Monday, 20 January 2014

Breastfeeding Tips Info for new mommies.


Hye semua.. di sini saya listkan antara tips-tips yg amat PENTING for a new mom or breastfeeding beginners :-

FIRST
Nurse as soon as possible after birth.



Please note ye kawan-kawan…menyusukan bayi anda within one hour after delivery is very crucial. “The baby should be at the breast immediately after birth” – Jack Newman. In fact, most newborns akan secara semulajadinya mencari breast ibunya dan mula menyusu tanpa perlu diajar! Ini dinamakan sebagai “breast crawl”. Mmg taksub dgn kuasa Allah swt…kita sendiri akan  kagum macamana bayi kita boleh pandai menyusu sedangkan dia baru shj lahir ke dunia dan mengenali payudara ibunya…

Amat mudah bagi ibu yang bersalin normal untuk menyusukan bayinya..berbanding dengan ibu yang melahirkan bayi secara czer. Seperti saya sendiri, saya tidak dapat menyusukan bayi semasa berada di ward, tapi saya menyusukan bayi saya sebaik sahaja saya berada di rumah.

SECOND


Establish the proper latch on.  This will eliminate much of the pain and soreness often associated with breastfeeding, and it will allow the baby to get milk more easily.

Teknik lekapan yg betul merupakan KUNCI kpd kejayaan dalam penyusuan susu ibu.

THIRD
Avoid artificial nipples.


Saya memang tidak mahu bagi baby Khalish menghisap puting. Saya admit, sebenarnya saya lebih banyak terpengaruh dengan isu “gigi jongang” jika seseorang itu diberi puting tiruan semasa kecil. Walaubagimanapun, theorytically, bayi yg fully & exclusively breastfeed sememangnye tidak perlu di beri pacifier langsung. “Puting Original” ibunya adalah pacifier TERBAIK!

FOURTH


Do not restrict the length or frequency of breastfeeding.

Bayi anda PERLU disusukan dengan kerap di awal kelahiran. Jangan sekali-kali anda limitkan/hadkan masa untuk bayi menyusu dengan menghentikan penyusuan. Ini adalah big No-No kerana anda sepatutnye membiarkan bayi anda menyusu selama mana yg dia mahukan dan kite kenalah “akur” dan “patuh” pd kehendak bayi kite time ni. Tempoh penyusuan mungkin akan berlangsung di antara 20 ke 45 minit. Walaupun saya sendiri rasa baby Khalish menyusu tanpa henti kecuali bila dia tidur! Tak pa…berkorbanlah…mmg mencabar keimanan..tapi one fine day kita akan berbangga dgn diri sniri bila kita igt balik pengorbanan yg dah kita lakukan utk anak kita… =)

FIFTH
Sleep when your baby sleeps!



YES! Co-sleep dgn bayi anda! Ni jelah satu-satunya cara nak berehat bila bayi ada bersama kita. Time pantang sangatlah perlu diamalkan co-sleep bersama bayi utk memastikan kita mendapat rehat yg cukup. Mcm saya semasa berpantang, mmg sgt mencabar la kalau tak co-sleep dgn baby Khalish kerana Khalish sgt aktif menyusu dan akan terjaga setiap kali sy bangun ke tandas, dapur dan mana-mana je sy nak pergi. Sgt pressure! Nak harap dia tido dgn lenanya tanpa saya adalah hampir mustahil. Jadi sy akan “membuta” dgn Khalish utk rest dgn secukupnya. Sekarang? Alhamdulillah…dah boleh tidokan dia and co-sleep dgnnya. Sampai satu masa baby Khalish akan tido dgn nyenyaknya, saya akan bangun utk settlekan semua house chores! 

SIXTH
Wear your baby!  Carry your baby in a sling for easy nursing.


Haa..ni lg satu kena ada utk mommies zaman skrg! Kalau x da x complete la title anda sebagai “Modern Mummy” ye!  Byk benefitnya babywearing ni kpd ibu dan juga bayi. Malah, pemakaian baby sling/pouch banyak membantu dan juga memudahkan mommies untuk menyusukan bayi terutama apabila anda membawa bayi anda keluar spt ke klinik dsb.

SEVENTH
Have a glass of water every time you sit down to nurse -  this will help make sure you’re drinking enough fluids.



Drink a lot of water to maintain fluid in ur body. Sbb bila kita susukan anak, kita akan dehydrated. Amalan saya, minum segelas air suam sebelum dan selepas menyusukan. Thruout the day saya akan minum lagi banyak2 air untuk elakkan dehydration dan constipation. Di samping tu juga saya minum ESP Shaklee dan Ostematrix Shaklee untuk kalsium.

EIGHT
Avoid bras and tight-fitting clothing in the first few weeks after birth to allow sore nipples to heal.


Pd permulaannye mmg kita akan mengalami masalah puting melecet. Mmg sakit mak datuk everytime saya nak bg baby Khalish menyusu. Namun kugagahi jua demi anak tercinta…Jadi solutionnye, juz tahan je la sakit tu utk permulaan, sapukan krim khas utk puting melecet spt Purelan, Bephanten dsb. Tak perlu pakai bra sepanjang berada di rumah utk mempercepatkan penyembuhan luka atau pakai nursing tank, nursing bra or nursing T jika anda berada di luar.

NINETH
Use pillows to support you and your baby while breastfeeding.


Nursing pillow sangat membantu dalam mempraktikkan posisi-posisi penyusuan dan lekapan yg betul. Tak rugi beli…sangat menyenangkan berbanding nak pakai bantal banyak2 utk sendal pinggang, perut dan bayi utk dptkan kedudukan yg selesa.

TENTH
If you experience pain during breastfeeding, seek help from your doctor or a Lactation Consultant  or attend any class/worksyop on breastfeeding to get proper advice and informations.


Ya betul! Rajin-rajin la consult kaunselor-kaunselor laktasi anda yg berdekatan dan reachable dan kini banyak diadakan kelas-kelas tentang asas-asas penyusuan susu ibu di seluruh negara. Anda sangat-sangat DIGALAKKAN untuk menghadiri kelas-kelas penyusuan ini untuk mendapatkan direct info dan teknik-teknik penyusuan yg betul.

Semoga sedikit info ini akan menjadi manfaat kpd mommies sekalian… =)

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya.
Email : ctazri83@gmail.com





No comments:

Post a Comment