Masalah kesuburan selalunya dikaitankan dengan wanita dan ramai wanita yang berusaha untuk
meningkatkan kesuburan dengan mengambil pelbagai suplemen. Dan ada juga yang
mendapat rawatan kesuburan di hospital. Walau bagaimanapun, lelaki juga tidak
terkecuali dalam menghadapi masalah ketidaksuburan ini.
Punca pasangan tidak mendapat anak
adalah sama antara suami dan isteri, 40% punca adalah kemandulan isteri, 40%
kerana kemandulan suami, dan 20% adalah masalah kedua2 pasangan tersebut.
Antara penyebab biologi sukar hamil di
kalangan wanita:
·
Tiub fallopian tersumbat
·
Endometriosis
·
Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi
(prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
·
Menghidap PCOS (mempunyai hormon
kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
·
Masalah hormon
·
Tumor pituitari yang mengganggu
penghasilan telur
·
Menopous sebelum waktunya
·
Masalah tiroid
·
Fibroid
Penyebab biologi di kalangan lelaki:
·
Jangkitan kuman atau penyakit yang
dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
·
Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin
dari hubungan seksual
·
Menghidap azoopsermia iaitu testis yang
tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
·
Menghidap hernia
·
Gangguan hormon
·
Salur sperma tersumbat
·
Mati pucuk, lemah tenaga batin
Penyebab dari faktor luaran (lelaki dan
wanita)
·
Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
·
Stress dan tekanan
·
Pemakanan yang tidak sihat
·
Kekurangan zat
·
Amalan merokok atau meminum alkohol
·
Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan
(drug)
·
Terdedah kepada pencemaranTerlalu kurus
atau terlalu gemuk
Bagi penyebab biologi, anda suami isteri
dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda
berdua dapat diselesaikan secara medikal.
Sekiranya anda berdua tiada masalah
biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda
mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda. Antara usaha yang boleh dibuat
bagi menambahkan kesuburan ialah dengan menjaga pemakanan dan gaya hidup sihat
serta mengambil vitamin atau suplemen. Antara suplemen yang dapat
membantu meningkatkan kesuburan adalah:-
B Complex
·
Vitamin B3, B6 dan B12 memainkan peranan
penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga).
·
Penting bagi mereka yang hidup dalam
keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga
untuk bersama dengan suami/isteri.
·
Vitamin B12 juga berperanan dalam
memperbanyakkan sperma
Vitamin C
·
Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan
sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang
tidak sihat, lembik, lembap akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel
ovum.
Vitamin E & Selenium
·
Terkenal sebagai 'vitamin seks'
·
Membantu menghaluskan kulit
·
Anti-penuaan
·
Melancarkan peredaran pembuluh darah
·
Mencegah pembentukkan darah beku
·
Membantu pembentukkan sel-sel baru (RNA
& DNA)
·
Sangat terkenal mempunyai khasiat untuk
meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita
·
Sebanyak 50% Selenium di dalam badan
lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal
·
Lelaki mudah kehilangan selenium melalui
air mani.Jadi, supplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual
bagi lelaki
Zinc Complex
·
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat
yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosteron, membantu
kekalkan jumlah air mani
·
Membantu kekalkan paras testosteron yang
bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke
ovum
·
Zink berperanan dalam proses pembentukan
genetik, iaitu DNA
·
Zink membantu mengekalkan keinginan
seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat
·
Kekurangan zink bagi lelaki akan
mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan
penyakit prostat
·
Zink penting untuk kesuburan kerana zink
akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina
Sekiranya anda mengalami masalah period
yang tidak teratur dan mengalami PMS, saya syorkan anda mengambil GLA Complex
untuk mengatur kitaran haid anda.
GLA Complex
·
Di amalkan oleh isteri, terutamanya bagi
mereka yang mengalami masalah period yang tidak teratur
·
GLA membantu wanita menghasilkan cecair
serviks yang subur & berkualiti, yang juga di kenali sebagai "Mukus
serviks putih telur".
·
Cecair serviks jenis ini sangat subur,
nipis, berair, cerah & likat, sangat-sangat membantu sperma untuk berenang
terus ke uterus, ke tiup fallopio, dan terus ke ovum.
·
Tambahan pula, cecair serviks yang
sangat subur ini juga akan membantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5
hari di dalam tiup fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan
walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur
(ovulasi)
Sekiranya anda ingin mencuba vitamin
bagi meningkatkan kesuburan, saya cadangkan kedua-dua suami isteri mengambil set kesihatan
optimum yang terdiri dari Vita Lea
(multivitamin), B Complex dan Vitamin C, ditambah dengan Vitamin E. Untuk lelaki, tambah satu lagi pengambilan Zinc bagi
membantu tahap kesuburan anda manakala wanita yang mempunyai masalah period
seelok-eloknya mengambil GLA Complex dan Alfalfa bersama .
Jika anda ingin mengetahui suplemen yang sesuai untuk membantu anda meningkatkan kesuburan anda, hubungi saya...
No comments:
Post a Comment