PENGENALAN
Bawang putih ataupun dalam nama sainsnya iaitu Allium sativum
adalah merupakan salah satu herba yang amat dikenali kerana keberkesanannya
dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Bawang putih adalah termasuk dalam
family Liliaceae dan ia juga adalah dalam kumpulan yang sama dengan bawang
merah. Oleh kerana ia merupakan tumbuhan yang wujud agak lama, maka adalah
sukar untuk menentukan negara asal tumbuhan ini sendiri. Mengikut Mrs. M.
Grieve dalam bukunya yang bertajuk " A Modern Herbal " bawang putih
boleh didapati di utara dan selatan Siberia dan kemudiannya berkembang ke
selatan Eropah dan ia juga dikatakan tumbuh secara liar di Sicily. Menurut Mrs.
M. Grieve, bawang putih juga ditanam secara meluas di negara-negara Latin yang
bersempadan dengan negara Mediteranean.
Dalam membicarakan
tentang bawang putih ini, terdapat banyak kepercayaan mengenai bawang putih ini
sendiri. Dalam zaman Shakespeare, terdapat bukti yang mengatakan bahawa bawang
putih dikaitkan dengan perkara-perkara yang tidak baik. Dalam masyarakat Greek
Purba pula, dipercayai mereka yang memakan bawang putih tidak dibenarkan masuk
ke dalam rumah suci. Ada juga kepercayaan yang mengatakan bawang putih telah
menyelamatkan Odysseus/Ulyses daripada ditukar kepada babi.
Bawang putih juga
telah disebut dalam buku-buku China terdahulu sebelum tahun 2000 S.M lagi.
Selain itu ia juga disebut dalam kebanyakan dalam karya-karya sastera seperti
Shakespeare, Chancer dan Danten.
Dalam zaman ini
pula, masyarakat tidak lagi menghiraukan kepercayaan-kepercayaan karut mengenai
bawang putih itu sendiri. Namun suatu keajaiban kini kerana bawang putih muncul
sebagai suatu tumbuhan yang boleh menjadi penawar kepada pelbagai jenis
penyakit yang kronik. Antara penyakit-penyakit itu termasuklah tekanan darah
tinggi, kencing manis, ulser, cirit birit dan sebagainya. Berikut adalah
penerangan mengenai bawang putih dan penawarnya untuk merawat pelbagai jenis
penyakit.
Bawang putih dan tekanan darah tinggi
Bawang putih berupaya untuk merawat penyakit tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi adalah sangat merbahaya kerana penyakit ini tidak selalunya timbul dan pesakit tidak menyedari bahawa mereka menghidapinya. Selain itu masalah tekanan darah tinggi akan membawa pula kepada masalah jantung, strok, pembekuan darah, kegagalan buah pinggang untuk berfungsi, jantung berhenti berdenyut secara tiba-tiba dan yang paling ditakuti berlaku kematian secara mendadak sekiranya penyakit tekanan darah tinggi tidak dikawal.
Ada laporan yang mengatakan, beratus-ratus ahli perubatan mendapati bahawa bawang putih adalah salah satu tumbuhan yang paling selamat dan boleh diharapkan untuk melegakan masalah tekanan darah tinggi. Ini kerana bawang putih memenuhi semua keperluan agen terapeutik yang baik untuk mengurangkan tekanan darah.
Satu contoh kes yang dilaporkan ialah mengenai seorang doktor dan pengamal naturopath iaitu Kristine Nolfi, seorang warganegara Denmark dan pengarang buku yang bertajuk " My Experience with Living Food " menyatakan bawang putih telah menurunkan tekanan darah tinggi dan menaikkan tekanan darah apabila berada di tahap yang rendah. Ahli sains Perancis juga telah mendapati bahawa kenyataan ini benar dan mendakwa tekanan darah turun dalam masa sejam setelah diberikan dengan bawang putih. Beliau juga mendakwa bawang putih juga boleh menyebabkan tekanan darah yang rendah naik.
Bawang putih dan masalah-masalah pernafasan
Bawang putih dilaporkan sebagai ramuan yang lama, selamat dan pasti dalam merawat lelah, bronkitis dan penyakit pernafasan yang lain. Berabad-abad lamanya orang-orang China, Greek dan Mesir telah mendakwa bahawa bawang putih boleh menyembuhkan masalah pernafasan.
Dioscorides, seorang ahli perubatan Greek yang menjadi doktor rasmi tentera-tentera pada abad ke 2, menyatakan bawang putih sebagai rawatan kepada masalah yang berkaitan dengan paru-paru. Seorang naturalis abad pertama Rom mengatakan bahawa bawang putih dapat menyembuhkan masalah batuk kering.
Ke semua kenyataan ini adalah disebabkan kuasa bawang putih sebagai antiseptik dan pembunuh kuman. Bawang putih yang telah dikupas dan apabila diletakkan berhampiran dengan kuman, ia dikatakan dapat membunuh kuman tersebut dalam masa 5 minit sahaja. Tambahan pula eter bawang putih begitu kuat dan daya penembusannya adalah sangat tinggi. Ia boleh melarutkan mukus dalam sinus, salur bronkial dan paru-paru.
Messegue, seorang pakar herba terkenal Perancis menyatakan, pesakit-pesakit bagi kes-kes seperti lelah, bronkitis dan penyakit pernafasan yang lain sembuh. Salah seorang rakannya telah menjadualkan hasil rawatan Messegue. Bagi penyakit-penyakit pernafasan, rekodnya adalah seperti di bawah.
Bawang putih dan kencing manis
Bawang putih juga menjadi penawar kepada pesakit-pesakit yang menderita kerana penyakit kencing manis. Terdapat beberapa jenis penyakit kencing manis ini dan yang paling biasa ialah diabetes melitus. Ia adalah sejenis penyakit yang telah dikenalpasti sejak dahulu lagi.
Dalam kes penyakit kencing manis ini, pankreas tidak boleh menghasilkan pankreatin yang mencukupi. Apabila pankreas tidak berfungsi, gula tidak boleh menghasilkan sel dan tidak boleh disimpan sebagai lemak badan. Gula yang datang dari makanan yang dihadamkan akan berkumpul dan bertambah dalam darah sehingga ia masuk ke dalam air kancing.
Untuk kes penyakit kencing manis, bawang putih mengandungi galian-galian yang tertentu yang terbukti bernilai dalam metabolisme karbohidrat. Bawang putih kaya dengan kalium, 529 mg bagi setiap 100 gm. Seseorang yang mendapat penyakit kencing manis mempunyai asid yang berlebihan (asidosis) dan asidosis ini akan bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga boleh berlaku keadaan tidak sedarkan diri atau koma pada pesakit.
Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan ke semua galian ini beruapaya dalam merawat penyakit kencing manis.
Bawang putih dan sakit perut
Bawang putih juga berupaya memberi rawatan kepada individu yang mempunyai masalah sakit perut dan usus sekiranya ia diambil secara berterusan. Menurut seorang saintis yang terkemuka dan pakar dalam terapi bawang putih, bawang putih mengandungi allicin yang merangsang dinding perut dan usus untuk merembeskan enzim pencernaan. Namun perlu diingatkan, bawang putih yang ingin diamalkan hendaklah dicampurkan dengan makanan-makanan yang lain.
Selain itu, bawang putih juga boleh digunakan di bahagian luaran. Contohnya dalam balutan atau mandian tangan dan kaki untuk melegakan perut dan cara ini dilaporkan 95 % telah menunjukkan keberkesanannya.
Bawang putih dan anemia
Bawang putih juga menjadi penawar kepada pesakit-pesakit yang menderita kerana anemia. Anemia bermakna keadaan badan yang tidak boleh mengahasilkan hemoglobin yang secukupnya. Anemia boleh terhasil daripada ketidakcukupan protein, iodin, kobalt, kuprum vitamin C atau sebahagian vitamin B.
Namun ke semua nutrien ini boleh didapati daripada bawang putih. Terdapat beberapa faktor yang boleh menjadikan bawang putih sebagai makanan yang baik untuk pesakit-pesakit anemia dan antaranya ialah:
~Bawang putih meningkatkan penyerapan vitamin B, terutamanya vitamin B-1
~Bawang putih mengandugi kuprum yang diperlukan untuk asimilasi zat besi. Selain itu ia diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan vitamin C daripada makanan lain. Vitamin C meningkatkan asimilasi zat besi daripada makanan.
Oleh itu, dengan mengamalkan bawang putih dalam makanan seharian, secara tidak langsung akan menghindarkan seseorang itu daripada mendapat penyakit anemia. Pesakit-pesakit yang sudah lama menderita pula secara tidak langsung akan mendapat rawatan dan mempunyai harapan untuk sembuh.
Bawang putih dan artritis
Artritis atau rheumatisme ialah sejenis penyakit yang berkaitan dengan degenarasi tisu sendi akibat kekurangan kalium, vitamin D, iodin dan kekurangan vitamin B.
Bawang putih yang mengandungi bahan kuat yang mungkin memberikan kesan terhadap setiap jenis artritis. Sebatian sulfur yang memberikan bau kepada bawang putih adalah aktif terhadap bakteria dan dengan itu ia akan melawan setiap jangkitan.
Bawang putih juga sangat kaya dengan natrium iaitu galian yang sangat diperlukan untuk pengecutan setiap otot di dalam badan dan apabila badan kekurangan natrium akan menyebabkan kelumpuhan dan sembelit. Natrium jika digabungkan dengan zink, mangan dan vitamin B-1 adalah penting untuk saraf, kesihatan otot dan metabolisme karbohidrat dalam badan. Kekejangan otot dan kesakitan adalah simpton artritis rheumatoid, fibrositis dan gout (penyakit metabolik).
Oleh itu, untuk tujuan merawat artritis, memakan bawang putih adalah salah satu cara. Ia penting kerana artritis adalah salah satu penyakit yang sangat merbahaya.
Bawang putih dan permasalahan wanita
Wanita-wanita sering menghadapi keadaan-keadaan seperti rasa sedih, kemurungan, sakit kepala, loya dan sebagainya. Keadaan-keadaan seperti ini semuanya boleh dipulihkan dengan bawang putih atau makanan yang mengandungi bawang putih kerana ia merangsang pengeluaran haid.
Doktor-doktor terkemuka mendapati bahawa bawang putih membawa kelegaan daripada rasa panas, kesakitan, susah hendak tidur, palpitasi, sejuk, gatal, kegemukan, leukimia, artritis dan banyak lagi.
Bawang putih juga memberikan penawar untuk metritis (inflamasi untuk uterus). Inflamasi terjadi akibat kekejangan yang dirasai oleh wanita yang pada kebiasaannya adalah ketegangan otot akibat pengosongan uterus semasa kedatangan haid. Uterus boleh menjadi seperti terbakar . Bawang yang mengandungi faktor penggalak (thiamin) didapati telah mengatasi permasalahan muntah dan loya yang dialami oleh bakal-bakal ibu.
Kesimpulannya, bawang putih adalah makanan semulajadi yang baik untuk diamalkan oleh wanita-wanita hamil.
Bawang putih dan ulser
Bawang putih yang mengandungi vitamin C adalah baik dan berupaya untuk merawat masalah ulser. Beberapa orang penyelidik telah menunjukkan bahawa vitamin C adalah baik untuk kes-kes ulser. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan ulser perut dan duodenum.
Bawang putih dan cirit birit
Bawang putih juga menjadi penawar yang berkesan untuk cirit birit. Hippocretes, iaitu seorang doktor Greek Purba telah mengesyorkan bawang putih sebagai bahan pelawas yang berkesan. Menurut seorang saintis terkemuka dan pakar terapi bawang putih menyatakan bahawa orang yang menderita kerana sembelit boleh mencari penawarnya dengan memakan campuran bawang putih bersama dengan susu atau dadih.
Dr. E. Roes yang menulis dalam " Munchener Medizinische Wochenschiff" , sebuah majalah perubatan Jerman bertarikh 25 September 1925, memberitahu tentang kejayaannya dalam merawat pelbagai penyakit usus yang kebanyakannya melibatkan cirit birit. Menurutnya, bawang putih bertindak dalam tiga cara iaitu menenang, membersih dan mengurangkan inflamasi.
Bawang putih seakan-akan mempunyai kesan dadah. Bawang putih membuatkan sakit perut, cirit birit dan sakit usus hilang dalam masa yang singkat tanpa menyebabkan sembelit. Salah satu contoh kes yang dilaporkan ialah mengenai seorang profesor yang telah menderita angin, dispepsia dan kolits selama 17 tahun. Beliau seringkali cirit birit diselang-selikan dengan sembelit. Beliau telah diberikan 2 gm penyedian bawang putih, 2
atau 3 kali sehari dan dalam masa 2 setengah bulan, beliau mendapati dirinya telah sembuh.
Bawang putih dan kolesterol
Bawang putih juga baik untuk mengurangkan kolesterol dalam tubuh. Ini kerana bawang putih mengandungi sebatian fitokimia yang boleh mengurangkan kolesterol dalam darah dan menggalakkan tindakan kemanglian. Kolesterol yang banyak berkumpul dalam badan adalah tidak baik kerana ia akan menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit jantung dan sebagainya.
Oleh itu dengan mengambil bawang putih sebagai salah satu dalam menu makanan harian, akan mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat masalah jantung dan sebagainya. Dengan penerangan ini, ternyata bawang putih merupakan salah satu herba atau tumbuhan yang sangat penting. Ia bukan sahaja menjadi bahan dalam masakan, tetapi juga menjadi bahan dalam sesuatu ramuan untuk merawat seseorang pesakit.
PENUTUP
Namun dalam masyarakat hari ini, amnya dalam masyarakat Malaysia, bawang putih hanya terkenal dalam masyarakat melayu sahaja dan tidak kepada masyarakat-masyarakat yang lain. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor dan antaranya ialah kemungkinan mereka tidak mengetahui akan kebaikan bawang putih itu sendiri.
Selain itu, setiap masyarakat sudah semestinya mempunyai kepercayaan masing-masing dalam merawat penyakit-penyakit. Kemungkinan mereka mempercayai tumbuhan unik yang lain dalam merawat penyakit-penyakit. Sesiapapun tidak boleh menafikan hal ini.
Walaubagaimanapun, terbukti bawang putih merupakan salah satu tumbuhan atau herba yang amat dikenali dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Oleh itu peranan bawang putih dalam masyarakat hari ini adalah sangat penting dan tidak boleh dinafikan keberkesannanya.
Sekarang kita dah tak perlu makan bawang putih mentah. Kita dah ada Garlic Complex dari Shaklee.
Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;
♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya.
♥Email : ctazri83@gmail.com
No comments:
Post a Comment