Monday, 23 December 2013

Fakta Jaundis Bayi Baru Lahir




Lebih kurang 50%  bayi di Malaysia mengalami jaundis dalam tempoh seminggu selepas dilahirkan dan jaundis bayi biasanya akan hilang dalam tempoh sebulan paling lama dengan langkah-langkah pencegahan yang diambil.

Kulit bayi yang mengalami jaundis biasanya berwarna kuning kerana ketika ini tahap bilirubin dalam darah meningkat. 

Bilirubin adalah salah satu pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Kebiasaannya bilirubin akan diproses dalam hati sebelum dikeluarkan melalui pembuangan air besar.

Terdapat dua jenis jaundis yang biasa dialami oleh bayi-bayi baru lahir:
1. Fisiologi Jaundis
Jaundis yag sering terjadi pada bayi baru lahir dalam tempoh 48 jam selepas  dilahirkan. Jaundis ini tidak merbahaya dan akan pulih dalam tempoh seminggu selepas dilahirkan. Bayi yang mengalami Fisiologi jaundis disebabkan keadaan hatinya yang belum cukup matang untuk memproses bilirubin yang terhasil daripada pemecahan sel-sel darah merah.

2. Patalogi Jaundis
Patalogi jaundis biasanya hadir selepas dua hari dilahirkan. Jaundis jenis ini terjadi akibat bilirubin yang berlebihan disebabkan:
>> Jenis darah ibu dan anak tidak sama 
 (Biasanya bila darah ibu Rhesus negatif atau dari kumpulan darah O)
>> Kekurangan G6PD pada bayi. Kerurangan enzim G6PD menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila bayi terdedah pada bahan-bahan alahan tertentu.
>> Jangkitan kuman pada bayi. Bayi biasanya akan kelihatan lemah dan perlukan rawatan dihospital

Kenapa Jaundis Bayi Lambat Sembuh
Bagi bayi yang dilahirkan cukup bulan. tempoh jaundis akan dianggap berpanjangan setelah melebihi tempoh 14 hari dan bagi jaundis bayi pramatang yang melebihi tempoh 21 hari juga dianggap panjang.

Jaundis Bayi Perlu Diberi Perhatian yang Rapi
Tahap bilirubin yang tinggi dan mencapai tahap bahaya boleh menyebabkan:
>> Gangguan pendengaran akibat kerosakan bahagian kawalan pendengaran pada otak
>> Kerosakan otak yang teruk
Oleh itu, langkah-langkah penjagaan dan kawalan bilirubin sangat penting untuk memastikan tiada kompilasi teruk akan berlaku


Rawatan Jaundis
1. Rawatan Foto
Bayi akan diletakkan di bawah lampu cahaya biru di hospital sehingga bilirubin akan ditukarkan kepada bahan tidak berbahaya dalam hati.
(Anda tidak boleh dedahkan bayi anda di bawah matahari secara terus kerana sinaran uv boleh membahayakan bayi anda)

2. Pertukaran darah
Apabila kadar bilirubin bayi melebihi garis normal yang ditetapkan iaitu 20mg/dL (340 umol/L), pertukaran darah merupakan cara terakhir untuk mengelakkan kerosakan otak. Kadar bilirubin yang melebihi garisan normal disebabkan pelbagai faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri.

Pencegahan Jaundis
Sebagai ibu bapa bayi, kita perlu mengesan dan memantau bayi yang berisiko tinggi untuk mendapat jaundis yang teruk. Tindakan awal mengesan jaundis bayi dan rawatan yang sesuai dapat mengurangkan masalah yang berpunca dari jaundis.

Bagi bayi yang mempunyai tahap jaundis melebihi 20mg/dL perlu mendapatkan rawatan kanjut di hospital atau klinik pakar kanak-kanka bagi memantau perkembangan dan pendenganran bayi.

Sekiranya kerosakan otak berlaku disebabkan jaundis yang teruk, bayi harus dirujuk kepada pakar pemulihan.



Peranan Ibu Sewaktu Bayi Mengalami Jaundis
Ibu perlu memberikan sekerap mungkin susu ibu kepada bayi anda 2 jam sekali dalam tempoh 24jam sehingga bilirubin mencapai tahap normal. Ibu juga harus menggerakkan bayi anda sehingga terjaga untuk menyusu kerana bayi yang mengalami jaundis lebih banyak tidur. Susu ibu adalah penawar jaundis bayi. Tambahan kolostrum susu ibu sangat-sangat berharga untuk mempercepatkan dan mengelakkan jaundis terjadi.

ESP Shaklee sangat-sangat membantu ibu baru bersalin menghasilkan susu yang lebih berkualiti, lebih banyak dan meningkatkan tenaga ibu seharian. Jadi ibu dapat menghasilkan lebih banyak susu untuk keperluan bayi anda dan ibu juga lebih ceria dan cergas walaupun baru melahirkan dan tidak cukup tidur.


Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya.
Email : ctazri83@gmail.com








No comments:

Post a Comment