Thursday, 29 January 2015

SEMBELIT SELEPAS BERSALIN DAN SEMASA BERPANTANG

Anda alami sembelit lepas bersalin? Anda mengalami kesukaran untuk buang air besar semasa berpantang?
PENGEDAR SHAKLEE MIRI-SEMBELIT SELEPAS BERSALIN DAN SEMASA BERPANTANG
SEMBELIT SELEPAS BERSALIN DAN SEMASA BERPANTANG 

Bagi ibu yang pertama kali bersalin, pastinya banyak perkara baru yang dipelajari. Bukan sahaja dalam pengurusan bayi, malah juga dalam urusan penjagaan diri selepas bersalin.
Sebaik sahaja bersalin, perkara yang paling dibimbangi oleh ibu ialah macam mana nak buang air kecil, tak pedih ke? Macam mana nak buang air besar, macam susah jer. Serba tak kena kan?

Lebih-lebih lagi jika ibu mengalami banyak jahitan disebabkan luka episiotomi (digunting) semasa melahirkan bayi. Pasti ibu takut untuk membuang air besar kerana khuatir jahitan luka akan terbuka.

Oleh kerana ibu sudah setkan minda begitu, maka kebiasaannya ibu tidak akan berasa hendak membuang air besar dalam tempoh beberapa hari selepas bersalin. Perbuatan sebegini boleh mengundang sembelit.
Bahayakah Sembelit Lepas Bersalin?
Sembelit lepas bersalin sangat membimbangkan kerana boleh mengundang buasir. Silap-silap boleh terbuka jahitan luka episiotomi, lantaran kemutan pada najis yang keras boleh menyebabkan regangan pada jahitan tersebut.
Namun begitu, sembelit lepas bersalin atau semasa berpantang boleh diatasi dengan beberapa cara.
Cara-cara berikut telah saya amalkan sendiri dan Alhamdulillah saya tidak pernah mengalami sembelit lepas bersalin.
Cara Saya Cegah Sembelit Lepas Bersalin
1. Minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Biasanya suami saya akan sediakan. Letak siap-siap dalam bilik supaya senang nak minum bila saya bangun tengah malam untuk menyusukan bayi atau tukar pampers.
2. Banyakkan makan buah oren. Selain baik untuk merawat luka dalaman dan luaran, oren juga boleh menjadi pelawas. Tapi ingat, sebolehnya jus oren jangan disejukkan kerana ibu berpantang tidak digalakkan minum minuman sejuk.
3. Makan lauk yang berkuah. Menu saya dalam pantang biasanya masakan sayur air.
Kalau tak makan nasi, saya makan lauk sahaja. Ia dah membantu untuk saya lawas membuang air besar.
4. Ambil 4 biji Ostematrix sebelum tido. Saya sangat suka Ostematrix kerana ia bukan sahaja berfungsi sebagai pelawas, tetapi juga membantu memberikan saya tidur yang lena sepanjang malam.
Bila bangun menyusu pun, tak rasa pening, sakit badan dan belakang, mudah jer saya sambung tidur semula selepas menyusu.
Bangun keesokan paginya, pasti akan terus buang air besar. Lega rasanya perut, best kan? Description: :)

Mari kita lihat apa yang ada dalam Ostematrix.

PENGEDAR SHAKLEE MIRI-SEMBELIT SELEPAS BERSALIN DAN SEMASA BERPANTANG

Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.
Ostematrix juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.
Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan
Email : ctazri83@gmail.com






Wednesday, 28 January 2015

KENAPA SAYA MEMILIH SHAKLEE

Pada masa ini terlalu banyak makanan kesihatan di pasaran, samada dari dalam atau luar negara. Ada yang mudah didapati di farmasi, dan ada yang dipasarkan melalui network marketing, jualan langsung, dan sebagainya.

Keadaan ini menyebabkan ramai yang keliru, kerana banyaknya jenama makanan tambahan yang memberi pelbagai ‘janji’ terhadap produk mereka.

Apakah ciri-ciri vitamin tambahan yang tidak mendatangkan mudarat?

3 Sebab kenapa anda perlu memilih Shaklee:

PENGEDAR SHAKLEE MIRI-KENAPA SAYA PILIH SHAKLEE
SHAKLEE DIFFERENCE


Shaklee – Always Safe
·         Menjalani lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun.
·         Potensi yang dijamin -> pengesahan dari pihak ketiga
·         Keaslian dijamin -> 350 ujian pencemaran dilalukan terhadap SETIAP bahan botani
·         100% kepuasan dijamin

Shaklee – Always Green
·         Tiada perisa tiruan
·         Tiada pemanis tiruan
·         Tiada pewarna atau lemak trans
·         Tiada suapan tersembunyi
·         Tidak menjalani ujian terhadap haiwan
·         Tidak mengandungi bahan yang dilarang
·         Tidak mengandungi peluntur klorin

Shaklee – Always Work
·         USD 250 juta dilaburkan terhadap ujian-ujian, kajian dan pembangunan (R&D)
·         70 kajian klinikal telah diterbitkan
·         60 orang saintis Shaklee
·         50 patents


50th Anniversary Landmark Studies menunjukkan pengguna supplement Shaklee dalam jangka masa panjang memiliki kesihatan yang lebih baik dari mereka yang hanya mengambil multivitamin dan yang tidak mengambil supplement sama sekali.

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan
Email : ctazri83@gmail.com

Monday, 26 January 2015

VITAMIN UNTUK ANAK-ANAK. PERLU ATAU TIDAK??

Salam,

Kanak-kanak zaman sekarang begitu menggemari makanan segera. Sebenarnya makanan segera atau makanan yang telah diproses ini tak elok kalau diambil hari-hari. Ianya bukanlah makanan yang berzat dan juga tidak bagus untuk kesihatan.

Sedangkan anak-anak ini sebenarnya memerlukan zat yang secukupnya dari pemakanan untuk memastikan mereka sentiasa membesar dengan sihat, cergas, ceria dan bijak.

Saya amat yakin, makanan yang berkhasiat dan seimbang adalah makanan yang terbaik untuk anak-anak kita. Anak-anak tak memerlukan makanan tambahan sekiranya mereka diberi makakan yang berkhasiat dan seimbang hari-hari. DIULANGI..HARI-HARI OK! Persoalannya sekarang, adakah kita mampu menyediakan makanan yang berkhasiat ini hari-hari dari sarapan pagi, makan tengah hari, sehinggalah makan malam? Oleh itu, vitamin bukanlah lagi satu kehendak bagi anak-anak ini tetapi ianya adalah satu keperluan.

Kenapa Anak-Anak perlukan Vitamin?

PENGEDAR SHAKLEE MIRI-VITAMIN UNTUK KANAK-KANAK
MAKANAN SEIMBANG UNTUK KANAK-KANAK




#1. Picky-Eater
Kebanyakan kanak-kanak amat memilih dalam permakanan mereka. Mereka lebih gemar untuk memakan makananan kegemaran mereka yang tak berkhasiat atau mereka lebih banyak menyusu daripada makan.

Masalah yang dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa di luar sana adalah anak-anak yang tidak begitu menggemari sayur. Sedangkan sayur adalah sumber serat dan vitamin yang baik untuk anak-anak.

Tabiat permakanan yang tidak sihat ini menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan nutrisi. Mereka menjadi mudah sakit, mengalami sembelit, berat badan menjadi ringan, tumbesaran terbantut dan kurang focus dalam pelajaran.

#2. Kekangan Masa
Semasa kita kecil dahulu, jarang kita dihidangkan dengan makanan segera. Berbanding dengan zaman sekarang yang makanan segera terdiri daripada pelbagai jenis. Sehingga budak umur 2 tahun pun kenal apa itu nugget, apa itu sosej.

Kebanyakkan makanan yang diproses seperti nugget dan sosej dihasilkan dari bahan-bahan mentah yang berkualiti rendah dan ditambah bahan-bahan pengawet dan perasa tambahan yang merbahaya untuk kesihatan.

Terdapat ibu bapa yang bekerja  (tak semua yer) yang memilih untuk menghidangkan anak-anak dengan makanana segera kerana bagi mereka selain ianya mudah untuk disediakan malah ianya juga menjimatkan masa. Ini kerana mereka perlu berkejar ke tempat kerja atau mahu menyelesaikan urusan dengan segera.

Sedar tak sedar, sebenarnya pengambilan makananan segera ini telah menjadi sebahagian gaya hidup dan tabiat permakanan sekeluarga. Kita bukannya tak sedar yang makanan segera itu tidak berkhasiat tetapi oleh kerana kekangan masa memaksa kita untuk membeli makanan segera yang mengenyangkan namun tidak menyihatkan.

#3. Anak Sering Sakit
Adalah penting pada zaman sekarang untuk memastikan anak-anak kita mempunyai daya tahan melawan jangkitan penyakit (immune system) yang kuat. Kebanyakkan ibu bapa yang bekerja sudah pasti akan menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan kanak-kanak. Suasana di pusat jagaan kanak-kanak menyebabkan anak-anak lebih senang terkena jangkitan penyakit berjangkit.

#4. Stress
Pernah tak kita terfikir yang anak anak kita sebenarnya stress? Pagi kesekolah rendah. Awal -awal pagi dah dikerah bangun , bersiap untuk kesekolah. sekolah kebangsaan sampai jam 1 petang. Balik dari sekolah rendah dalam keadaan panas dan letih, singgah di pusat transit atau dirumah, mandi dan makan untuk bersiap ke sekolah agama atau KAFA . Dalam masa kurang sejam, anak anak kita berkejar pula ke sekolah agama sampailah jam 6 petang. Bergegas balik kerumah. Bila sampai kerumah, mandi , makan malam dan bersedia untuk mengaji Alquran pula. Kalau tak mengaji, ada yang bersiap nak ke kelas tambahan atau tusyen. Biasanya tusyen akan habis jam 10 malam. Balik dari tusyen , kena bersiap buku buku untuk keesokan harinya pulak. Kadang kadang rasa kesian pulak dengan diaorang , tapi untuk memenuhi kehendak dan keperluan pendidikan dinegara kita, kita tiada pilihan . Kanak kanak terpaksa mengikut arus ini. Kalau tidak akan ketinggalan di belakang.

Kalau nak dibandingkan dengan zaman 80- an dulu, jauh berbeza. Walaupun ada juga kelas mengaji dan tusyen, rasanya tak sesibuk anak- anak zaman sekarang. Balik dari sekolah, terus kerumah. Kelas mengaji biasanya malam. Kalau ada kelas tambahan pun, sekali sekala. Sangat kurang stress kalau nak dibandingkan dengan zaman sekarang.

Stress akan menyebabkan  kanak kanak atau orang dewasa akan mudah dijangkiti penyakit berjangkit. Sebab bila stress berlaku, sistem immune tubuh akan menjadi lemah.

Vitamin-  Keperluan atau Kehendak?
Masih ramai yang beranggapan bahawa hanya warga tua yang memerlukan vitamin atau supplemen. Dalam masa yang sama, mereka setiap hari mengeluh cepat penat, tak dapat tidur malam, tidak cukup tidur, stress, bangun pagi dalam keadaan lesu, setiap bulan ambil emergency leave untuk jaga anak yang sakit dan sebagainya. Ini adalah petanda di mana anda dan anak anda mengalami kekurangan nutrisi.

Sudah-sudahlah mencipta alasan dan kasihanilah anak anda kerana mereka adalah amanah Allah untuk anda jaga dengan baik.

Saya yakin kebanyakkan kanak-kanak di Malaysia menghadapi situasi yang sama dan pengambilan vitamin atau supplemen ini sangatlah perlu supaya mereka sentiasa sihat dan membesar dengan baik. Kalau nak harapkan vitamin dan mineral dari permakanan seharian, ianya agak mustahil.

Seperti saya sendiri, saya memilih Shaklee kerana ianya selamat dan semulajadi bagus untuk seisis keluarga.

Baru-baru ini, Shaklee telah memperkenalkan multivitamin terbaik kanak-kanak iaitu Vitalea For Children.
Jom berikan yang terbaik untuk anak-anak kita. 

PENGEDAR SHAKLEE MIRI-VITAMIN UNTUK KANAK-KANAK
VITA-LEA FOR CHILDREN


Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan
Email : ctazri83@gmail.com

Sunday, 18 January 2015

WEANING-OFF / BERCERAI SUSU

BERCERAI SUSU. Inilah istilah digunakan untuk proses pertukaran daripada susu badan kepada susu botol (formula), susu badan atau botol kepada penggunaan cawan dan susu badan atau botol kepada makanan pejal.
Bayi anda akan melalui satu atau lebih daripada fasa bercerai susu ini. Biasanya proses bercerai susu akan berjaya jika dilakukan secara perlahan-lahan atau berperingkat dalam masa beberapa minggu atau bulan.

PENGEDAR SHAKLEE MIRI-BERCERAI SUSU
BERCERAI SUSU

Memberhentikan penyusuan badan kadang kala boleh menyebabkan perubahan besar kepada ibu dan anak. Selain kesan fizikal, anda juga akan mengalami kesan emosi. Sesetengah wanita berasa sedih kehilangan keakraban antara ibu dan anak ketika menyusukan bayi mereka.
Tetapi anda akan berasa lebih bebas kerana ada ‘pihak’ lain yang akan menyusukan bayi mereka. Jangan terkejut jika anda berasa sedih dan gembira; anak anda akan belajar untuk berdikari.
Bagaimana anda tahu adakah anak anda bersedia untuk bercerai susu? Tanda seseorang bayi sudah sedia bercerai susu biasanya datang apabila mereka mula belajar merangkak atau berjalan. Bayi yang menyusu badan akan mula menunjukkan tanda hilang minat untuk menyusu.
Bayi yang menyusu botol pula bersedia untuk bercerai susu apabila mereka mula buat perangai, tidak lagi mahu mengemam puting susu atau menyorokkan botol sebelum habis. Bayi anda akan mula menunjukkan minat untuk minum menggunakan cawan.
Bila masa terbaik untuk bercerai susu?
Tiada masa yang betul atau salah. Malah, bayi anda mungkin mengambil masa lebih lama berbanding kanak-kanak sebayanya; ia bergantung kepada kesediaan anda dan bayi untuk melalui proses ini.
Ada ibu menunggu sehingga anak mereka lebih besar kerana tidak bersedia melepaskan keakraban dengan anak ketika proses penyusuan. Sebaliknya, ada ibu mahu proses berkenaan lebih cepat kerana tanggungjawab lain.
Untuk proses ini, andalah yang perlu membuat keputusan dan menentukan masanya. Jangan cuba memberhentikan penyusuan ketika anak atau keluarga mengalami tekanan. Tekanan ini ada pelbagai bentuk, termasuklah ketika bayi tumbuh gigi, berpindah ke rumah baru atau anda mula menghantar anak ke pusat jagaan.
Apakah cara terbaik untuk bercerai susu?
Cara terbaik untuk ibu dan anak ialah dengan melakukan proses ini secara berperingkat atau perlahan-lahan. Perhatikan tanda-tanda jika anak anda sudah sedia. Apabila sampai masanya, cuba berhentikan satu langkah dalam masa lima hingga tujuh hari.
Ini akan memberikan anda dan bayi masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Jika anda menyusukan badan, bercerai susu secara perlahan-lahan akan membantu mengelakkan buah dada anda daripada menjadi terlalu ‘penuh’ yang boleh membuatkan ia bengkak.
Dalam tempoh ini bagaimana anda boleh memenuhi keperluan pemakanan bayi?

Berikan susu badan kepada bayi anda sekurang-kurangnya setahun atau selama mana anak mahu. Perkenalkan makanan pejal yang diperkaya dengan zat besi apabila bayi berumur enam bulan untuk melengkapkan susu badan.

Bagi bayi yang diceraikan-susu badan atau botol sebelum berumur 12 tahun, berikan susu formula yang diperkaya dengan zat besi bukannya susu lembu atau kambing. Malah, anda juga boleh memberikan susu badan (diperah) melalui botol susu atau cawan; mengikut kesesuaian.
Apa yang boleh dilakukan jika bayi tidak mahu bercerai susu?
Masalah ini memang kerap berlaku. Kadang kala si ibu mahu memberhentikan penyusuan tetapi bayi masih belum bersedia. Jika boleh, teruskan pemberian susu untuk sedikit masa lagi. Cuba tawarkan susu dalam cawan sebelum anda memberikan susu badan. Atau anda juga boleh cuba menukar puting susu.
Sesetengah bayi sukar untuk ‘berpisah’ dengan botol susu mereka. Untuk keadaan ini, jangan biarkan anak anda merangkak, berjalan atau tidur bersama botol susu mereka. Namun, penyusuan ketika tidur malam adalah saat paling sukar untuk tidak memberikan anak anda susu. Cuba gantikan waktu menyusu ini dengan tabiat baru seperti membacakan mereka buku atau melihat bintang bersama-sama.
Memulakan pemberian makanan pejal
Masa terbaik untuk memberikan makanan pejal bergantung kepada kesediaan setiap bayi. Secara umumnya kanak-kanak memerlukan makanan pejal apabila kalori daripada susu sudah tidak mencukupi. Keperluan ini boleh dilihat apabila bayi boleh menghabiskan sebotol penuh susu tetapi berasa lapar semula dalam masa dua atau tiga jam kemudian. Ini biasanya berlaku pada usia enam bulan.
Bayi yang lebih kecil (kurang enam bulan) sukar menelan makanan pejal walaupun sesetengahnya boleh menelan makanan pada usia lebih muda jika makanan diletakkan di belakang lidah. Ada ibu bapa memaksa bayi kecil untuk makan banyak makanan pejal dengan harapan anak akan tidur lena sepanjang malam.
Bagaimanapun, ia bukan langkah baik kerana boleh menyebabkan anak anda mendapat radang paru-paru (pneumonia) dan masalah makan kemudian hari. Kebanyakan bayi makan makanan pejal selepas menyusu kerana dapat memuaskan kehendak mereka untuk menghisap puting dan pada masa sama mengatasi rasa lapar.
Bayi dan kanak-kanak kecil lebih mudah mengalami masalah alahan atau tidak toleran terhadap makanan berbanding kanak-kanak besar dan orang dewasa. Jika banyak jenis makanan diberi pada satu masa, agak susah untuk menentukan makanan mana yang menyebabkan reaksi alahan.
Justeru, anda sepatutnya memperkenalkan jenis makanan secara berperingkat; satu jenis untuk satu minggu. Jika ia boleh diterima dengan baik barulah perkenalkan makanan lain kepada bayi anda. Melalui cara ini, anda boleh mengenalpasti makanan mana yang boleh menyebabkan alahan pada anak.
Mulakan dengan bijirin diikuti buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan lain seperti sumber protein (daging) diperkenalkan lebih lewat iaitu apabila anak berusia tujuh bulan. Beri anak makan melalui sudu supaya bayi anda boleh belajar teknik pemberian makanan yang baru. Pada umur enam hingga sembilan bulan, kanak-kanak biasanya sudah pandai memegang makanan dan membawanya ke mulut. Jadi mereka perlu digalakkan untuk makan sendiri.
Anda perlu berhati-hati kerana bayi mudah tersedak atau tercekik oleh makanan keras seperti kacang, lobak mentah, gula-gula atau biskut kraker. Elakkan makanan ini. Jika mahu diberikan, pastikan ia dikisar. Anda boleh menyediakan sendiri makanan untuk si kecil dan langkah ini lebih menjimatkan.
Walaupun bayi suka makanan manis, tetapi gula bukanlah nutrien yang penting dan sepatutnya diberikan dalam kuantiti kecil; jika perlu. Jika tidak, jangan perkenalkan gula kepada anak anda. Jangan berikan sajian manis kerana tidak bermanfaat untuk anak anda. Jangan berikan anak anda makanan pejal terlalu awal dan sebaiknya tunggu bayi berumur antara empat hingga enam bulan.
Perkenalkan sedikit makanan baru kepada bayi apabila dia lapar iaitu sebelum dia diberikan susu. Kemudian, perlahan-lahan tambah kuantiti makanan untuk anak anda. Jangan biarkan neofobia (takut kepada makanan baru) melanda anak anda. Jangan paksa anak untuk menerima makanan baru tetapi perlahan-lahan ajak dia makan. Ingat, susu sudah cukup untuk membekalkan keperluan anak sehingga dia berusia enam bulan.
Paling penting, jadikan masa makan sebagai masa yang menyeronokkan. Kasih sayang dan perhatian anda akan merangsang anak untuk makan dan menikmati suasana seronok bersama keluarga.

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan
Email : ctazri83@gmail.com

Saturday, 17 January 2015

SUNTIKAN EPIDURAL : PERLU ATAU TIDAK


PENGEDAR SHAKLEE MIRI-SUNTIKAN EPIDURAL
SUNTIKAN EPIDURAL : PERLU ATAU TIDAK

APAKAH ITU SUNTIKAN EPIDURAL?
Ia merupakan suntikan ke dalam satu ruang kecil di belakang anda, menggunakan jarum yang bengkok dan berlubang. Hujung jarum yang bengkok akan dicucuk antara dua vertebrae dan jarum itu akan masuk ke dalam ruang di luar lapisan pelindung yang mengelilingi tulang belakang anda yang dinamakan ruang epidura. Satu tiub halus (atau kateter) disalurkan melalui jarum berlubang itu, kemudian jarum tersebut akan dicabut keluar. Kateter halus itu akan dilekatkan pada belakang dan pada bahu anda. Pakar bius akan menyuntik anestetik lokal (sama seperti apa yang dilakukan oleh doktor gigi) ke dalam kateter untuk mengebaskan bahagian bawah abdomen anda. Kaki anda juga akan berasa kebas. Anda tidak lagi merasakan sebarang kontraksi. 

PENGEDAR SHAKLEE MIRI-SUNTIKAN EPIDURAL
SUNTIKAN EPIDURAL


Kadang-kala, kateter dilekatkan kepada satu pam kecil yang membolehkan pakar bius mengawal jumlah anestetik lokal yang anda perlukan atau suntikan dos dikawal oleh pam untuk melepaskan dos anestetik yang sedikit setiap beberapa minit. 

BAGAIMANAKAH IA BERFUNGSI?
Ia berfungsi seperti mana anestetik lokal berfungsi apabila doktor gigi mengebaskan mulut anda sebelum mencabut gigi. Pakar bius akan mematikan saraf yang fungsinya ialah membawa isyarat-isyarat rasa sakit dari rahim dan serviks anda. 

BILAKAH SAYA PERLU MENGAMBILNYA?
Secara teorinya, anda boleh mengambil suntikan epidura pada bila-bila masa semasa proses pelahiran bayi, dan boleh juga diambil apabila anda berada di peringkat kedua semasa anda menolak bayi anda keluar, walaupun lazimnya anestetik tulang belakang (spinal) akan diberikan pada waktu tersebut. 

Walau bagaimanapun, kebanyakan orang akan meminta diberikan suntikan epidura apabila serviks mengembang sebanyak lima hingga enam sentimeter dan kontraksi semakin kuat. Jika serviks telah mengembang sebanyak lapan hingga sembilan sentimeter, mungkin ia terlalu lambat untuk mengambil suntikan epidura dan anda akan dinasihatkan untuk meneruskan pelahiran tanpa bius ini sebab bayi sudah hendak keluar. 

APAKAH KEBAIKAN SUNTIKAN EPIDURAL?
·         Lebih daripada 90 peratus orang wanita mendapatkan kelegaan sakit yang sepenuhnya.
·         Pemikiran anda masih jelas.
·         Boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi.
·         Membolehkan anda mengawal pelahiran bayi dan mengembalikan keyakinan anda.
·         Suntikan epidura adalah lebih sofistikated daripada dahulu dan anda akan sedar bahawa keseluruhan kaki anda tidak kebas sepenuhnya.

APAKAH KEBURUKANNYA?
·         Anda mungkin akan terasa kebas hanya di sebelah badan anda dan mungkin ada sebahagian kecil di perut anda yang tidak terkena bius.
·         Mungkin membuatkan anda menggeletar.
·         Anda mesti baring di atas katil.
·         Anda perlu diletakkan drip pada lengan anda. Ini adalah sebab pengambilan suntikan epidura akan mengurangkan tekanan darah bagi sesetengah wanita dan menjejaskan secara serius bekalan oksigen kepada bayi anda. Drip ialah langkah berjaga-jaga supaya, apabila timbul keadaan kecemasan, jumlah darah anda boleh ditambahkan dengan pantas untuk menaikkan tekanan darah anda kembali ke normal.
·         Anda mungkin dipasangkan kateter dalam pundi kencing anda. Jika anda mengambil suntikan epidura, anda mungkin tidak sedar bila anda perlu mengosongkan pundi kencing anda, jadi ini perlu diuruskan untuk anda secara automatik.
·         Anda mula merasakan seakan-akan kehilangan kawalan. Tiga tiub telah dimasukkan ke dalam badan anda dan anda akan diberitahu bila dikehendaki menolak jika anestetik masih berfungsi semasa peringkat kedua kehamilan. Pada masa itu pakar obstetrik dan bidanlah yang akan menguruskan pelahiran anda dengan efektif.
·         Suntikan epidura boleh memanjangkan tempoh pelahiran terutamanya pada peringkat menolak.
·         Denyutan jantung bayi anda akan diawasi secara berterusan dengan menggunakan transduser yang diikat pada abdomen anda atau transduser kecil diklipkan pada kulit kepala bayi.
·         Terdapat kemungkinan yang lebih tinggi bagi penggunaan forsep atau ventouse (juga dikenali sebagai vakum) sebab selalunya suntikan epidura akan menghalang bayi bergerak ke posisi terbaik untuk dilahirkan. Ia juga akan menghalang anda daripada merasakan dorongan semula jadi untuk menolak pada peringkat kedua pelahiran.
·         Jika jarum epidura melepasi dan keluar dari ruang epidura, akan terdapat kebocoran cecair tulang belakang (tulang sum-sum) selepas tiub dikeluarkan. Cecair ini akan memampan otak anda dan akan menyebabkan sakit kepala yang teruk walaupun hanya sedikit kebocoran yang berlaku. Selalunya ini dirawat dengan mengambil sedikit darah dari lengan anda, sehari selepas bayi dilahirkan dan menyuntiknya ke belakang anda untuk menutup lubang yang disebabkan oleh jarum epidura.
·         Sesetengah wanita mempunyai masalah membuang air kecil selepas mendapat suntikan epidura.

ADAKAH TERDAPAT SEBARANG TIP YANG BERGUNA?
·         Jangan bergerak semasa pakar bius sedang menyediakan suntikan epidura. Anda akan baring di sisi anda atau duduk di hujung katil, membongkok ke hadapan dan mengerekot seakan-akan bulatan. Tumpukan kepada pernafasan anda. Tarik nafas dengan dalam melalui hidung anda dan hembus keluar dengan perlahan melalui mulut anda. Peganglah tangan suami anda dan tenunglah matanya.
·         Bincanglah dengan pakar obstetrik dan bidan anda kemungkinan mengurangkan kesan suntikan epidura di peringkat kedua pelahiran semasa anda bayi anda sudah hendak keluar. Jika anda dapat merasakan kontraksi, in akan membantu anda menolak dengan efektif.
·         Jika anda tidak merasakan apa-apa sensasi tekanan semasa peringkat kedua pelahiran, dan/atau suntikan epidura melemahkan otot anda, anda mungkin tidak dapat menolak dengan efektif apabila di peringkat kedua pelahiran. Memperlahankan atau memberhentikan kemasukkan ubat epidura akan membantu anda merasakan sesetengah sensasi dan/atau kekuatan otot. Dos tambahan boleh diberikan jika dan apabila perlu.

Perlu atau tidak epidural, terpulang pada pandangan individu itu masing-masing. Selamat menempuh alam berpantang.

Nak berpantang bersama Shaklee? Sila baca  ini. 

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan
Email : ctazri83@gmail.com