Monday, 9 December 2013

Pentingnya kalsium pada ibu hamil

Kita sedia maklum bahawasanya Kalsium sangat penting dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Adakah sekadar itu sahaja?
Sebenarnya banyak lagi kepentingan kalsium dan kesan kekurangan kalsium buat ibu-ibu hamil.



Jom kita selongkar..

Pengambilan kalsium sangat penting buat ibu hamil. Kalsium di ketahui penting untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat, jantung yang sihat dan penting untuk perkembangan otot dan saraf bayi. Sumber mineral ini juga berupaya membantu agar jantung berdenyut secara normal dan berfungsi membantu dalam keupayaan pembekuan darah. Ada beberapa perkara yang kita perlu tahu tentang kalsium..


Kesan kekurangan Kalsium

> Kekurangan kalsium sewaktu hamil boleh menyebabkan bayi menyerap kalsium dari tulang ibu. Ini sebenarnya akan menjejaskan tahap kesihatan ibu hamil pada masa hadapan (berisiko osteoporosis).

"Macam mana kita nak tahu yang kita ni terkurang ke ter'lebih' kalsium ye?"

Ha.. macam mana kita nak tahu ya?? Cuba check bawah ini.. ada tak kita mengalami tanda-tanda kekurangan kalsium seperti di bawah :- 




Keperluan Kalsium bagi Wanita

Wanita berusia 18 tahun ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg Kalsium sehari (sebelum, semasa dan selepas bersalin). Wanita berusia 18 tahun ke bawah memerlukan sekurang-kurangnya 1300mg sehari.

Ramai ibu hamil tidak mengambil jumlah kalsium yang mencukupi di sepanjang kehamilan mereka. Perlu di ingatkan, ibu hamil memerlukan sekurang-kurangnya 4 kali hidangan produk tenusu atau pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium setiap hari.

Pengambilan kalsium perlu di teruskan sehinggalah bayi dilahirkan, semasa tempoh penyusuan dan sehinggalah bayi berhenti menyusu. Mineral ini amat diperlukan oleh tubuh bagi membantu menguatkan tulang dan mencegah dari hakisan tulang (osteoporosis) pada masa akan datang.

Bagi mendapatkan sumber kalsium yang baik, ibu hamil boleh mencuba pengambilan susu dan lain-lain produk tenusu misalnya bijiran yang di perkaya dengan sumber kalsium, susu soya, yogurt, keju dan lain-lain.



Di samping amalan pemakan yang mengandungi kalsium, ibu juga di galakkan untuk mengambil suplemen kalsium tambahan seperti Ostematrix untuk memastikan kalsium berada pada tahap optimum dalam badan, Jika ibu ingin mengambil suplemen kalsium, pastikan ianya mengandungi kalsium., magnesium dan juga vitamin D kerana kalsium semata tidak akan dapat di serap dengan baik oleh badan jika tidak dibantu oleh magnesium dan vitamin D.

Osteomatrix adalah suplemen yang membekalkan Kalsium, Magnesium dan di lengkapi Vitamin D untuk kadap penyerapan yang lebih baik dalam tubuh badan.

Ibu hamil disarankan mengambil pil kalsium yang menyediakan 1000mg sumber kalsium yang bersamaan 4 biji setiap hari. Mengapa cukup sekadar 1000mg sehari? Ini kerana tubuh kita hanya mampu menyerap kira-kira 500mg kalsium dalam satu-satu masa. Akan tetapi janganlah berlebihan kerana pengambilan kalsium yang berlebihan akan mengakibatkan masalah sembelit, meningkatkan risiko batu karang dan menghalang keupayaan badan menyerap zink dan zat besi.



Mengapa Ostematrix Shaklee?

- 4 biji per serving menyediakan 1000mg keperluan kalsium tubuh. Disediakan dalam bentuk tablet yang mudah untuk di telan.

- Ia juga mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat malet disamping magnesium dan Vitamin D.

- Kombinasi kalsium dengan Magnesium dan Vitamin D adalah penting kerana ia merangsang kesan penyerapan kalsium yang lebih tinggi oleh tubuh.

- Sangat sesuai untuk anda yang mempunyai alahan dengan produk tenusu atau CMA (Cow Milk Allergy). Atau dengan kata lain anda hanya perlu mengambil 4 biji tablet Ostematrix Shaklee sehari bagi mengantikan beberapa gelas susu! Terbaik untuk mereka yang tidak lalu minum susu.

**Apa yang penting, apabila kita pasti dan tahu berapa ukuran atau sukatan bagi setiap apa yang dimakan oleh kita, maka tubuh badan kita akan mampu menyerap dan menerima segala vitamin dengan lebih baik. 

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya.
Email : ctazri83@gmail.com


No comments:

Post a Comment