Friday 22 November 2013

PETUA MUDAH TAMBAH SUSU BADAN




1. Kerap menyusu
Perkara yang sangat penting yang perlu diingati oleh ibu-ibu. Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu. 

Jadi ibu-ibu semua jangan komplen ye bila baby sekejap-sekejap nak menyusu. Kerana ianya sangat bagus utk meningkatkan penghasilan susu. Konsep susu ibu ini based on "demand and supply". Kalau baby nak menyusu, bagi saja....=)

2. Amalan tradisi
Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.



3. Makanan herba
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.

Semasa dalam pantang boleh juga mengamalkan minum air halba + kunyit + gula melaka. Bukan saja dikatakan bagus untuk menambah susu badan tetapi juga untuk atasi sakit belakang...=)



4. Minum air ikut keperluan
Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Untuk hasil optimum ambillah air masak 2-3liter sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan susu.





5. Posisi yang betul 
Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.

Bagi ibu-ibu yang mencari supplemen penyusuan, anda boleh mendapatkan supplemen penyusuan Shaklee utk memberikan anda tenaga dan khasiat sepanjang penyusuan susu ibu. 





Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya.
Email : ctazri83@gmail.com


No comments:

Post a Comment