Wednesday, 14 January 2015

JERAWAT DI KALANGAN REMAJA

Apa Itu Jerawat? 

PENGEDAR SHAKLEE MIRI-SET JERAWAT SHAKLEE
JERAWAT


Perkataan jerawat berasal daripada satu perkataan greek yang bermaksud "masa yang paling penting dalam hidup". Kajian telah menunjukkan pesakit atau individu yang mengalami masalah jerawat seringkali mempunyai masalah berkaitan:


  • harga diri 
  • keyakinan terhadap diri sendiri
  • pergaulan sosial
  • kemurungan 
  • kegusuran 
  • kadar tidak bekerja yang tinggi
Jerawat atau "acne" merupakan keradangan (inflamasi) tisu pada bahagian kelenjar minyak (sebaceous) pada bahagian kulit manusia. Kajian dalam bidang perubatan telah menunjukkan terdapat lebih kurang lima puluh jenis jerawat. Secara am, perkataan jerawat lebih menunjukkan kepada jenis jerawat umum iaitu acne vulgaris. Ia merupakan satu penyakit yang berlaku pada unit pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak) pada bahagian kulit. Jerawat jenis ini merupakan jenis jerawat yang paling sering dialami oleh individu terutamanya golongan remaja dan golongan dewasa pada awal umur 20-an.

Acne vulgaris berpunca daripada beberapa faktor yang sering berhubungan seperti keturunan, hormon dan kuman (bakteria).

Kecederaan tisu (lesion) utama yang disebabkan oleh acne vulgaris ialah bintik hitam (comed atau black-head) yang mana mengandungi sumbatan sebum (bahan berlemak yang dihasilkan oleh kelenjar minyak), se debris dan mikroorganisma (terutamanya bacteria propionibacterium acnes) yang mengisi ruang folikel (rongga) rambut. Comedones mungkin terbuka atau tertutup. Jika ia terbuka, bahagian atasnya akan menjadi hitam akibat proses pengoksidaan. Jika ia tertutup, pustul ( tisu yang bernanah) akan terbentuk dan berlaku inflamasi (keradangan).

Masalah jerawat kerap berlaku pada bahagian muka, belakang badan dan dada. Masalah ini boleh memberi kesan psikologi yang teruk kepada remaja. Terutama remaja dalam alam persekolahan. Pada tahap ini, faktor imej remaja serta aktiviti pergaulan sosial amat penting. Walaupun masalah ini dianggap ringan dan boleh diubati sendiri tetapi jika tidak dirawat ia boleh mengakibatkan kesan fizikal dan emosi yang teruk.

Insiden Dan Punca Jerawat


Masalah ini biasanya dialami oleh remaja apabila mereka mula mencapai tempoh kematangan. Lebih kurang 85 peratus daripada individu dalam lingkungan umur 12 hingga 25 tahun akan menghadapi masalah jerawat - acne vulgaris. Terdapat laporan yang menyatakan bahawa insiden jerawat di kalangan remaja mencapai 100 peratus.

Semasa proses kematangan individu, kelenjar-kelenjar minyak menjadi sangat aktif kerana penghasilan dan perubahan horman. Kegagalan fungsi folikel pilosebaceous yang didorong oleh perubahan hormon androgen terutamanya semasa remaja, akan menyebabkan terjadi jerawat. Hormon yang terlibat ialah testosteron. Ia ditukarkan kepada dihidrotestosteron di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolic. Bagi individu yang sensitive, penghasilan sebum yang berlebihan akan berlaku. Fungsi sebum yang sebenarnya tidak dapat dipastikan, tetapi ia dipercayai bertindak sebagai pelincir dan lapisan pelindung kepada rambut dan kulit. Kelenjar minyak mengandungi campuran mikroorganisma yang biasa ialah propionibactium acnes. Kuman ini mampu mengubah sebum kepada asid lemak yang boleh menyebabkan keradangan.

Terdapat empat mekanisma utama kejadian jerawat.



  • Kelenjar minyak menjadi besar (hipertropi) dengan peningkatan penghasilan sebum (akibat rangsangan hormon androgen) 
  • Hiperkeratosis (kulit menjadi tebal) epitelium folikular (pertumbuhan sel-sel yang cepat dan mengisi ruang folikel polisebaceous dan membentuk plug).
  • Pertumbuhan kuman, propionibacterium acnes yang cepat (folikel polisebaceous yang tersumbat akan memerangkap nutrien dan sebum serta menggalakkan pertumbuhan kuman. 
  • Inflamasi (radang) akibat hasil sampingan kuman propionibacterium acnes.

Jom kita kenali punca punca terjadinya jerawat.
Kenali Punca-punca Jerawat
Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.
Hormon dan Jerawat
Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.
Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.
Bakteria dan Jerawat
Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnesa pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.
Pemakanan dan Jerawat
Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.
Stress dan Jerawat
Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.
Alat Solek Dan Jerawat
Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.
Matahari Dan Jerawat
Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.
Pakaian Dan Jerawat
Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.
Antara produk shaklee yang dapat membantu menghilangkan dan mencegah jerawat ialah Vitamin C , Vitamin E dan B complex.

PENGEDAR SHAKLEE MIRI-SET JERAWAT SHAKLEE
SET JERAWAT SHAKLEE

Vitamin C 
Sebagai Antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti (pencemaran, matahari, cuaca, AC, asap rokok, dsb).
Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle).
Vitamin E 
Bersifat anti-penuaan, dapat mengurangkan garis-garis halus pada wajah
Membantu mengelakkan pertumbuhan abnormal sel
Membantu memudarkan parut
B Complex 
membantu dalam menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan
membantu dalam menukarkan lemak kepada protein( ini membantu nervous system berfungsi dengan normal)
Vitamin B juga penting untuk pembentukan sel badan jadi ianya penting untuk awet muda, kulit yang licin dan kelihatan muda, melambatkan rambut beruban, membantu untuk kecantikan kulit, rambut dan mata, kekuatan kuku



Testimoni

PENGEDAR SHAKLEE MIRI-SET JERAWAT SHAKLEE
TESTIMONI




Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan

Email : ctazri83@gmail.com



No comments:

Post a Comment