Salam,
Kanak-kanak zaman sekarang
begitu menggemari makanan segera. Sebenarnya makanan segera atau makanan yang
telah diproses ini tak elok kalau diambil hari-hari. Ianya bukanlah makanan
yang berzat dan juga tidak bagus untuk kesihatan.
Sedangkan anak-anak ini
sebenarnya memerlukan zat yang secukupnya dari pemakanan untuk memastikan
mereka sentiasa membesar dengan sihat, cergas, ceria dan bijak.
Saya amat yakin, makanan yang
berkhasiat dan seimbang adalah makanan yang terbaik untuk anak-anak kita. Anak-anak
tak memerlukan makanan tambahan sekiranya mereka diberi makakan yang berkhasiat
dan seimbang hari-hari. DIULANGI..HARI-HARI OK! Persoalannya sekarang, adakah
kita mampu menyediakan makanan yang berkhasiat ini hari-hari dari sarapan pagi,
makan tengah hari, sehinggalah makan malam? Oleh itu, vitamin bukanlah lagi
satu kehendak bagi anak-anak ini tetapi ianya adalah satu keperluan.
Kenapa Anak-Anak perlukan
Vitamin?
MAKANAN SEIMBANG UNTUK KANAK-KANAK |
#1. Picky-Eater
Kebanyakan kanak-kanak amat
memilih dalam permakanan mereka. Mereka lebih gemar untuk memakan makananan
kegemaran mereka yang tak berkhasiat atau mereka lebih banyak menyusu daripada
makan.
Masalah yang dihadapi oleh
kebanyakan ibu bapa di luar sana adalah anak-anak yang tidak begitu menggemari
sayur. Sedangkan sayur adalah sumber serat dan vitamin yang baik untuk
anak-anak.
Tabiat permakanan yang tidak
sihat ini menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan nutrisi. Mereka menjadi
mudah sakit, mengalami sembelit, berat badan menjadi ringan, tumbesaran
terbantut dan kurang focus dalam pelajaran.
#2. Kekangan Masa
Semasa kita kecil dahulu,
jarang kita dihidangkan dengan makanan segera. Berbanding dengan zaman sekarang
yang makanan segera terdiri daripada pelbagai jenis. Sehingga budak umur 2
tahun pun kenal apa itu nugget, apa itu sosej.
Kebanyakkan makanan yang
diproses seperti nugget dan sosej dihasilkan dari bahan-bahan mentah yang
berkualiti rendah dan ditambah bahan-bahan pengawet dan perasa tambahan yang
merbahaya untuk kesihatan.
Terdapat ibu bapa yang bekerja (tak semua yer) yang memilih untuk menghidangkan
anak-anak dengan makanana segera kerana bagi mereka selain ianya mudah untuk
disediakan malah ianya juga menjimatkan masa. Ini kerana mereka perlu berkejar
ke tempat kerja atau mahu menyelesaikan urusan dengan segera.
Sedar tak sedar, sebenarnya
pengambilan makananan segera ini telah menjadi sebahagian gaya hidup dan tabiat
permakanan sekeluarga. Kita bukannya tak sedar yang makanan segera itu tidak
berkhasiat tetapi oleh kerana kekangan masa memaksa kita untuk membeli makanan
segera yang mengenyangkan namun tidak menyihatkan.
#3. Anak Sering Sakit
Adalah penting pada zaman
sekarang untuk memastikan anak-anak kita mempunyai daya tahan melawan jangkitan
penyakit (immune system) yang kuat. Kebanyakkan ibu bapa yang bekerja sudah
pasti akan menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan kanak-kanak. Suasana di
pusat jagaan kanak-kanak menyebabkan anak-anak lebih senang terkena jangkitan
penyakit berjangkit.
#4. Stress
Pernah tak kita terfikir yang anak anak kita sebenarnya stress?
Pagi kesekolah rendah. Awal -awal pagi dah dikerah bangun , bersiap untuk
kesekolah. sekolah kebangsaan sampai jam 1 petang. Balik dari sekolah rendah
dalam keadaan panas dan letih, singgah di pusat transit atau dirumah, mandi dan
makan untuk bersiap ke sekolah agama atau KAFA . Dalam masa kurang sejam, anak
anak kita berkejar pula ke sekolah agama sampailah jam 6 petang. Bergegas balik
kerumah. Bila sampai kerumah, mandi , makan malam dan bersedia untuk mengaji
Alquran pula. Kalau tak mengaji, ada yang bersiap nak ke kelas tambahan atau
tusyen. Biasanya tusyen akan habis jam 10 malam. Balik dari tusyen , kena
bersiap buku buku untuk keesokan harinya pulak. Kadang kadang rasa kesian pulak
dengan diaorang , tapi untuk memenuhi kehendak dan keperluan pendidikan
dinegara kita, kita tiada pilihan . Kanak kanak terpaksa mengikut arus ini.
Kalau tidak akan ketinggalan di belakang.
Kalau nak dibandingkan dengan zaman 80- an dulu, jauh berbeza.
Walaupun ada juga kelas mengaji dan tusyen, rasanya tak sesibuk anak- anak
zaman sekarang. Balik dari sekolah, terus kerumah. Kelas mengaji biasanya
malam. Kalau ada kelas tambahan pun, sekali sekala. Sangat kurang stress kalau nak
dibandingkan dengan zaman sekarang.
Stress akan menyebabkan kanak kanak atau orang dewasa akan
mudah dijangkiti penyakit berjangkit. Sebab bila stress berlaku, sistem immune
tubuh akan menjadi lemah.
Vitamin- Keperluan atau Kehendak?
Masih ramai yang beranggapan bahawa hanya warga tua yang
memerlukan vitamin atau supplemen. Dalam masa yang sama, mereka setiap hari
mengeluh cepat penat, tak dapat tidur malam, tidak cukup tidur, stress, bangun
pagi dalam keadaan lesu, setiap bulan ambil emergency leave untuk jaga anak
yang sakit dan sebagainya. Ini adalah petanda di mana anda dan anak anda
mengalami kekurangan nutrisi.
Sudah-sudahlah mencipta alasan dan kasihanilah anak anda
kerana mereka adalah amanah Allah untuk anda jaga dengan baik.
Saya yakin kebanyakkan kanak-kanak di Malaysia menghadapi
situasi yang sama dan pengambilan vitamin atau supplemen ini sangatlah perlu
supaya mereka sentiasa sihat dan membesar dengan baik. Kalau nak harapkan
vitamin dan mineral dari permakanan seharian, ianya agak mustahil.
Seperti saya sendiri, saya memilih Shaklee kerana ianya
selamat dan semulajadi bagus untuk seisis keluarga.
Baru-baru ini, Shaklee telah memperkenalkan multivitamin
terbaik kanak-kanak iaitu Vitalea For Children.
Jom berikan yang terbaik untuk anak-anak kita.
VITA-LEA FOR CHILDREN |
Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;
♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan
♥Email : ctazri83@gmail.com
No comments:
Post a Comment