Monday, 9 December 2013

Mengatasi sakit pinggang ketika hamil dengan Ostematrix



Ada tak ibu-ibu yang tidak pernah mengalami gejala sakit pinggang ketika hamil? Saya rasa 75 peratus pasti pernah mengalami sakit pinggang ketika hamil. Wahai kaum Adam ingat senang ke nak lahirkan umat Muhammad SAW ke dunia? Perit tau! Sayangilah isteri anda! Gejala sakit pinggang ketika hamil ini sedikit sebanyak akan mengganggu keselesaan rutin harian ibu mengandung. Tapi bagaimana ia boleh berlaku?

·                     Meningkatnya hormon selama kehamilan membuat sendi anda tidak stabil sehingga area pelvis mengembang seiring dengan pertumbuhan bayi.
·                     Kenaikan berat badan mencapai 11-15 kilogram selama kehamilan yang biasanya rasa sakitnya menjalar hingga sekeliling perut.
·                     Perubahan postur tubuh saat hamil yang semakin membesar sehingga mengubah pusat gravitasi anda sebelumnya.


Sakit Pinggang Dan Belakang (Source: Dr Hamid Arshat)
Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil. Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur kandungan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi. Ia juga disebabkan oleh posture yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar. Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Biasanya dia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.
Mengatasi Sakit Belakang Dan Pinggang (Source: Kak Engku Bidan Bersalin)
Sakit pinggang dan sakit belakang adalah gejala sinonim dengan ibu hamil. Ia seringkali menggangu dan membuat ibu hamil tidak selesa malah mengganggu kerja dan aktiviti yang sedang dilakukan. Tiada ubat khas untuk masalah ini melainkan kaedah pergerakan tubuh yang betul bagi mengurangkan kesan masalah ini. Berikut antara cara yang boleh anda jadikan panduan untuk mengatasi masalah tersebut.

·                     Senaman khas untuk ibu mengandung baik untuk kesihatan pinggang dan membantu mengurangkan rasa sakit di bahagian tersebut.
·                     Postur yang betul semasa mengambil barang di lantai juga memainkan peranan. Elakkan terus tunduk atau membongkok untuk mengangkat barang di lantai. Sebaliknya bengkokkan kaki dan pastikan bahagian belakang anda lurus. Elakkan juga mengangkat barang yang terlalu berat.
·                     Pastikan anda duduk dengan posisi yang betul. Letakkan bantal kecil untuk menyokong bahagian belakang. Elakkan menyilang kaki ketika duduk dan jangan mencangkung.
·                     Elakkan memakai kasut tumit tinggi. Pakai kasut yang rata dan ringkas.
·                     Tidurlah di atas tilam yang tebal kerana ia membantu mengurangkan rasa sakit belakang.
·                     Mintalah suami mengurut belakang anda perlahan-lahan menggunakan minyak bayi untuk melegakan kesakitan.
·                     Elakkan berdiri terlalu lama.
·                     Jaga-jaga dengan pertambahan berat badan anda. Pertambahan yang berlebihan juga mudah membuat anda sakit belakang.

Tips hilangkan sakit belakang sewaktu mengandung (Source: Bengkung Moden)

·                     Letakkan bantal kecil dibahagian belakang ketika duduk terutama jika duduk diatas kerusi untuk menyokong tulang belakang sewaktu bersandar.
·                     Alas belakang badan dengan bantal sewaktu tidur atau berbaring untuk menyokong bahagian belakang dan tulang belakang. Mengikut kajian, wanita hamil digalakkan untuk mengiring ke sebelah kiri sewaktu tidur kerana ia membantu pengaliran darah dan oksigen ke plasenta.
·                     Elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi sewaktu hamil kerana ia akan menjejaskan kesihatan tulang belakang anda.

American Institute for Preventive Medicine telah membuat kajian ibu hamil perlu mendapatkan kalsium, magnesium dan air yang cukup bagi mengatasi masalah sakit pinggang ketika hamil. Kalsium dan magnesium sangat penting kerana boleh membantu memelihara saraf normal, yang mana saraf inilah yang akan mengawal pengecutan otot-otot tubuh kita. Kalsium juga penting untuk proses kelahiran yang memerlukan otot-otot badan bekerja keras terutama semasa kontraksi nanti.
Bolehkah ibu-ibu hamil menyediakan makanan yang mempunyai kalsium dan magnesium setiap hari? Ibu hamil perlu makan makanan seperti susu, keju, yogurt, makanan laut, sayuran hijau dan sebagainya. Mudah ke nak sediakan hari-hari? 



Jangan risau! Jika ibu-ibu sukar menyediakan makanan tersebut shaklee ada menyediakan vitamin yang lengkap dengan kalsium dan magnesium iaitu Ostematrix. Jom kita baca apa yang best ostematrix ni.


Khasiat Ostematrix

·                     boleh melegakan sakit pinggang dan kejang kaki

·                     bagus untuk pelawasan dan elakkan sembelit
·                     membantu pembentukan janin bayi yang kuat
·                     melegakan migrain
·                     mencegah osteoporosis
·                     Tidur lebih lena dan senang bangun di awal pagi 




Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya.
Email : ctazri83@gmail.com






No comments:

Post a Comment