Baru-baru ini Negara kita Malaysia telah dilanda musibah
banjir yang teruk di kawasan pantai timur. Banjir ini telah mengakibatkan ramai
yang kerugian harta benda dan juga kehilangan nyawa. Mari kita tambah ilmu mengenai banjir supaya
kita akan lebih bersedia dengan keadaan ini.
Apa itu BANJIR?
Banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi sesuatu kawasan atau
tempat yang luas..
Apakah
penyebab BANJIR?
Antara faktor-faktor berlaku
banjir adalah:
·
1.Hujan yang berterusan
Hujan yang berterusan tanpa
berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air
hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar
sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.
·
2.Proses pembandaran
Proses pembandaran menyebabkan
banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus
guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang
ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan.Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan
faktor penyebab berlakunya banjir. Jika dahulu anak-anak sungai dan lembah
dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan
tanah. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan
yang rendah dan kemudian bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir
kilat akan berlaku.
·
3.Hakisan sungai
Hakisan sungai yang kerap
berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula jadi dan
pembuangan sisa domestik manusia. Faktor semula jadi berlaku apabila hujan
turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai.
Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai.
Seterusnya sungai akan menjadi cetek. Begitu juga dengan aktiviti manusia yang
suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke
dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air
tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat
hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air
hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini
banjir akan berlaku.
·
4.Hutan tadahan
Hutan merupakan satu kawasan
yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain itu hutan juga
boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar
suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara
dua peratus hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak
pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan
semula titisan-titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran air secara
semula jadi.
·
5.Pemusnahan hutan menyebabkan hujan
terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan
Hujan yang turun dengan lebat
menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak mendapat
menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai
akan berlaku mengakibatkan banjir.
·
6.Sistem perparitan tidak terancang
Masalah banjir yang sering
melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang dibina serta
ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah
keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.
Bagaimana kita dapat membantu mangsa banjir?
Kebanyakkan mangsa-mangsa
banjir terutama kanak-kanak dan orang-orang tua berada dalam persekitaran
kurang bersih. Sekarang mereka berisiko tinggi untuk terdedah kepada penyakit
berjangkit seperti batuk, demam dan wabak kerana kelemahan sistem imunusasi
tanpa bekalan makanan, minuman dan pengudaraan yang cukup serta banyak lagi
faktor-faktor lain.
Kita dapat
menyalurkan mangsa-mangsa banjir ini dengan sistem imunisasi Shaklee iaitu Chewable Vita-C. Kerana ia boleh diambil oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa untuk tingkatkan sistem
imunisasi badan.
Amat
bagus, jika Chewable Viita-C ini
dapat dibekalkan.
CHEWABLE VITA-C PLUS |
Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;
♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan
♥Email : ctazri83@gmail.com
No comments:
Post a Comment