Monday, 5 January 2015

RESOLUSI 2015 SAYA

Apa resolusi 2015 saya?

InsyaAllah saya ingin menjadi surirumahtangga sepenuhnya pada tahun ini. Saya nak meluangkan masa sepenuhnya dengan suami dan anak saya. 

Paling penting untuk menjayakan resolusi saya, saya perlu perbaiki segala kekurangan atau kesilapan yang saya lakukan pada tahun 2014 dan tingkatkan usaha saya lebih berganda dari tahun 2014.

Saya mesti fokus lebih lagi pada bisnes Shaklee yang saya telah ceburi dari tahun 2012.Sekurang-kurangnya saya perlu naik rank pada tahun ini.

Selain itu, saya juga akan merancang sesuatu yang saya akan lakukan walaupun dah menjadi surirumahtangga kelak.

Motivasi saya tahun ini adalah untuk dapat lebih banyak masa bersama keluarga tersayang kerana bagi saya masa yang terabai tidak dapat saya dapatkan kembali.

Saya boleh resign dan berehat sahaja di rumah tapi saya nak jadi seorang surirumahtangga yang boleh menyumbang sesuatu pada keluarga dengan masa yang lebih fleksibel dan paling penting sentiasa ada bersama anak dan suami saya.

Itu adalah resolusi saya pada tahun ini. Saya harap saya dapatkan capai resolusi saya sebelum penghujung 2015. Anda pula bagaimana??







No comments:

Post a Comment