Monday, 20 January 2014

Pengetahuan asas breastfeeding bagi bakal ibu

Salam,

Terdapat segelintir ibu-ibu yang tak Berjaya memberikan penyusuan susu ibu kepada bayinya. Beliau rasa kecewa dan terhina apabila ada di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak sepenuhnya mengeluarkan statement yang memperlekeh atau menghina beliau.

Terus terang. Saya juga pada mulanya tidak mempunyai sebarang ilmu atau kelayakan dalam hal berkaitan penyusuan susu ibu. Saya bukan seorang Lactation Consultant, penasihat apa lagi doktor. Apa yang saya bakal kongsikan ini adalah pengetahuan yang saya dapat melalui pembacaan dan pengalaman peribadi.

Pada pendapat saya statement menikam ni berlaku di mana mana. Bahkan. Ada juga kes ibu yang menyusukan anak sepenuhnya tersentap dengan kenyataan ibu-ibu yang memberikan penyusuan alternatif seperti susu formula. Vice versa.

Semakin banyak komen yang saya baca, semakin saya rasa isu ini diperbesarkan. Hakikatnya, tiada siapa boleh kondem kita cara kita membesarkan anak kita. Even kalau ada yang kondem pun, tak perlu peduli. Tak menguntungkan langsung. Biarlah mulut tu nak berkata kata.

Tapi. Bukan itu saja yang ingin saya kongsikan. Saya sering mendapati. Ibu ibu yang mengatakan mereka tidak berjaya dengan penyusuan susu ibu ini mempunyai salah faham. Dan amat sukar untuk ditegur kerana ada keadaan di mana mereka menganggap bahawa saya menyalahkan mereka pula kerana tidak berjaya.

Konsep saya adalah mudah. Rezeki anak-anak telah ditentukan. Mudah untuk kita kata, dah bukan rezeki aku nak buat macam mana. Tapi betul ke kita dah berusaha bersungguh sungguh dengan cara yang betul. Ada ibu yang salah faham dengan konsep penyusuan. Beria ria makan supplement atau milk booster. Tapi jarang pam. Ada pula yang anaknya menangis mungkin kerana tak cukup susu. Instead of tambah masa direct feeding, dia top up dengan susu formula.

Edison berjaya cipta lampu setelah 1000 kali gagal cipta lampu. So, adakah kita dah cuba 1000 cara sebelum kita mengalah dan kata Allah dah tetapkan sampai takat tu rezeki untuk anak kita. Kita sebagai ibu kena decide. Kalau kita mengalah dengan alasan, tak ada masa kat tempat kerja. Ramai ibu yang sibuk tapi dapat luangkan masa.

Melalui pembacaan saya mendapati biasanya hanya ibu yang memang ada penyakit berkaitan hormon macam PCOS yang menghadapi masalah penyusuan. Tetapi, bukan juga mustahil. Cuma lebih sukar. 

Banyak salah faham tentang breastfeeding yang membawa kepada kegagalan dalam penyusuan susu ibu. Yang mana saya ingat saya kongsikan. Kalau ada tambahan insya allah akan di update kemudian.


Salah faham dalam penyusuan susu ibu

1. Sebaik bersalin susu keluar mencurah curah. Kalau tak keluar tu maksudnya "genetik" susu sikit - Ada kes, susu hanya keluar selepas tiga hari melahirkan bayi. Consult dengan doktor yang pro-bf atau LC sebelum start beri susu formula. Kalau nak beri, elakkan guna puting. Biasanya yang dicadangkan adalah dengan menggunakan syringe atau sudu.

2. Kalau bersalin czer tak boleh nak breastfeed - Saya bersalin czer anak pertama. Saya tidak dapat menyusukan anak pada the 1st hour ketika kelahirannya sebab tak sedar. Tapi saya tetap menyusukan sebaik keluar dari hospital

3. Bersalin kembar susah nak berjaya breastfeed - Kita dikurniakan dengan sepasang breast. Anak kembar dua boleh menyusu serentak. Kena bersedia dan belajar kaedahnya.


4. Kalau anak menangis sebab lapar maksudnya susu tak cukup. Takkan nak biar anak kebulur - Anak menangis kerana bermacam sebab. Adakalanya dia menangis cuma sebab nak duduk dekat dengan kita. Pada minggu minggu pertama, baby suka sangat cling pada breast ibunya sebab dekat dengan jantung yang degupannya dia dengar masa dalam perut.

5. Accessories untuk breastfeed mahal. Pam je da ratusan. Bukan semua orang mampu - Pam pertama saya beli jenama Tommie Tippie. Harganya tak lebih RM300.

6. Masalah puting tenggelam tak boleh menyusukan bayi dengan jaya.

7. Baby tak pandai nak latching sejak kecik - Macam mana kita tak pandai nak bagi anak latch dengan betul. Macam tu lah anak kita lahir kat dunia tak berapa pandai latching. Practice make perfect. Kita kena belajar macam mana nak bagi dia latching.

8. Anak lagi suka susu FM dalam botol sebab susu FM lebih manis dan sedap - Susu ibu lebih sedap. Anak suka minum susu dari botol sebab flow botol lebih laju dan dia tak perlu berusaha gerakkan rahang untuk menyusu.

9. Anak da biasa dengan botol taknak latch - Masih boleh diselamatkan. Cuma kena banyak bersabar untuk latih semula baby latch.

10. Breast kecik tak banyak susu - Maaf. Ramai ibu yang kurus dan kecil berjaya. Breast kecil bukan penentu.

11. Orang kurus takde susu - Konsep pengeluaran adalah berdasarkan supply dan demand. Bukan saiz badan atau jumlah lemak dalam badan.

12. Breastfeed menyusahkan. Memalukan - Taktau nak komen apa T_T

13. Mengandung tak boleh breastfeed - Melainkan kalau pernah mengalami kelahiran pra-matang, pendarahan dan atas nasihat doktor. Kalau nasihat doktor pun, always get second opinion sebelum decide.

14. Kena ambil supplement untuk tambah susu - Makan makanan seimbang secukupnya dah mencukupi. Supplement untuk kesihatan ibu. 

15. Da makan macam macam untuk tambah susu tapi tak berjaya - Konsep penyusuan adalah supply versus demand. So, kalau nak tambah pengeluaran kena trick otak kita. Buat power pumping dengan kerap. Kalau makan macam-macam tapi direct feeding kurang, pam pun culas. Kirim salam je la.

Macam kita nak jadi engineer. Kena pergi sekolah bertahun tahun. Baca macam macam buku. Macam tu juga jadi ibu. Nak menyusukan anak. Ianya dilihat mudah. Tapi bukan semudah yang disangka. Tapi tak susah sangat kalau kita sentiasa belajar dan rajin membaca menambah pengetahuan.

Ok,nanti saya akan berkongsi lebih banyak lagi mengenai breastfeeding melalui pembacaan saya dan pertolongan pakcik “Google”.



Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya.
♥Email : ctazri83@gmail.com






No comments:

Post a Comment