Monday, 23 December 2013

Pakar Petua Vs Doktor Pakar

Apa agaknya saranan pakar petua?

Susu Kambing


Ada yang kata cuma setitik, ada yang kata bagi sebotol, ada pulak yang kata diselang selikan dengan susu formula.. Lagipun telah dibuktikan secara saintifik bahawa satu-satunya makanan yang sesuai dimasukkan ke dalam usus bayi yang masih belum matang (usus bayi mengambil masa sehingga 6 bulan untuk matang) adalah susu ibu.. Baca betul-betul, susu ibu dan bukan susu formula..
Apatah lagi susu kambing yang tak terpasteur.. Pastikah bahawa susu kambing tersebut tidak mengandungi sebarang bakteria atau bendasing lainnya?
Malah ada kes klinikal yang berlaku dimana pengambilan susu kambing menimbulkan masalah paru-paru pada bayi..

Anggur


Ada yang kata anggur hijau lebih baik, ada yang kata anggur hitam lebih baik.. Ada yang kata dititiskan cuma setitis ke lidah anak, ada yang kata kena bagi sebiji, ada juga yang kata mesti dititiskan setiap pagi.. Selama berapa hari?
Apa agaknya ya kandungan dalam anggur tersebut yang menyebabkan jaundis pulih dengan cepat?
Sama seperti susu kambing, kajian masih lagi mengatakan bahawa satu-satunya makanan yang sesuai untuk bayi di bawah 6 bulan adalah susu ibu..

Mandi Dengan Pelbagai Jenis Daun


Ada yang kata daun pandan, ada yang kata daun inai, ada yang kata air kuning yang boleh didapati di kedai sengseh (betul ke ejaannya ni?) dan macam-macam lagilah..

Terapi Aura Warna
Jangan dekatkan bayi dengan benda-benda berwarna kuning.. Yang nipun sebenarnya taklah berapa rasional dari segi rawatan.. Tetapi sesuatu yang saya boleh terima adalah kerana jika banyak benda berwarna kuning berdekatan dengan bayi, kita mungkin terlepas pandang yang bayi terkena kuning.. a.k.a. mabuk warnalah..

Nanti bila perasan bayi kena kuning waktu itu dah terlalu teruk pula.. Tapi dari segi rawatan, saya kurang faham bagaimana ianya membantu..

Jemur Dan Jemur
Ada yang suruh jemur di tengah panas.. Suatu ketika dahulu memang sesuai teknik menjemur ini.. Tetapi pada masa ini, tidaklah sesuai lagi.. Karang daripada nak mengurangkan kuning kena kanser kulit pulak nanti..
Matahari pada hari ini tidaklah sama dengan keadaan matahari pada tahun 70an.. Lebih-lebih lagi jika anda tinggal di kawasan perindustrian yang dicemari dengan asap kenderaan, asap kilang, bahan kimia dan pelbagai bahan buangan lainnya..
Memadailah dengan memastikan bayi berada di kawasan yang terang di dalam rumah seperti di tepi tingkap..

Apa Pula Saranan Doktor Pakar?

Susu Ibu


Ya, banyakkan jumlah susu ibu yang diambil supaya bayi lebih kerap buang air besar dan buang air kecil.. Berikan seberapa banyak yang bayi boleh ambil..
Tetapi kalau tak silap saya ianya berbeza sekiranya anda tidak menyusukan bayi anda a.k.a susu formula.. kerana susu formula boleh menimbulkan masalah lain sekiranya diberikan terlampau banyak..

Memandangkan saya tidak menggunakan susu formula, saya tidaklah kisah sangat tentang berapa banyak susu formula yang anda boleh beri, sila rujuk dengan doktor anda ya..

Phototheraphy


Kesan yang sama dengan matahari.. Ia membantu menukar bilirubin kepada bentuk yang lebih mudah dihadam oleh bayi dan boleh dikeluarkan melalui air kencing juga..
Lagi lama phototheraphy, lagi banyak bayi menyusu ya..

Pakar Petua Atau Doktor Pakar?

Terpulang kepada anda.. Ini adalah berkenaan anak anda!! 

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;

Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
Fb Page : Little Ct'z
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya.
Email : ctazri83@gmail.com



No comments:

Post a Comment