita dah pam-pam susu..tapi tetap tak keluar susu. Breast tetap rasa penuh dan sakit. Bahaya bila liang susu dah tersumbat ni. 

4- Baby tidak menyusu dengan betul. Biasanya terjadi untuk baby baru lahir. Baby baru nak belajar latch atau pelekapan yang tidak betul. Mulut baby pun kecik sangat masa baru lahir. Nak dibandingkan dengan nipple mommy yang besar. Ini pun boleh jadi punca berlakunya bengkak susu.

Cara mengatasi bengkak susu yang saya kongsikan disini mengikut pengalaman dan pengetahuan saya;

1- Tuam breast. Tips mengatasi bengkak susu yang pertama ni, saya buat sepanjang berpantang dulu. Setiap hari sepanjang minggu pertama dan minggu kedua dalam pantang, saya ada merasa sakit bengkak susu tetapi sekejap sahaja. Saya akan ambil air panas dan campur sedikit air paip untuk dapatkan air yang suam. Kemudian saya akan tuam breast erna guna tuala yang bersih. Sambil tuam, saya akan urut perlahan-lahan breast ke arah nipple. Kalau dah sampai tahap ada rasa ketulan, saya akan tuam lebih lama dan lebih kerap pada bahagian itu. Tuam ni, sesuai kalau breast tersumbat. Bila kita tuam, kita akan cairkan ketulan susu yang dah membeku. Ini terbukti!

2- Bagi baby menyusu. Ini adalah ubat terbaik untuk bengkak susu. Tapi, sebenarnya..bila kita dah kena bengkak susu..baby pun susah nak menyusu. Kadang tu, nipple sampai boleh jadi flat. Semuanya gara-gara bengkak susu ni. Breast pun akan keras lain macam. Sakit wooo. Hisapan baby adalah yang terbaik untuk melegakan bengkak susu ni. Bila baby hisap, ketulan susu yang membeku pun boleh pecah. Hebatkan baby? Tak pun, pam susu keluar. tapi, bagi saya dan mengikut pengalaman, Khalish hisap adalah jauh lebih baik dari pam Tommie Tippie hisap.

3- Letak kobis pada breast. Kobiskan bulat..so, kopekkan helaian kobis tu dan tutup pada keseluruhan permukaan breast. Memang akan rasa sejuk..je breast. Lagi-lagi kalau kobis tu keluar dari peti ais. Memang best. Sejuk..je. Tapi, makcik yang urut erna masa dalam pantang ada pesan. Jangan letak kobis selalu dan jangan letak kobis lama-lama. Sebab nanti susu boleh kering. Letak dalam 2-3jam ok la..

Kesimpuan yang dapat kita buat disini, KERAP KOSONGKAN BREAST. Cara nak kosongkan breast..dengan cara bagi baby menyusu atau pam susu =)

Happy Breastfeeding


No comments:

Post a Comment