Wednesday, 25 December 2013

Kehilangan...

day 18:Things that make you scared.

Tiba-tiba saya rasa sebak pulak dengan topik hari ini.. the things that make you scared. Sejujurnya, saya takut akan kehilangan orang-orang yang saya sayangi.

Bagi saya, kedua ibu bapa saya, adik beradik, suami dan anak saya adalah nadi hidup saya. Pemangkin semangat saya untuk meneruskan hidup ini. Tak dapat saya bayangkan jika saya kehilangan salah seorang dari mereka. Mungkin kehidupan saya akan menjadi hambar.

Saya akui, satu hari nanti perpisahan akan terjadi jugak..oleh itu, saya berjanji pada diri saya sendiri bahawa saya akan membahagiakan orang-orang yang saya sayangi selagi mereka masih ada bersama saya.

Saya akan sentiasa berdoa kepada Allah semasa solat, supaya mereka-mereka ini dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dari segi kesihatan, diberi kebahagiaan dunia akhirat.

Hanya Allah saja tahu, betapa pentingnya mereka pada saya.





No comments:

Post a Comment