Tak lama lagi anak
saya Mohd Khalish Mikhail akan berusia 2 tahun. Khalish sehingga kini masih
lagi breastfeeding. Sejujurnya saya juga takut untuk menghentikan breasfeeding
kepada Khalish. Mungkin kerana apabila mengamalkan breastfeeding, bonding
antara saya dan Khalish dirasakan amat kuat. Saya berasa seakan dia amat
memerlukan saya. Oleh itu, saya juga telah menambah ilmu mengenai “extended
breastfeeding”.
EXTENDED BREASTFEEDING |
Ada yang menyokong, ada yg tidak. Normal la tu
kan. Sedangkan memilih utk menyusukan anak pun ada yg mempersoalkan kenapa
tidak diberi susu formula yg lebih senang dan mudah inikan pula yg melibatkan
extended breastfeeding. Apa itu extended breastfeeding? ia merujuk kepada
menyusukan anak sehingga lebih dari 2tahun. Bermakna ibu tak putuskan penyusuan
dan membiarkan anak menyusu selama mana dia mahu. Konsepnya "Jangan
tanya, jangan menolak." Jangan tanya ank nak susu ke tidak dan
juga jangan menolak bila dia ingin menyusu. Apa kelebihan extended
breastfeeding? Entri ini akan menerangkan tentang 7 kelebihan extended
breastfeeding.
Secara amnya bayi
menyusu secara eksklusif untuk enam bulan pertama, dan kemudian terus menyusu,
bersama-sama dengan pengenalan makanan pejal, untuk tahun pertama atau ada
demand and supply antara ibu dan bayi. Entended breastfeeding bermula apabila melepasi
tempoh 2 tahun. Ada yang sampai 4 thn..6 tahun pun ada lagi. Biasanya terjadi
pada anak bongsu ataupun anak yg tak punye adik. Jadi apa kelebihan EXTENDED
BREASTFEEDING?
1. Ia menyediakan nutrisi untuk anak.
1. Ia menyediakan nutrisi untuk anak.
Ramai orang fikir
tidak ada nilai nutrisi selepas setahun, dan itu adalah tidak benar sama
sekali. Tidak kira berapa lama anak anda menyusu, dia akan terus mendapat
manfaat daripada protein, kalsium, lemak, vitamin A, dan lain-lain nutrien
dalam susu ibu.
2. Ia meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
2. Ia meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Anak yang menyusu
badan mempunyai risiko berlakunya penyakit dan kadar kematian yang lebih
rendah. Manfaat imuniti ini juga dirasai oleh anak yang menyusu. Semakin lama
anda menyusu, kemungkinan bayi anda untuk mempunyai beberapa penyakit yang kita
kaitkan dengan tidak menyusukan anak, seperti jangkitan telinga dan jangkitan
pernafasan atas adalah semakin rendah.
3. Ia membuatkan ibu lebih sihat.
3. Ia membuatkan ibu lebih sihat.
Ibu yang menyusukan
kurang cenderung untuk mempunyai kanser payudara. Begitu juga risiko kanser
ovari dan kanser endometrium. Manfaat kesihatan ni adalah sama di antara ibu
yang menyusukan anak selama 2 tahun dengan ibu yang menyusukan selama 4 tahun.
4. Ia meningkatkan perkembangan otak.
4. Ia meningkatkan perkembangan otak.
KHASIAT SUSU IBU |
Kajian telah
menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu membantu perkembangan ransangan otak
anak. Ransangan ini diperoleh menerusi cara anak memasukkan kedua-dua payudara
dalam kedudukan yang berbeza yg mana peluang untuk melihat dan mencapai dalam
arah yang berbeza.
5. Ia menenangkan anak.
Penyusuan susu ibu adalah peluang untuk ibu dan bayi bukan sahaja untuk
get connected, tetapi ia juga satu cara untuk menenangkan anak yang dalam
keadaan tertekan atau tantrums. Breastfeeding cara paling mudah untuk hentikan
tangisan anak. Cara ini paling berkesan untuk saya pujuk anak saya :) jadi
tangisan dan amukan tidak berpanjangan.
6 Ia menenangkan untuk ibu.
6 Ia menenangkan untuk ibu.
Penyusuan susu ibu adalah tempoh yang mana ibu boleh duduk dengan
tenang. Walaupun sibuk bekerja di pejabat atau di rumah, bila sampai tempoh
menyusu masa itulah ibu mendapat kerehatan yang menenangkan..hilang stress
bekerja.
7 Ia mudah.
7 Ia mudah.
Extended breastfeeding boleh menjadi lebih mudah daripada susu
formula. Lebih mudah bila anak dah menangis dan ibu pulak terburu-buru. Ia jauh
lebih cepat untuk melepas pin bra anda dan tarik bayi rapat dan menyusukan bayi
daripada dapatkan air panas, bukak penutup botol, tuang susu, goncang dan baru
berikan kepada anak.
Jadi ibu-ibu yang mengamalkan extended breastfeeding, jangan sedih apabila dikritik. Anda masih menang dengan segala kelebihan yang anda dapat dengan extended breastfeeding.
Jadi ibu-ibu yang mengamalkan extended breastfeeding, jangan sedih apabila dikritik. Anda masih menang dengan segala kelebihan yang anda dapat dengan extended breastfeeding.
Kalau anda ada pengalaman mengenai extended breastfeeding, jom komen dan
berkongsi dengan saya pengalaman anda.
Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;
♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan
♥Email : ctazri83@gmail.com
Good info. :)
ReplyDelete