Thursday, 23 October 2014

Fahami Konsep Asas Penyusuan Susu Ibu

Salam Sayang Semua,

Entri kali ni nak fokus pada konsep penyusuan susu ibu. Masih ramai di luar sana masih tak faham konsep sebenar penyusuan susu ibu ni. Nak kan susu yang banyak, tapi tak buat cara yang betul. Berapa banyak atau hebat macamana pon supplemen yg kita ambil, if tak faham konsep sebenar penyusuan pun tak kan dapat result yang memuaskan. Jom kita tengok konsep asas penyusuan susu ibu.
PENGEDAR SHAKLEE MIRI-SET SUSU IBU
PROPER BREASTFEEDING POSITION & LATCH ON

Kekerapan  Menyusukan bayi
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 2 jam pada siang hari. Periksa lekapan dan kedudukan bayi agar menghisap dgn betul. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu terutamanya jika dia tidur lebih daripada 3- 4 jam. 

Jangan tunggu payu dara penuh
Ada sesetengah wanita suka menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payu dara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payu dara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.  

Kerapkan sesi mengepam
Pam payudara setiap kali selepas menyusu. Untuk ideal pam lah setiap 3 jam (8x sehari). Jika payudara berasa agak lembut slps bayi menyusu maka kita boleh mengepam di antara waktu menyusu (mungkin boleh jarak kan masa mengepam sejam selepas menyusukan bayi). Pam lah dengan kerap untuk memastikan payudara benar-benar kosong. Mengepam di waktu malam dengan kerap dapat merangsangkan penghasilan susu yang banyak kerana hormone prolactin dirembeskan dengan banyak pada waktu malam 

Pemakanan yang teratur dan seimbang
Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan (nutrient yang lengkap dan berkahsiat. Banyakkan minum air (digalakkan air suam) sepanjang hari sekurang-kurangnya 2L sehari. Pengambilan supplement penting sekiranya ibu tidak dapat mengamalkan gizi pemakanan yang seimbang. 

      Keyakinan dan semangat yang berterusan
Ini penting kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya. 

Gembira serta berfikiran positif
Jika si ibu itu memastikan pengambilan makanannya mengandungi cukup vitamin B atau lengkap dengan semua vitamin B , insyaAllah si ibu itu akan sentiasa gembira dan berfikiran positif. Ada kajian yang mendapati ibu yang mudah mengalah, cepat marah, mudah mengamuk, sensitif dan mudah penat dan sakit adalah mereka yang KEKURANGAN VITAMIN B COMPLEX di dalam tubuh mereka. B complex tidak akan menggemukkan sebaliknya ia membantu si ibu itu maintain dan lebih nampak cantik serta berseri. 

Tips :-
Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi. 

Last sekali, baca doa ni hari-hari. Amalkan. In Sha Allah lepas ni boleh breastfeed secara ekslusif :)

PENGEDAR SHAKLEE MIRI-SET SUSU IBU
DOA MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU

Jom order Shaklee dengan dua cara dibawah.

Cara 1: Tekan butang dibawah.

SHAKLEE SID 867607

Cara 2: Boleh hubungi saya untuk membuat tempahan.

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan
Email : ctazri83@gmail.com








No comments:

Post a Comment