Monday, 18 November 2013

Pembedahan Caesarean




Salam, apakah itu pembedahan Caesarean? Saya sendiri telah merasakan bagaimana melahirkan anak sulung saya melalui kaedah Caesarean. Di bawah, adalah antara FAQ mengenai bersalin dengan kaedah ini.

Mari kita sama-sama menambah ilmu pengetahuan kita mengenai bersalin dengan Pembedahan Caesaran.

Apakah pembedahan Caesarean?
Pembedahan Caesarean adalah pembedahan di mana pakar bedah akan membuat potongan pada perut dan rahim (uterus) agar bayi anda boleh dilahirkan. Pembedahan ini adalah biasa bagi wanita yang mengandung. 

Apakah perbezaan diantara pembedahan Caesarean yang dirancang dan tidak dirancang?
Proses caesarean elektif dirancang atau dijadualkan berlangsung sebelum proses bersalin anda bermula. Proses caesar yang tidak dirancang berlaku sebelum proses bersalin bermula. Hal ini boleh berlaku jika: 
  • Anda sedang merancang pembedahan caesarean, tetapi jika sakit hendak bersalin mula terasa sebelum pembedahan. Pembedahan tersebut boleh dilangsungkan beberapa jam lebih awal daripada saat bermulanya sakit hendak bersalin anda, asalkan anda dan bayi anda berada dalam keadaan selamat.
  • Berlakunya kesulitan ketika proses mengandung atau ketika sakit hendak bersalin. Pembedahan Caesarean perlu dilakukan dalam masa sejam selepas kejadian sebegitu terjadi.
  • Anda atau bayi anda menghadapi komplikasi yang mengancam nyawa ketika proses mengandung, proses caesar perlu dilakukan segera, seelok-eloknya dalam tempoh masa 30 minit.
  • Sakit hendak bersalin anda terhenti atau sangat lambat.
  •  Kebanyakan pembedahan Caesarean yang dirancang akan memberikan anda, suami anda dan kakitangan hospital masa persiapan yang cukup. Baca lebih lanjut mengenai sebab-sebab pembedahan caesarean diperlukan.

Apakah yang akan berlaku sebelum pembedahan Caesarean?
Doktor anda akan memberitahu prosedur tersebut. Doktor akan memberitahu anda:
  • Apa yang akan berlaku ketika prosedur caesarean.
  • Menerangkan kepada anda kenapa pembedahan ini perlu dilakukan.
  • Menerangkan risiko yang mungkin akan berlaku pada anda serta bayi anda.
  • Meminta kebenaran anda, dimana anda mempunyai hak untuk menolak prosedur tersebut.
  •  Sebelum pembedahan, anda perlu memakai gaun hospital. Anda juga perlu menanggalkan semua barang kemas. Dan anda juga perlu menanggalkan gigi palsu atau pendakap gigi, jika ada. 

Anda juga perlu menanggalkan solekan dan juga pewarna kuku. Ini adalah untuk memudahkan kakitangan pembedahan memerhati tona kulit anda ketika pembedahan. Anda tidak dibenarkan menggunakan kanta sesentuh ketika pembedahan tersebut. Jika anda menggunakan kanta mata, berikan pada suami anda ataupun kakitangan, supaya anda boleh menggunakannya kemudian untuk melihat bayi anda. 

Dalam kebanyakan kes, suami anda akan berada bersama ketika pembedahan tersebut. Suami anda juga perlu menukarkan ke gaun surgikal. Pakaian surgikal ini termasuk topeng muka bagi menutup hidung dan mulutnya, penutup kepala dan penutup kasut khas. 

Ketika pembedahan tersebut, anda akan berbaring diatas meja pembedahan, yang telah dicondongkan atau disengetkan ke kiri. Ia dicondongkan agar bekalan darah ke paru-paru tidak dikurangkan disebabkan oleh keberatan rahim, yang boleh menyebabkan tekanan darah rendah. 

Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum pembedahan caesarean anda: 

  • Satu tititsan (drip) akan dimasukkan ke dalam pembuluh darah di lengan anda. Ini akan memudahkan pemberian ubat-ubatan nanti jika anda memerlukannya.
  • Anda akan diberi ubat bius. Biasanya bius diberikan pada tempat-tempat tertentu bila perlu, bagi prosedur ini, ia disalurkan melalui suntikan anesthesia epidural atau sekatan spina. Ini bermakna bahagian bawah badan anda akan terasa kebas. Ia lebih selamat untuk anda dan bayi anda daripda anestesi am, yang membuatkan anda tidur.
  • Tiub nipis atau kateter akan dimasukkan ke dalam pundi kencing melalui urethra anda. Ini akan memastikan pundi kencing anda dikosongkan. Ia boleh dimasukkan selepas ubat tahan sakit dimasukkan, supaya anda tidak merasa sakitnya.
  • Kawasan faraj anda, di mana pembedahan akan dilakukan, akan dicukur rapid an dibersihkan dengan antiseptik.
  • Anda akan diberikan stokin putih, air yang banyak atau suntikan penipisan darah untuk mengurangkan risko terbentuknya darah beku di dalam saluran darah kaki anda (deep vein thrombosis).
  • Peralatan untuk memantau tekanan darah anda akan diletakkan pada lengan anda.
  • Elektrod akan diletakkan pada dada anda untuk mengawasi degupan jantung anda. Alat pengesan nadi juga akan diletakkan pada jari anda.
  • Plat plastik yang berpelekat akan diletakkan pada kaki anda. Ia digunakan oleh pakar bedah anda untuk membumikan aliran elektrik yang dihasilkan oleh peralatan elektrik yang digunakan ketika pembedahan caesarean tersebut. Jangan risau kerana plat bumi itu tidak memberi kesan kepada anda.

§  Anda mungkin diberi pilihan untuk:
  • Suntikan antibiotik untuk menghalang jangkitan.
  • Ubat mabuk bagi mengelakkan anda muntah.
  • Ubat penahan sakit yang kuat semasa dan selepas pembedahan tersebut.
  • Ubat penahan sakit untuk menghilangkan rasa lenguh.
  • Pemberian oksigen melalui topeng gas, jika bayi anda dalam keadaan kritikal..
§  Anda mungkin akan terkejut apabila mengetahui berapa ramai orang yang diperlukan untuk melakukan pembedahan caesarean ini. 

Apakah yang berlaku semasa pembedahan caesarean?
Sebuah skrin akan diletakkan di atas kawasan dada anda supaya anda tidak dapat melihat prosedur pembedahan tersebut. Anda boleh meminta skrin itu direndahkan untuk melihat proses kelahiran bayi anda. Pakar anestesia anda akan memeriksa ubat tahan sakit anda berfungsi dengan betul. 

Apabila anda sudah sedia dan anestesia menunjukkan efek secara keseluruhan, doktor akan melakukan insisi melintang yang kecil pada kulit atas tulang pubik anda (dipanggil garis bikini), ia lebih kurang jarak dua jari daripada tulang pubis anda, di atas bulu ari-ari. 

Insisi seperti ini kurang menyakitkan selepas pembedahan dan kelihatan lebih menyenangkan daripada insisi yang mengunjur sepanjang perut anda. Beberapa lapisan tisu dan otot perlu dibuka untuk memberi laluan ke uterus anda. Otot-otot perut dipisahkan dan tidak dipotong. Pundi kencing anda akan diinjak ke bawah agar doctor boleh mencapai bahagian bawah uterus anda. 

Insisi ke atas uterus selalunya adalah kecil. Doktor akan menggunaka gunting atau jari untuk mengoyak insisi ini menjadi lebih besar. Prosedur ini mengurangkan pendarahan berbanding insisi yang lebih dalam. Pembukaan uterus anda selalunya terletak di bahagian bawah, kerana itulah kadangkala pembedahan ini juga dikenali sebagai "lower segment caesarean section" (LSCS). 

Jika terdapat banyak cecair di dalam uterus anda, anda mungkin boleh mendengar dan merasanya keluar daripada pembukaan tersebut. Pakar obstetrik anda akan mengangkat keluar bayi anda. Anda mungkin juga boleh merasa pembantunya menekan perut anda untuk membantu bayi anda lahir. Jika bayi anda dalam kedudukan songsang, doktor akan mengangkatnya daripada bawah ke atas. 

Semua ini berlaku dengan agak pantas. Anda mungkin boleh melihat bayi baru anda setelah 5 – 10 minit di dalam bilik pembedahan. 

Jika anda melahirkan anak kembar, kembar yang terletak lebih ke bawah akan dikeluarkan dahulu, sama seperti kelahiran secara biasa. Kadangkala forsep digunakan untuk menarik keluar kepala bayi dengan lebih teliti. Forsep cuma diperlukan jika bayi anda lahir dalam keadaan songsang atau pramatang.. 

Kadangkala pakar bedah anda perlu membuat insisi memanjang yang lebih besar di dalam uterus anda jika:

§  Bayi anda dilahirkan pramatang, atau bayi anda baring melentang melalui uterus anda.
§Jika anda mempunyai masalah-masalah lain seperti plasenta rendah atau pun ketumbuhan seperti fibroid.

Apakah yang akan berlaku apabila bayi saya lahir?
Bayi anda akan diletakkan di atas dada anda untuk anda belai, atau ia mungkin juga perlu diperiksa oleh seorang bidan atau pakar pediatric jika perlu. Jika anda tidak mampu memegang bayi anda, suami anda juga boleh mendukungya. Bayi yang dilahirkan secara Caesarean selalunya memerlukan lebih banyak haba berbanding bayi yang dilahirkan secara normal. Jadi, jika anda mendapat anak kembar, anda dan suami anda berpeluang mendukung anak-anak anda pada masa yang sama. 

Selepas satu hingga lima minit bayi anda dilahirkan, ia akan diberikan skor Apgar untuk menyukat tahap kesihatan bayi anda. 

Jika sebelum ini bayi anda pernah menunjukkan sebarang masalah, pakar pediatric akan memerikas bayi anda dengan teliti. Sesetengah bayi yang memerlukan oksigen lebih atau perlu diletakkan di unit rawatan rapi neonatal (NICU). 

Untuk mengecutkan uterus anda dan mengurangkan kadar kehilangan darah, anda akan diberi hormone oxytocin melalui titisan drip. Doktor akan menarik dengan tali pusat anda dengan perlahan-lahan untuk menarik keluar plasenta anda. Proses ini akan diperhati dengan teliti sebelum doktor menjahit perut anda. 

Anda akan berada di dalam bilik pembedahan sehingga lebih kurang sejam. Proses menutup pembukaan di perut anda mengambil masa yang jauh lebih lama, kerana ia lebih rumit daripada membuka perut anda. Proses ini mungkin mengambil masa yang lebih lama jika anda pernah melalui pembedahan caesarean sebelum ini. Ia bergantung kepada bilangan parut pembedahan yang anda perolehi daripada pembedahan-pembedahan sebelum ini. 

Bagi proses penutupan, doktor akan membuat jahitan berganda untuk memperbaiki uterus anda. Insisi di dalam perut anda akan ditutup secara berperingkat. Akhir sekali, kulit luar akan ditutup dengan jahitan atau kokot. Apabila anda sudah sedia, anda akan dipindah balik ke bilik wad anda di mana suami dan jika tiada masalah, bayi atau bayi-bayi anda sedang menunggu. 

Badan anda mungkin akan mula menggigil kerana semasa pembedahan, suhu badan anda akan jatuh. Ini adalah kerana ubat anestetik yang diberi mengurangkan kadar kawalan suhu badan anda dan biasanya bilik pembedahan adalah sejuk. Anda mungkin mendapati keadaan ini agak menggentarkan, tetapi ia tidak membahayakan dan biasanya berlarutan selama setengah jam sahaja. Jururawat atau bidan yang menjaga anda akan memastikan badan anda dipanaskan dengan selimut dan minuman. 

Jika anda ingin menyusu, anda dinasihatkan untuk melakukannya semasa anda masih di dalam bilik pemulihan. Bidan anda boleh membantu membantu membuatkan anda rasa lebih selesa untuk menyusu dan akan menjaga anda sejurus selepas pembedahan selesai. 

Info dipetik dari artikel Baby Center

No comments:

Post a Comment