Dengan segala rendah diri diakui, bahawa saya bukanlah seorang anak yang
sempurna. Namun saya bersyukur kerana masih lagi mempunyai mak & bapa.
Tanpa mereka berdua, saya tidak mungkin menjadi seperti apa yang saya ada
sekarang.
Bapa saya bernama Awih Hj Asgali. Dilahirkan pada 16 Mei 1957 dan
berasal dari Sandakan Sabah. Dia seorang yang tegas terhadap pendidikan kami
adik beradik. Sebelum bersara, dia bekerja sebagai “technician supervisor” di
syarikat Telekom Malaysia. Semasa kami kecil, bapa selalu sibuk dengan kerjanya
namun dia masih ada masa untuk mengambil tahu tentang pelajaran kami. Bapa juga
seorang yang rajin membawa kami adik beradik & emak bersiar-siar melihat
tempat org. Sekarang bapa sudah pun bersara. Walaupun kadangkala ada masanya
bapa kurang sihat, tetapi dia sentiasa ingin tunjukkan bahawa dia masih kuat
seperti dulu. Saya akan sentiasa pastikan bapa untuk menjaga kesihatannya dan
memakan ubat serta vitamin-vitamin untuk menguatkan tubuh badannya.
Mak saya pula bernama Majenah bte Baie. Dia dilahirkan pada 10 Mei 1955.
Dia berasal dari Kuching, Sarawak. Dia sentiasa sabar melayan karenah kami
empat beradik dan sekarang pula melayan karenah cucu-cucunya. Mak juga tabah
dalam menghadapi apa jua masalah yang berlaku dengan tenang. Mak menjadi tempat
saya meluah perasaan di kala saya susah hati. Mak sentiasa ada untuk kami empat
beradik. Masakan mak yang paling saya suka ialah kari ayam. Bagi saya kari ayam
air tangan mak adalah the best kari ayam in the world. Hehe.
Sesungguhnya saya terlalu sayang dengan kedua mak & bapa saya. Saya teramat
berterima kasih dengan segala pengorbanan serta tunjuk ajar yang keduanya telah
berikan kepada kami empat beradik. Tak akan terbalas kami jasa kedua-dua org
tua kami.
Ya Allah, kau panjangkanlah umur kedua-dua orang tua ku. Ampunilah
segala dosa kedua orang tua ku. Murahkanlah rezeki kedua org tua ku. Berikanlah
mereka kesihatan dan semoga kami empat
beradik dapat membalas jasa mereka. Amin…
No comments:
Post a Comment