Thursday, 23 January 2014

Tips menyusu di tempat awam

Masyarakat Malaysia mungkin masih lagi janggal dengan pemandangan para ibu menyusukan bayi mereka di tempat awam.  Ini menyebabkan ramai para ibu berasa tidak yakin untuk mengamalkan konsep Nursing in Public (NIP) ini.  Kebanyakan para ibu terlalu memikirkan persepsi orang awam yang memandang dan takut jika secara tidak sengaja memperlihatkan aurat/payudara ketika menyusukan. 

Walaubagaimanapun, beberapa tahun kebelakangan ini semakin ramai ibu-ibu yang kelihatan menyusukan bayi mereka di tempat awam dengan rasa yakin.  Satu perkembangan yang positif!

Saya pun pada mula dulu agak malu-malu apabila menyusukan Khalish di khalayak ramai. Tapi kini, saya sudah lebih yakin.

Di sini saya kongsikan sedikit tips buat para ibu yang ingin menyusu di tempat awam:-

§  Pakai pakaian yang sesuai.  Pastikan anda memakai pakaian yang labuh dan longgar atau lebih baik jika memakai baju menyusu dan bra menyusu. 



§ Tutuplah dada anda dengan tudung atau nursing cover ketika menyusukan. 



§  Menyusukan bayi anda di dalam baby carrier seperti Baby wrap,  Mei Tai, Ring Sling, SSC dan sebagainya.

§ Beri bayi anda sesuatu untuk dipegang semasa sedang menyusu.  Contohnya seperti permainan yang ada bunyi-bunyian.  Ini boleh mengelakkan bayi anda menyelak-nyelak pakaian atau nursing cover anda ketika sedang menyusu.

§ Pilihlah tempat yang selesa.  Jika berasakan tempat yang dipilih terlalu terbuka, mintalah bantuan pasangan anda untuk berdiri di depan anda ketika anda menyusukan.  Jika tiada sesiapa bersama, cubalah berselindung di sebalik stroller! 

§  Berlatih dahulu di rumah supaya berasa lebih yakin.  Cubalah berlatih di depan cermin untuk memastikan anda tidak mendedahkan aurat ketika menyusukan.

§  Peka terhadap bayi anda.  Perhatikan tanda-tanda bayi lapar, seperti bangun dan menggeliat-geliat gelisah atau tidurnya tak tenang, meskipun matanya terpejam, matanya terlihat bergerak-gerak, mulut dan lidah melakukan gerakan menghisap, tangan bergerak ke arah mulut berulang kali. Bayi yang terlalu lapar akan mula mengamuk dan menangis dengan kuat.  Seterusnya akan menarik perhatian orang ramai dan membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak yakin untuk menyusu di tempat awam. 

§ Tanamkan perasaan yakin dan bangga kerana anda menyusukan bayi anda dengan susu anda sendiri!  Sesuatu yang tak ternilai harganya.

§ Tenung semula orang yang merenung anda.  Selalunya mereka yang memandang akan larikan pandangannya ke arah lain dengan serta merta. 


No comments:

Post a Comment