Entri kali ini, saya ingin kongsikan
Tips Persediaan Sebelum Bersalin dengan pembaca blog My Little Khalish Mikhail.
Kepada semua mommy2 to be tips ini Insyallah dapat membantu untuk menghadapi saat
bersalin dengan perasaan tenang dan indah.. Semoga perkongsian saya kali ini
dapat memberi manfaat kepada kita semua.
PERSIAPAN UNTUK BERSALIN |
1. Bajet Melahirkan
·
Walaupun anda merancang untuk
bersalin normal, tapi anda tetap perlu peruntukkan wang untuk bersalin secara
caesarean.
·
Ini penting untuk dilakukan, kerana
dikhuatiri anda terpaksa bersalin secara pembedahan, sekiranya ada komplikasi
tertentu timbul
2.
Lokasi hospital bersalin
·
ini adalah penting kerana, ia dapat
memudahkan anda untuk menuju ke sana, apabila tanda-tanda bersalin sudah
kelihatan
·
adalah dinasihatkan untuk memilih
hospital yang berdekatan dengan kediaman, kerana jika berlaku sebarang
komplikasi, anda boleh sampai ke sana dengan segera
·
elakkan memilih hospital yang berada
di kawasan sesak dengan lalu lintas
3.
Kemudahan hospital
·
kemudahan yang anda perlu beri
perhatian ialah, wad bersalin, bilik bayi, bilik ICU untuk ibu, bilik NICU
untuk bayi dan peralatan perubatan untuk menghadapi saat kecemasan
·
pastikan semuanya lengkap dan
mencukupi untuk rawatan ibu dan anak
·
anda juga perlu tahu, jika hospital
tersebut mempunyai sokongan yang lengkap jika bayi dilahirkan pramatang atau
lemas sewaktu bersalin
·
Sangat penting untuk memilih hospital
yang mempunyai kelengkapan yang mencukupi
4.
Kelas antenatal
·
Ia merupakan kelas yang akan memberi
pendedahan kepada anda tentang selok belok perihal bersalin dan lain-lain
·
Antara topik yang disentuh, biasanya
pemakanan semasa hamil, senaman ibu hamil, pilihan penggunaan ubat tahan sakit,
demonstrasi penjagaan bayi baru lahir, penjagaan ibu selepas melahirkan,
penyusuan susu ibu dan banyak lagi
·
Sebaik-baiknya, pilih kelas antenatal
di hospital yang anda rancang untuk bersalin, kerana anda dapat mengenali
doktor pakar perbidanan dan sakit puan, doktor pakar kanak-kanak, doktor pakar
bius, jururawat dan lain-lain lagi
5.
Penyusuan susu ibu
·
Buat persediaan secukupnya sejak dari awal
kehamilan, sekiranya anda bercadang mahu menyusukan bayi secara eksklusif
apabila dia lahir kelak
·
cari sebanyak mungkin maklumat
berkaitan penyusuan susu ibu termasuk kesukaran yang mungkin berlaku
·
Paling penting, sebaik bersalin, anda
melakukan sentuhan kulit ke kulit dengan bayi dan membiarkan bayi mencari
puting untuk menyusu bagi merangsang rooting reflex memandangkan dia
sememangnya mempunyai naluri hisapan yang kuat
·
Penyusuan dalam tempoh satu jam
pertama selepas kelahiran sangat penting kerana ia dapat menyalurkan kolostrum
yang menjadi imunisasi semula jadi pertama kepada bayi
·
Malahan, ia juga membantu merangsang
proses penghasilan susu ibu secara berterusan
6.
Kehamilan berisiko caesarean
·
terdapat beberapa faktor yang boleh
menyebabkan anda bersalin secara caesarean
·
contohnya, proses kelahiran terbantut
setelah tiada kemajuan pembesaran saiz serviks biarpun dibantu dengan ubat
penguat kontraksi, janin mengalami masalah antaranya bekalan oksigen
tergendala, tali pusat terhimpit sehingga mengakibatkan bekalan darah dari uri
ke bayi menurun, saiz badan bayi terlalu besar jika dibandingkan dengan tulang
pinggul anda, kedudukan bayi songsang, serta terdapat jangkitan pada anda
seperti herpes genitalia yang boleh memudaratkan bayi semasa proses kelahiran
7.
Selusuh
·
Amalan menggunakan selusuh
sebaik-baiknya menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa tertentu kepada Allah
swt agar anda diberi kekuatan sepanjang proses kelahiran
·
Ayat-ayat dan doa-doa terpilih
berkenaan boleh dibacakan sama ada pada air, minyak, buah kurma
·
Sebaik-baiknya, air selusuh yang
disediakan oleh suami
8.
Kelengkapan ibu
·
Semakin menghampiri waktu bersalin,
anda sudah pun siap menyediakan barangan kelengkapan untuk di bawa ke hospital
·
Antaranya, pakaian untuk pulang ke
rumah setelah dibenarkan keluar dari hospital, beberapa helai coli menyusu, pad
payudara dan seluar dalam pakai buang, kain batik, stoking dan selipar serta
alatan mandi, tuala mandi, tuala wanita dan lain-lain yang perlu.
·
Paling penting, adalah kad pengenalan
anda dan kad pemeriksaan kesihatan ibu hamil
9.
Kelengkapan bayi
·
Pakaian bayi berlengan panjang serta
seluarnya, topi, sarung tangan dan sarung kaki, kain bedung dan selimut, lampin
bayi untuk dibawa ke hospital.
·
Untuk kelengkapan selepas keluar dari
hospital, beberapa helai baju berlengan panjang dan seluar panjang, baju
berlengan pendek dan seluar pendek serta sarung tangan dan sarung kaki,
termasuklah bedak, losyen, syampu, sabun mandian, minyak bayi, minyak telon,
kapas muka, tisu basah dan sebagainya.
10.
Kelengkapan ayah
·
persediaan snek dan minuman berkhasiat
yang dibekalkan tentu sahaja dia tidak perlu meninggalkan bilik bersalin
11.
Persediaan berpantang
·
Untuk kelancaran proses berpantang,
anda perlu menyediakan kelengkapan yang perlu dan mencukupi.
·
Sediakan siapa yang menjadi tukang
urut yang mahir dalam kerja-kerja mengurut wanita selepas bersalin serta batu
tungku, bagi membolehkan anda bertungku nanti.
·
Untuk set bersalin, pilihan yang
terbaik adalah, anda mendapatkan pandangan daripada mereka yang berpengalaman
sebelum memilih set bersalin yang sesuai dengan keperluan diri anda.
12.
Rehat yang cukup
·
Pastikan anda mendapat rehat yang
mencukupi sebelum melahirkan
·
Makan makanan yang berkhasiat untuk
anda dan bayi dalam kandungan dan pastikan perut anda terisi sebelum proses
kelahiran bagi mengekalkan stamina semasa bersalin.
·
Jika anda kurang selera, jangan paksa
makan, tapi makanlah sedikit dengan kerap
13.
Gembira dan Tenang
·
Emosi yang tenang dan bahagia merupakan
rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang
sihat,terangsang, pintar dan cerdas.
·
Perasaan gembira dan bahagia atas
kurniaan zuriat yang bakal lahir mesti ditunjukkan dengan banyak melakukan
sujud syukur pada Yang Maha Esa
14.
Ingat Allah s.w.t
·
Banyak mengingati Allah s.w.t dengan
memohon ampun dan taubat supaya Allah s.w.t akan mengampunkan segala dosa yang
telah dilakukan selama ini dan seterusnya membersihkan hati daripada perasaan
tidak baik.
·
Perbanyakkan amal ibadat seperti
sembahyang sunat, puasa sunat terutama hari isnin dan khamis serta melakukan
kebajikan
15.
Doa dan amalan semasa bersalin
·
amalan berzikir dan banyak berdoa amat
digalakkan
·
amalan ini bagus kerana ia dapat
mententeramkan fikiran dan dapat memupuk kesabaran ketika menghadapi kesakitan
melahirkan anak nanti.
·
Antara surah yang baik untuk
diamalkan; Surah Al-Fatihah, ayat kursi, surah maryam, surah al-anbiya ayat 87
(doa nabi yunus), ayat 20 surah ‘Abasa, ayat 35 surah Al-Ahqaaf, ayat 46 surah
An-Naziat dan Surah An-Nahl: ayat 78-80
Kepada ibu-ibu yang sedang mencari set bersalin dan berpantang
yang sesuai, saya amat mengesyorkan untuk bersalin dan berpantang dengan
Shaklee. Sila klik entry ini.
SET BERSALIN SHAKLEE |
Jom order Set Bersalin Shaklee dengan dua cara dibawah.
Cara 1: Tekan butang dibawah.
Cara 2: Boleh hubungi saya untuk membuat tempahan.
Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;
♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya
♥Penghantaran seluruh Malaysia juga disediakan
♥Email : ctazri83@gmail.com
No comments:
Post a Comment