Kencing manis ketika
mengandung.Kencing manis ketika mengandung atau‘gestational diabetes‘
adalah masalah kesihatan paling kerap dialami oleh ibu hamil. 70% daripada ibu
yang menghidap kencing manis ketika mengandung ini biasanya akan pulih lepas
bersalin tapi kebanyakan mereka akan menghidap diabetis jenis kedua di kemudian
hari.
Soal jawap tentang KEHAMILAN & KENCING MANIS
Apakah itu diabetis
gestasi?
Kencing manis
semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis
(diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14
peratus ibu hamil diserang penyakit ini.
Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.
Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi.
Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai
kencing manis dalam kehamilan?
Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian
toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko
tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu
ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.
Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini.
Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:

- keletihan;
- dahaga
yang terlampau;
- membuang
air kecil dengan banyak;
- penglihatan
kabur.
Jika anda mempunyai
sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda.
Apakah kesan kencing manis pada
kehamilan saya?
Ini bergantung
kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetis anda
dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk anda dan bayi anda.
Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan.
Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.
Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti.

Siapakah yang berisiko untuk mempunyai
diabetis gestasi?
Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai
diabetis gestasi jika:
- Indeks
jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
- dahulu
anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau
lebih;
- anda
menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
- keluarga
anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau
adik-beradik mempunyai kencing manis);
- keluarga
anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi,
dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean
berkulit gelap atau Timur Tengah.
Bagaimana diabetis gestasi dirawat?
Dalam kebanyakan
kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet anda dan selalu bersenam.
Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam
darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Anda akan dibantu dalam
mengawal cara pemakanan anda dan dinasihatkan untuk memilih diet seimbang yang
sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protin tanpa lemak dan
lemak jenis baik.
Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Anda akan diminta untuk mengawasi tahap gula dalam darah anda untuk mengetahui sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak – doktor anda akan menunjukkan caranya.
Anda perlu melakukan skan ultrasound untuk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda.

Bagaimana jika saya tidak dapat mengawal
penyakit saya dengan diet dan senaman?
Dalam kira-kira 10
hingga 20 peratus kes diabetis gestasi, keadaan tidak boleh dikawal dengan diet
dan senaman, dan jika ini berlaku, anda perlu mengambil ubat untuk mengawal
tahap gula dalam darah anda atau menyuntik insulin. Dalam kes sedemikian, anda
akan diajar cara untuk menyuntik diri anda sendiri.
Apabila anda berada bersalin dan semasa bayi sedang dilahirkan, tahap gula dalam darah anda akan diawasi dan dikawal untuk menghalang daripada timbulnya sebarang masalah kepada bayi anda selepas kelahiran.

Adakah saya akan terus mempunyai
diabetis selepas bayi saya dilahirkan?
Anda akan diperiksa
sebelum anda meninggalkan hospital dan semasa pemeriksaan posnatum anda, ujian
kencing manis juga akan dibuat. Dianggarkan sebanyak seorang dalam lima orang
wanita yang didiagnosiskan dengan diabetis gestasi mempunyai diabetis jenis 2 yang
sedia ada sebelum mereka hamil, jadi keadaan ini telah dapat dikesan semasa
kehamilan .
Kebanyakan kes diabetis gestasi teresolusi sendiri selepas kelahiran apabila tahap gula dalam darah kembali normal.
Kebanyakan kes diabetis gestasi teresolusi sendiri selepas kelahiran apabila tahap gula dalam darah kembali normal.
Jika saya mempunyai diabetis gestasi
sebelum ini, apakah kemungkinan saya menghidapinya lagi?
Sesetengah wanita
yang biasa menghidapi diabetis gestasi, akan menghidapinya semula. Anggaran
adalah amat berbeza – antara 30 dan 85 peratus akan menghidapinya lebih dari
sekali.
Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda akan diminta mengawasi tahap gula dalam darah anda sendiri atau anda akan diberikan OGTT lebih awal, semasa kehamilan berada di minggu ke-16 hingga ke minggu ke-18 dan sekali lagi pada minggu ke-28, sekiranya penyakit itu tidak dikesan pada ujian pertama.
Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini dan anda telah merawat diri dengan insulin, anda akan lebih cenderung menghidapinya semula; hanya seorang dalam empat orang wanita yang memerlukan rawatan insulin dahulunya, bebas dari penyakit ini pada kehamilan berikutnya.
Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda cenderung untuk mempunyai diabetis jenis 2 di kemudian hari. Anda akan diberikan nasihat mengenai cara mengekalkan diet seimbang, mengawal berat badan dan bersenam untuk mengurangkan kebarangkalian anda menghidapinya lagi.

Apa yang saya perlu lakukan jika saya
sudah mempunyai diabetis sebelum saya hamil?
Jika anda mempunyai kencing manis dan merancang untuk hamil, ambil asid
folik tambahan (5 miligram setiap hari) semasa anda sedang mencuba hendak hamil
dan pada tiga bulan pertama kehamilan.
Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetik berbanding dengan kehamilan biasa. Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik.
Cuba pastikan tahap gula dalam darah anda dikawal dengan baik sebelum anda hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengawalnya sepanjang kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi anda.
Kehamilan anda mungkin berisiko tinggi, tetapi ini tidak bermakna anda akan mengalami masalah, terutamanya jika anda terus mengawal tahap gula dalam darah anda pada tahap normal sebaik mungkin. (Baca dengan lebih lanjut mengenai diabetis dan kehamilan).

Kencing manis ketika mengandungKencing manis ketika mengandung atau‘gestational diabetes‘ adalah masalah kesihatan paling kerap dialami oleh ibu hamil. 70% daripada ibu yang menghidap kencing manis ketika mengandung ini biasanya akan pulih lepas bersalin tapi kebanyakan mereka akan menghidap diabetis jenis kedua di kemudian hari.
Siapa berisiko menghidap kencing manis ketika mengandung?
- Semua
ibu hamil berisiko menghidap kencing manis ketika mengandung tapi ada
sesetengah ibu akan berisiko tinggi untuk mengalami masalah kencing manis
ketika mengandung seperti:
- Ibu
hamil berumur 35 tahun ke atas
- Sejarah
keluarga menghidap diabetis
- Pernah
menghidap diabetis ketika kehamilan sebelumnya
- Berat
badan sebelum hamil lebih 80kg
- Pernah
melahirkan bayi dengan berat badan lebih 3.5kg
- Ibu
hamil kembar
- Ibu
hamil yang bermasalah hydramnions (terlalu banyak air
ketuban)
Apa kesan diabetis
ketika mengandung pada ibu dan bayi?
1. Pada ibu
- Risiko
tinggi untuk mendapat pre-eclampsia (tekanan darah tinggi dan lebihan
protein dalam air kecing)
- Risiko
tinggi untuk dijangkiti vanigal moniliasis (jangkitan faraj)
- Risiko
tinggi untuk mendapat jangkitan pada luka bersalin menyebabkan luka
lambat sembuh
- 50%
boleh menghidap diabetis tahap kedua di kemudian hari
2. Pada bayi
- Risiko
tinggi untuk bayi mati dalam kandungan
- Saiz
bayi terlalu besar menyebabkan kesukaran semasa bersalin
- Bayi
berisiko untuk mendapat kecederaan bahu semasa bersalin membawa risiko
kecacatan
- Bayi
berisiko untuk hipoglisemia (terlalu banyak insulin, gula dan mineral
penting dalam darah terlalu rendah menjejaskan tumbesaran)
- Sakit
kuning (jaundice)
- Bayi sukar bernafaS.
- Air ketuban berlebihan (polyhydramnions) yang membawa kepada kelahiran pra-matang dan kematian bayi dalam kandungan.
- Bayi akan lebih mudah dapat obesiti atau kencing manis bila dewasa.
Bagaimana merawat kencing manis ketika mengandung?
- Biasanya
doktor akan suruh kawal pemakanan dan kurangkan makanan berkarbohidrat
tinggi dan tinggi gula. Patuhi arahan doktor ya
- Anda
juga mungkin perlu ambil suntikan insulin
- Digalakkan
juga amalkan senaman ringan setiap hari
- Mengamalkan
makanan yang kaya dengan Zinc, B-complex dan Magnesium di mana zinc sangat
penting untuk bantu buah pinggang hasilkan lebih banyak insulin bagi atasi
masalah kalis insulin.
Vitamin untuk ibu hamil yang menghidap kencing manis
1. Shaklee Vitalea
- Membekalkan
zinc yang diperlukan untuk membantu menghasilkan lebih banyak insulin
- Membekalkan
19 vitamin dan mineral lengkap untuk menyokong tumbesaran bayi dan
kesihatan ibu hamil.
2.
Shaklee
B-complex
- Penting
dalam metabolisme gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan
- Membekalkan
kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan badan termasuk Asid Folik untuk
pembentukan saraf tunjang bayi
3. Shaklee Ostematrix
- Membekalkan
Magnesium yang diperlukan oleh pesakit kencing manis (kurangnya magnesium
antara punca kencing manis)
- Membekalkan
100% kalsium untuk menyokong pembentukan tulang dan gigi si manja serta
kesihatan tulang ibu.
- Untuk
info lanjut boleh tengok Ostematrix Shaklee
Sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk Shaklee/konsultasi/menjana pendapatan bersama Shaklee sila hubungi saya melalui;
♥Siti Khadijah Awih (Id:867607)-Pengedar Sah Shaklee di Miri, Sarawak.
♥Call/Msg/Whatsapp : 013-5611583/013-5706183
♥COD adalah di sekitar Miri dan kawasan yang berdekatan dengannya.
♥Email : ctazri83@gmail.com
No comments:
Post a Comment