10 mitos yang popular
berkaitan dengan penyusuan susu ibu:
Mitos #1: Payudara Ibu Menyusu Akan Lebih Cepat Mengendur
Mitos #1: Payudara Ibu Menyusu Akan Lebih Cepat Mengendur
Fakta #1:
Payudara ibu memang akan bertambah
saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan (kerana proses mamogenesis - pembentukan
kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak).
Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payudara ibu akan
menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan
bayinya akan menurun secara perlahan2.
Mitos #2: Bayi Asyik
"Melekat" Dengan Ibu
Fakta #2:
Ibu adalah orang pertama yang bayi
kenali, mengandungkannya 9 bulan, menyusukannya secara eksklusif 10-12 kali
sehari, memang tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka
masa "melekat" dengan ibu sebenarnya amat singkat, mungkin 6 bulan
sahaja, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun. Bandingkan jangka
hayatnya sehingga 70 tahun, 5 tahun daripada 70 tahun adalah amat singkat.
Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat,
kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap,
dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.
Mitos #3: Susu Ibu Tidak Sesedap Susu
Formula
Fakta #3:
Sedap bukan ukuran kualiti makanan
berkhasiat. Banyak makanan "sedap" mengundang masalah kesihatan. Susu
ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8g berbanding
hanya 4.8g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula
ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula
kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu, bayi mendapat nutrien
lebih mudah daripada susu ibu.
Mitos #4: Susu Formula Mengandungi
Pelbagai Nutrien
Fakta #4:
Terpengaruh dengan iklan susu formula
di media yang mewar2kan "khasiat dan nutrien" yang terkandung di
dalam susu formula. Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan
sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah susu ibu
mengandungi antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh
mana2 susu formula di dunia.
Mitos #5: Payudara Kecil, Susu Kurang
Fakta #5:
Semua ibu secara semula jadinya boleh
menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak
mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar
disebabkan kapasiti lemak yang tinggi.
Mitos #6: Kolostrum Adalah Susu
Kotor, Nanah Dari Payudara
Fakta #6:
Kolostrum berwarna kekuningan dan
agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrum hanya hadir pada
3 atau 4 hari2 pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam
tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang!
Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi.
Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula
tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah
ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.
Mitos #7: Ibu Menyusu Tidak Boleh
Minum/Makan Makanan Sejuk, Ibu Menyusu Perlu Waspada Pengambilan Makanan
Fakta #7:
Ibu menyusu (malah semua orang
sebenarnya) perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan yang
sihat. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu
yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja
selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan,
dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam
kemudian. Oleh itu, kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga
boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat2an tertentu.
Mitos #8: Susu Ibu Terlalu Cair
(Banyak Air)
Fakta #8:
Jika susu ibu yang diperah ke dalam
botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu
menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu
kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas.
Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas
manakala lapisa pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80%
kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk
menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri
semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu
terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi
lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak
tinggi) yang akan mengenyangkannya.
Mitos #9: Puting Susu Ibu Perlu
Dicuci Sebelum Menyusukan Bayi
Fakta #9:
Puting payudara ibu bersifat
antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan
pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan
kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding
puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi.
Bintil2 kecil di sekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum)
yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa
2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol
dan sebagainya.
Mitos #10: Penyusuan Ibu Mengambil
Nutrien Daripada Ibu. Ibu Perlu Makan Lebih.
Fakta #10:
Nutrien dalam susu ibu bergantung
kepada nutrisi ibu. Oleh itu, ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya)
perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh
makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika
terdapat tanda2 alahan kepada bayi, maka ibu harus waspada dengan pengambilan
makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu2 menyusu lebih rendah
berbanding wanita yang tidak menyusukan anak.
Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk
Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya
melalui;
♥Siti Khadijah Awih
(Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp :
013-5611583/013-5706183
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya.
♥Email :
ctazri83@gmail.com
No comments:
Post a Comment