day 15:
something you miss
selamat
berhujung minggu semua….
Apa yang
paling saya rindukan? I miss my childhood..
Saya
dilahirkan dalam keluarga yang sangat rapat. Saya ada 4 adik beradik dan guess
wut?? Semuanya perempuan. Memang tak dinafikan ada masa kami berempat akan
bergaduh or berebut mainan.
Saya dan
adik saya yang kedua tidak jauh beza umur hanya 2 tahun. Manakala adik saya
yang ketiga pulak 4 tahun dan yang bongsu 7 tahun. Tapi kami sering berkongsi
masalah dan boleh dikatankan kami berempat tak akan biarkan org luar untuk
membuli kami. Seorang ada masalah yang lain pun akan turut masuk campur untuk
selesaikan.
Pernah sewaktu
di Politeknik Kuching, saya,dan dua orang adik saya belajar di dalam Diploma
Akauntasi dan hanya 1-2 semester sahaja yang menjadi perbezaan kami. So, we are
the Famous Awih’s daughter di kalangan pensyarah.
Sewaktu our
childhood, kami tidak bergaul dengan jiran-jiran. Kami berempat hanya bermain sesama
sendiri. Mungkin kerana mak dan bapa kami telah menyediakan segala nya dengan
sebaik mungkin untuk kami.
Yang paling
saya tak akan lupakan bila kami meniru gaya kumpulan Elite dan mengikut rentak
tarian lagu Tamparan Wanita. Can u imagine, 4 of us memang hafal abis step
tarian utk lagu itu..haha..dan yang jadi mangsa adik bongsu, selalu kena marah
bila salah step..
How I
miss that moment. Sekarang masing-masing sudah bekerluarga kecuali yang bongsu.
Tapi kami juga sering menghabiskan masa bersama keluarga kami bila ada masa
terluang. 2 orang adik saya sekarang berada di Kuching manakala saya dan si
bongsu stay kat Miri.
Even
though ada masa kita akan bergaduh, tetapi thru all this years susah senang,
menangis ketawa we still get along together bak kata pepatah, air dicincang tak
akan putus..
No comments:
Post a Comment